Pages

31/10/2011

. Kenapa 'QASEH' ?

Assalamualaikum.

blog aku yang dulu aku kasi name Tinta Si Gadis. dan yang sekarang aku bagi name Hati Qaseh. ramai yang tanye aku,kenapa aku guna name Qaseh? kat fb pon same. aku gune name Qaseh Yana. ni yang aku nak story ni.


pic kredit to faiz razak. nice !


panggilan Qaseh ni, incik hubby yang panggil. hehe. kadang-kadang die panggil SAYANG. tapi, bile face to face memang die kan panggil Qaseh. dan aku pon suke ngan name tu. nampak soft. mase mula-mula nak create blog ni, aku pening gak nak fikir nak taruk name ape. aku taknak ade bayang-bayang blog lame. aku nak yang baru,yang lebih matang. so, aku pon decide la nak letak name Qaseh. nampak la aku lebih matang.

tapi,aku agak kekok bile ade readers or bloggers yang panggil aku Qaseh. haha. coz,selama ni incik hubby je yang biasa panggil camtu. kawan-kawan panggil aku YANA. dan ade yang panggil LIYA. tapi,aku lebih suke korang panggil aku YANA. :)


mesti korang expect aku nak cite name Qaseh ni ade kaitan ngan memori2 aku yang manis ke ape,kan? hehe..sorilah..



30/10/2011

. BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog




Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET

----- >  dua-dua suke sharing.Lyssa suke share tutorial, BA suke share tips camne nak jadi blogger yang bagus :)


Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ?

----------> tak de komen,tp ade suggestion. yok wat gathering untuk blogger2 yang duk JB :)


notakaki :jom pakat ramai-ramai join segmen ni. bukan senang nak tengok 2 blogger top bergabung :)



. Sehari bersama GFs



oho~ minggu depan ade 3 test.tapi sempat lagi aku berpoye-poye. haha
sekadar menggembirakan hati yang rawan & serabut ni aje.

semalam 1 hari suntuk aku takde kat UTM. pagi kul 7 aku dah gerak g BUNGA RAYA. pusat memandu okeh. pergi latihan lesen kete lol. kul 11 baru balik. pheww~ penat woo. balik bilik,mandi2,ciap2 ngadap nota power elektronik jap.dalam kul 1 lebih my GFs, anas & afi datang amik.
haa~pergi mane?jeng2..
g kat ape tah name tempat tu.Taman Merdeka JB kot. aku ngan afi g teman anas photoshoot untuk butik Love That Shawl.
ni sebenarnye sesi kedua.outdoor.yg sesi first aku terlepas sebab ade lesen.hoho

yang outdoor ni panas skit.so, aku ngan afi duk la lepak bawah pokok sambil duk layan 2 org budak kecik yang comel sangat ni.diorang anak salah sorang photographer tu.si kakak tu la yang banyak ckp. 



ni Rif'at. baru 8 bulan.aku suke dukung die sbb tak nangis..comel sangat2..


afi pon suke dukung die..heee


erk~makwe sape nih?


ni budak yg banyak cakap.hii..seronok layan die.ape tah name penuh die.lupe dah.kitorang panggil die Yash.petah sangattt ~




ni video yang sempat aku rakam mase kitorang usik yash nak amik adik die..haha..sile sengetkan kepala :)

pas anas habis photoshoot, kitorang pergi pekena ABC kat Hutan Bandar JB.anas yang belanja.hehe.time kasih,anas... ABC tu sangat sedap tp aku tak habiskan.manis sangat.aku manela makan benda2 manis..huhu




dah siap makan ABC,anas ajak g tengok kawan die menari sempena majlis ape tah kat PERSADA JB.ala,budak2 UTM gak yang buat persembahan.bangga jap. haha
sementara tunggu kawan die tuh,sempatla jugak aku ngan anas duk memanjakan diri kat kerusi urut ni.hehe




kitorang tengok kawan anas menari untuk pembukaan je. yang zapin bagai tu tak tengok. sbb aku ngan afi dah tak larat sangat. huhu. gambar tak sempat nak amik sebab battery hp aku dah low mase tuh. huhu
pastu kitorang g bazar JB jap.then balikkkk~ heee

seronok sangat semalam.so,hari ni kena sambung study..lallalala


notakaki :incik hubby gertak suh dapat dekan sem ni. hoho

29/10/2011

. Trip To Singapore


hye,hye.minggu yang busy. nak update pon kena jadikan draft dulu.fuhh~

hari ni aku nak update cite mase g singapore ritu.pergi balik hari.yana g 22hb oct. mulanye malas nk update cite ni. tapi, cik YIEN suh update. :)

aku kalau dah letak gambar banyak2 dalam entri tu,memang takkan cite sangatlah.sebab orang lebih suke tengok gambar,kan? aku bertolak dari UTM kul 8pg.agak lewat.sepatutnye kul 7 dah leh gerak.ade masalah teknikal sket. memang excited la bile dah masuk singapore tu. hehe. tempat first kitorang g, adalah SNOW CITY. main salji woo. tak dapat main salji kat UK,kat singapore pon jadilah. memang sejukkkk ~ habis biru bibir aku. ahaks~


ni depan snow city.ecelli ni gambar dah habis main salji.tp terupload yg ni dulu..haha


ni semua dak kelas yana.ramai,kan? seronok pergi ngan kawan-kawan..hehe


waaa~aku sangat takut nak pegang polar bear ni..geli weh~bulu lebat..haha


ni rumah...erk? taktau! haha


ni wani.eksaited gile die nih main snow.haha


okeh.say gudbai to orang utan.agagaga~ nak g kat SINGA MUNTAH lak :)


dah penat main snow, kitorang gerak ke SINGA MUNTAH.ala,ade singa besar yang kuar air kot mulut tuh.haha :)


bangunan ni aku taktau name ape.tapi dorang cakap DURIAN.haha


aku suke gambar niiiii !background yang cantik + muka aku nampak hepi sangat2 mase ni. hehe


ni la singa yang aku cakap tuh. ops~ model lelaki tu classmate aku. safwan & kecek. hiii


mase ni dah panas terik.tapi tetap nak posinggggg gakkkk !!
gaya entah ape2..haha


gambar tiada motif. tapi incik hubby suke sangat gambar ni.die cakap aku nampak comel dalam gambar ni.comel tang mane aku taktau.yang aku tau,omputih kat belakang tu kacau aku punye gambar! haha


gambar ni pon incik hubby & aku suke. background yang sangatttttt nice !


dah ciap lepak2 & snap sane sini kat singa tu,kitorang gerak nak g shopim. mestilah nak cari souvenir woo~ haha..kitorang g China Town. murah sangat kat sini compare ngan Arab Street. oh,lupe lak.kitorang solat dulu kat Masjid Sultan.


ni pintu masuk China Town.sume orang cina yang jual kat sini..semua ramah-ramah ooo ~


kami lagi.hehe


dah penuh tangan,kitorang g Sentosa Island lak. jalan2 kat situ.dapat tengo Universal Studio..hehe. tapi tak dapat masuk.tiket mahal. :) lain kali la pergi. huhu


dapat bergambar pon jadilah ~


pintu gerbang Universal Studio..hehe


ah~ Faiz kacau daun ! haha..elok2 aku ngan wani posing..sempat lg faiz patah balik sebab nak interprem gambar kitorang.huh !


aku suke gile gambar ni ! hehe.kat taman bunga.sumpah cantik :)


kat kawasan kubur hantu buatan..hihi


pas jalan2 kat taman bunga tu,aku ngan 10 org ag dah perempuan g naik sky ride & luge. sumpah best ! Luge tu amcam gokart. sky ride lak aku macam kete kabel.aku tak suke naik siang.gayatttt! naik malam best..hehe..pas maghrib,kitorang g tengok SONGS of the SEA. ramai seh. 20k org kot yang tengok. tengah syok2 tengok,tetibe hujan lebat..wuwu~habis basah kuyup.kitorang stay je kat situ. hehe..sbb semua orang stay. :)

pas habis Songs of the Sea,kitorang pon balik JB.dekat kul 12 baru sampai.penat sangat.balik mandi2 terus tido.hehe..

tu je cerita kami...sekian ~








27/10/2011

. MY FIRST & SECOND DOODLEs

ecelli aku nak wat entri sal trip g Singapore ari tu. tapi, cam malas je nak cite. korang mesti xnak bace gak kan? hehe

semalam aku tension sangat. mood tak berapa nak stabil. rase cam nak terbang balik ganu sekarang jugak. tapi memang mintak pelempangjepunpalingsuperb ngan big boss & madam.haha. keje tengah banyak,nak balik. padahal minggu depan dah nak balik.

so,bile stress tahap gaban nak pecah otak,aku suke kemas bilik. kebiasaannya la. tapi semalam bilik dah terlampau kemas.kau nak kemas buat ape lagik?buat penat aje.so,aku on laptop,bukak adobe photoshop.aku belajar baut doodle. hehe


terima kasih NADHIRAH untuk tutorial yang senang tu :)
ni first doodle yana.entah ape2..haha



dan yang ni second doodle. dah macam kuih pau aku tengok..haha


sekian sahaja untuk kali ni :)


. PEREMPUAN IBARAT RUMAH




sebelum mulakan entri ni,aku nak minta maaf kalau ade sesiapa terasa ngan entri aku yang ni. ni hanya pendapat aku. aku tak delah baik sangat. ni hanya pendapat dari pemerhatian aku dan untuk diri aku sendiri jugak. sampai bile kite nak berada di takuk lama kan?....start...

aku ni suke kalau naik kereta, tengok pemandangan kat luar. sebab tu aku suka duduk seat penumpang belakang driver. pemandangan yang paling aku suka bile lalu kot kawasan yang ade banyak-banyak rumah. uish, bukan usha pakwe ensem ok? haha

percaya atau tak? korang tengoklah mane-mane rumah yang halaman rumah die bersih & kemas. aku jamin, dalam rumah die pon kemas & bersih camtu. tak percaya? korang pergilah tengok sendiri :) . korang janganlah g tengok halaman rumah tu cantik ke tak. sebab, kalau rumah tu cantik pon, penuh ngan perhiasan sane sini,kat pokok pon ade lampu lip lap, belom tentu dalam die kemas. entah-entah berselerak. aku pernah tertipu tau dengan hiasan camnih.


 time kasih incik google :)


same jugak dengan perempuan. jangan lihat seseorang perempuan dengan mata kasar, tapi lihatlah dengan mata hati yang bersih. kenapa aku cakap camni? cantik yang dinilai mata kasar & mata hati berbeza. mata hati menilai perempuan itu dengan ihklas. mata kasar hanya nafsu semata-mata. cube korang tengok perempuan yang penampilan die,buat mata korang sejuk nengoknye, maksud aku bukan pakaian ape semua tu lah. takde kaitan lagi untuk isi yang ni.hehe. maksud aku, bile korang sekali pandang je muka die,mesti hati korang kan cakap "cantiknye die,sejuk mata memandang" walau muka die kategori pompuan biasa-biasa. percayalah cakap aku, hati pompuan tu same cam ape yang korang pandang dengan mata hati. sebab, kecantikan luaran yang sebenar seseorang perempuan itu dipengaruhi oleh kecantikan dalaman mereka.

ok, next isi. hamboih,buat karangan lak aku nih.kalau korang bosan,tekan la X kat tepi atas belah kiri tuh. cube korang bandingkan rumah yang dicat & rumah yang tak dicat serta warna cat tu sekali la. korang suke yang mane? mestilah yang dicat & warna cat tu sejuk mata memandang,kan? begitu juga perempuan. antara yang terdedah & yang tak terdedah, mane yang korang pilih? mestilah yang tak terdedah kan? sebab tu nampak cantik. untuk warna pula,aku samekan dengan cara diorang menarik perhatian mata umum. korang suke ke tengok perempuan yang pakai terlampau uptodate yang bile jalan lenggang lenggok itik gembo-gembo buat semua orang pandang die sampai mata korang sakit? mestilah tak,kan?

then,pasal maintainance lak. hadoi,macam kemahiran hidup lak. kalau rumah tu rosak sane sini, nak ke korang duk rumah tu? mestilah tak nak,kan? aku pon taknak weh. lainlah kalau kerosakan tu boleh dibaiki. kalau boleh, biarlah rumah tu elok. takdelah aku risau sampai tak tido malam sebab takut atap tercabut.haha. same macam perempuan, siapa yang nak perempuan yang rosak akhlaknye? maksud rosak untuk pompuan kat sini, bukan die tak de dara ke ape. kang kalau aku fokus kat situ, camne ngan mangsa rogol? diorang tak bersalah. ok,balik pada isi. melainkan korang berubah. jangan terus-terusan biarkan diri anda rosak. ye dok?hehe..

ok lah,sampai sini je yang aku nak share..t penat lak korang duk bace entri merapu aku nih.

26/10/2011

25/10/2011

. Apa beza CINTA & SAYANG ?



aku sering tertanya-tanya, apa beza cinta & sayang?
kenapa aku selalu dengar orang cakap,cinta itu lebih mahal dari sayang?
.aku keliru.





bagi aku,cinta & sayang tak de beza. same je. dua-dua adalah perasaan yang indah,yang lahir dari hati. yang bezanye adalah kuantiti perasaan tu.

ade yang cakap,cinta itu kite menerima segala baik buruk pasangan kite. sayang pon macam tu jugak kan? lainlah kalau kite benci orang tu. tapi,aku takdela setuju seratusperatus dengan kenyataan ni. pendapat aku, jika kita sayang & cintakan seseorang tu,kita takkan terus-terusan biarkan dia buat perkara yang buruk.contohnye merokok.benda tu dah terang-terangan memudaratkan diri.kan?
menerima segala buruk seseorang itu bermaksud,fizikal orang tu.bukan rohani die. kalau dah orang tu mata sepet sebelah,takkan kau nak caci maki die. dah Allah jadikan die camtu,terima jelah.dia pon makhluk Allah gak. ye dok?

ade juge yang cakap,cinta itu tak bersebab,dengan alasan,sayang itu punye sebab seperti kite sayang orang tu sebab die caring,kaya,cantik and so on. WRONG ! sayang tu pon tak bersebab jugak. kalau tak percaya,bace balik jawapan kat ENTRI ni.

dan ade jugak yang cakap,bile kite cintakan seseorang tu, kite tak hipokrit. kire all out la. kalo gitu,camne ngan kawan baik @ BFF KITE? kite selalu dengar "SAYA SAYANG BFF SAYA!".ade kite dengar "SAYA CINTAKAN BFF SAYA"? tak,kan? padahal kite all out je ngan BFF kite tuh.

ni je alasan-alasan kenapa aku cakap NO DIFFERENCES BETWEEN THIS 2 "LOVE".



21/10/2011

. TEMAN atau KEKASIH ?


selalu tak korang tanye pendapat kawan-kawan korang,diorang pilih kekasih atau kawan?
hurmmm~aku selalu gak tanye. jawapan yang aku dapat mestilah pilih KAWAN.
tapi hakikatnye,diorang mesti pilih kekasih gak.
hipokrit betol.cakap tak serupa bikin.
aku dulu pon jawab kawan gak.

dolu-dolu lah.
sekarang dah matang sangat. (ayat same je)
so,aku dah dapat berfikir dengan waras.
aku akan pilih mengikut keadaan mase tu.



doodle kredit to : lyssa secret


contohnye la,kan...

SITUASI 1

mula-mula korang dah janji ngan kawan korang,yang korang nak makan ngan die. pastu tetibe kekasih korang ajak keluar tengok wayang.ok,mase ni aku akan pilih kawan aku.dah janji,takkan nak mungkir.munafik namenye weh. kuar wayang pas makan takpe.

SITUASI 2
kekasih ajak g karaoke, then kawan korang ajak g study.haa~ utamakan pelajaran dulu lah. mestilah kena ikut kawan. jadi best student ok?

SITUASI 3
kawan korang cakap,"ala,kite kuar pas maghrib la. balik nanti baru kite solat isyak". pastu kekasih korang cakap camni " solat isyak dulu. kang ade pape mase dalam perjalanan,tak sempat nak taubat". hambek ko. insaf jap. mesti ikut kekasih,ok? solat tu tiang agama. :)

SITUASI 4

ni untuk pompuan la..korang pakai baju labuh. pastu kawan korang cakap,"eh,selekeh la. badan ko kecik.pakaila yang muat2. ni besar gedabak". pakwe korang cakap "abang tak suke sayang pakai cam tak cukup kain.pergi tukar ". okeh,menutup aurat tu perlu :)

SITUASI 5

ni untuk lelaki. makwe korang tiap kali keluar nak beli baju. yang mahal-mahal.dahla nak mahal je,korang lak kena bayar. pastu kawan-kawan korang cakap "jangan layan sangat perangai awek ko tu.tegurlah die".yang ni aku setuju. sile pilih kawan. kang pokai lak korang.belom jadi bini dah macam-macam..


ok, tu je contoh-contoh yang aku mampu kongsi ngan korang. banyak lagi sebenarnye. tak tertulis lak rasenye.korang pandai-pandailah ye :)



. APE YANG KITE CARI?


aku suke termenung sendirian.
tak tak. aku termenung bukan mencipta angan-angan mat jenin.
tapi aku memikirkan hidup aku sekarang.
ade 1 persoalan yang sentiasa bermain di fikiran aku.


APA YANG AKU CARI DALAM HIDUP NI SEBENARNYA?





sampai sekarang aku masih mencari jawapan yang sempurna bagi soalan aku tu..


pernah korang tanye diri korang soalan ni?



19/10/2011

. Dia yang merajuk,die yang kena pujuk


ingat tak korang pada entri ni ?
haha.sape tengok bola semalam? angkat kepala !! haha
gelak tak henti aku mengenangkan boipren aku yang sorang nih.
tu la. cakap jangan tengok gepren yang kecik ni jep. kan dah terkena kat badan sendiri. hihi
amacam? hebat tak TERENGGANU ?
*angkat kening sat ~

sian boipren aku semalam. frust menonggeng @___@
so, aku sebagai gepren yang baik hati & prihatin gigih la pujuk boipren aku yang buat-buat merajuk nih. mane taknye,sebelum tu dah ciap-ciap post kat wall FB aku lagu RED GIANT ag. haha
cian dia ~




mula-mula tuh memanglah semangat nak pujuk kan. haha
macam-macam aku bercerita kat die.
siap cakap " ape-ape pon qaseh tetap sayang b "
memang berbunga-bunga lah.pastu die cakap die ngah lepak ngan kawan-kawan.so,terpaksa la letak fon dulu.

haa~pastu ape lagik, aku pon send mesej wat ayat tacing.cakaplah aku rindu die,tapi die layan camtu.aku nak die teman aku study. & macam-macam ag ah. saje jek aku nih. haha
last-last die kol aku, pujuk aku lak. hamek kau ! haha
siap nanges-nanges ag.mintak dipujuk la kan.
dah die duk panggil baby.siap cakap i love u baby ag.
melting la aku. haha

aku memang gini. dari awal kapel lagi, memang die takkan merajuk lame ngan aku. sebab last-last die gak yang kena pujuk aku. haha

QASEH SAYANG B :)


. Wordless Wednesday






NAK BERUBAH TU SENANG JE
TAPI NAK KEKALKAN PERUBAHAN TU YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN BESAR


18/10/2011

. KENAPA SAYANG ?


pernah tak korang tanye pasangan korang or sape2 yang berkenan kat korang,kenapa die sayang korang?
mestilah pernah,kan?

antara jawapan yang korang dapat mesti camni :

1) sebab awak sayang saya
2) sebab awak baik,sopan santun,penyayang,hormat orang tua
3) sebab awak cantik
4) saya pon tak tahu kenapa saya sayang awak
5) sayang tu tak bersebab





kat atas tu semua jawapan yang biasa kite dengar.jawapan no 5 tu aku pernah guna.tapi,mase zaman tak matang la..bile dah matang ni, jawapan aku lain...bile incik hubby tanye kenapa aku sayang die.aku kan jawab :

" KERANA ALLAH KURNIAKAN RASA SAYANG ITU DALAM HATI QASEH....SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH.. "






17/10/2011

. Kadang-kadang


kadang-kadang kite tak sedar kite dah lakukan kesilapan,
sehinggalah kesilapan tu memberi kesan yang buruk pada kita.

kadang-kadang kite tak sedar kite dah lukakan hati orang yang kite sayang,
sehinggalah ia pergi jauh dari hidup kita.

kadang-kadang kite tak hargai kebaikan yang ade depan mata kita,
sehinggalah kejahatan mengganggu hidup kita.

kadang-kadang kite tak tau kata-kata kite sangat kasar,
sehingga ade hati yang terguris.

kadang-kadang kite tak tau perbuatan kite buat orang menyampah,
sehinggalah ade suara sumbang yang kutuk kite.

kadang-kadang kite tak tau orang yang kite benci tu baik sangat pada kita,
sehinggalah kite nampak orang yang kite sayang tu sebenarnye jahat pada kita.

kadang-kadang kite tak tahu yang diri kite ni terlalu berharga,
sehinggalah kite mendapat malapetaka.

dan...

kadang-kadang itu sering membuat kite lupa yang kite patut bersyukur dengan segala yang diberi Allah pada kita. jangan terlalu mencari kesempurnaan sehingga kite nampak terlalu hina.



16/10/2011

. JOM KLIK !



 ni bukan entri panjang-panjang.
sebab aku kejar mase sekarang.banyak keje nak kena buat.
just nak promote FB page blog aku.
klik ramai-ramai :)






terima kasih :)


. MAKMAL MELETUP


haa~ jangan salah faham eh. aku ni tak de la jahat sangat sampai nak letupkan makmal.aku BUDAK BAIK. haha.perasan sungguh !
dan takde la pulak kes makmal meletup ke ape pade zahirnye.kalau ade,memang dah masuk paper haa.

hari khamis ritu,aku ade presentation makmal.
pasal projek yang kitorang dah buat la.
ok,serius aku cakap.walau aku ni nampak kental,tp bab2 present aku nebes tak tentu pasal walau depan kawan2 sendiri.sume pompuan padahal. haha. 7 orang je pon :p

memang aku tak makan pape la pagi tu.dah la agak rushing.boleh pulak kan terbangun lambat.
ngeh2. sampai2 makmal memang agak semput. check yang mane patot.
2 group je present.tp benda ni memang penting sangat.pengaruh result wooo~

tapi,Alhamdulillah..
segalanya lancar...happy sangat :)
ade 2 ag presentation lab.

jom layan gambar kitorang :)




dalam duk nebes, sempat ag berposing..haha


. Kapten Hati


mesti korang semua bosan kan bile duk bace aku punye entri cite sal my bucuk je. hehe
biarlah.mood ngah hepi nih. t lain kali aku cite sal life aku lak..




ecelli,tadi my bucuk upload gambar team bola die. BELANGGGGG ! seperti gambar di bawah. haha. haa ~ ni yang nak gtau nih. my bucuk ni,kapten team diorang merangkap goal keeper. amacam? hebat tak? haha.. angkat kening sat ~ tettttt
hehe.saje nak bangga2 :p


ce cari,yang mane kapten? ngeh2 :p
yang paling mooooolattttt lah.... :)



haha~ eniwei, incik hubby bukan aje kapten team diorang, tapi, KAPTEN HATI aku gak. die lah tempat aku lepaskan segala tekanan mental aku nih. sian die dapat gepren yang mudah hangin nih. baju kena curik pon marah2. haha. nasib baik boipren penyabo.
die cakap, kalo tekanan ke hape, lepaskan kat die.die tak nak aku lepas kat orang lain. haha ~ yang aku makin hangin bile die gelak mase aku ngah membebel-bebel marah. haha
last-last sejuk gak aku.
terima kasih,cinta !


15/10/2011

. TERENGGANU vs SELANGOR


sekarang kan musim bola PIALA MALAYSIA.
ohsedihsangat! sebab tak dapat tengok bola. kekangan mase yang terlampau padat. sob3

nasib baik dapat boifi yang kaki bola gak.
so, dapat gak la aku berita terhangat di pasaran sal bola neh.
next week semifinal TERENGGANU vs SELANGOR.

untuk makluman korang, aku ni orang TERENGGANU
&
incik hubby orang SELANGOR.
elok sangatlah,kan? haha

then, semalam aku merajuk ngan die sal bola neh. nak tau kenapa?
jom bace neh :


HUBBY : Syg, kite hold jap relationship kite leh x? Seminggu..

AKU : Knp?

HUBBY : Tah la.. X taw nak ckp cmne..

AKU : Xpela.syg tdo dlu.bwtla suke ht b.salam (ayat merajuk + mata dah berair mase nih..ngeh3)

HUBBY : Next week semifinal piala malaysia, selangor lwn terengganu. Confirm la slgr mng, 2 xnak die kecik atie, haha
8b

AKU : @___@ (sabo jela) *tak balas mesej die*

------------------------------------------------------------------

5 minit kemudian,die kol.aku angkat sambil nangis2...haha
padan muke die..bergurau gtu ag..
kan dah kena pujuk :p




papepon, qaseh sayang b ketat2 ... :)



. Kisah di sebalik LAGU



ecelli,aku tak suke letak lagu kat blog.
takot readers rimas.
tapi,kali ni nak letak gak. so,untuk memudahkan korang,aku letak yang ade butang PAUSE.

tadi ade sorang blogger komen cakap die suke lagu kat blog aku. :)

blogger ADIBAH



hehe~sebenarnye ade kisah di sebalik lagu ni.
tajuk lagu ni ialah PERCAYA PADAKU - ungu

ok,aku ngaku memang aku ni crazy sket kat lagu indon.
tambah2 kalo UNGU yang nyanyi.iyole,warne peberet aku tuh ~ agagaga *xde kaitan :p

lagu ni senanye lagu khas untuk pujuk mr.hubby mase kitorang gadoh ritu.
aku ni bukan reti sangat luah kot mulut.
nak cakap terima kasih & mintak maap pon susah.
aku suke tunjuk melalui kelakuan aku.

so, untuk luahkan isi hati aku,
aku tujulah lagu ni kat die. ohsem,kan ? hehe
ade ag 1 lagu tajuk PENGUASA HATIKU.
aku tak suke music die.tapi aku suke lirik die. bestttt woooo~

lagu yang aku cadang kat korang gak, lagu BINTANG HATIKU- DE MEISIS

" muzik itu lirik kehidupan "


14/10/2011

. BEN ASHAARI pilih aku ~ wuwu


fuhh ~ penat.. petang tadi g buat passport.
22hb ni nak g singapore~ jangan jelesssss ! hahaha
balik wat passport g makan nasi beriyani n TUTTI FRUTTI :)
ohsem la. sedap wooooo ~

kul 7 baru sampai bilik.balik, solat maghrib g bilik Teeh mintak die install software Pspice.pastu lepak bilik nisa jap. pastu g print nota kat bilik wani.kul 10.15 baru balik bilik.
bukak laptop.& bukak blog.

ouwh ~ terkejut jap sebab banyak nau komen nak kena approve. pastu jenguk semua blog yang aku follow. dan terbukak la jugak 1 entri abg Ben Ashaari nih. die buat entri 5 blogger pilihan.
erk?
terkejut sat sebab blog aku terpilih.hehe
TERIMA KASIH ABG BA !

ecelli, aku selalu bace blog die. aku ni bukan new blogger. blog lame dulu pon aku follow abg BA. siap ade entri untuk die gtewww ~







buat abg BA, time kasih sebab pilih blog yana :)

ni entri dari blog yana dulu :




pada blogger2 sekalian,hehe~jangan follow blog tuh.sebab aku dah tak update blog tuh :)


SALAM PERKENALAN,SEMUA ! :)


p/s :
tinggalkan link kat entri ni kalo nak yana follow :)


12/10/2011

. Wordless Wednesday (SAYANG ABAH & MAK)


aku hanya ade sorang ayah yang dipanggil abah
aku hanya ade sorang ibu yang dipanggil mak

aku cuma nak cakap :

" ALONG SAYANG MAK & ABAH SANGAT2 "




dari kecik sampai besar, mak ngan abah lah yang tunjuk kat aku erti kehidupan sebenar.
kalau ditanya orang yang paling sabar dalam dunia ni, aku kan jawab " MAK & ABAH "
insan yang sentiasa susah senang ngan aku.
insan yang paling aku percaya dan takkan khianati aku.

MAK & ABAH pon sporting sebab bagi green light kat hubungan aku ngan MR.HUBBY :)
terima kasih,mak & abah !
along janji,along kan belajar betol2 :)