Pages

17/07/2013

.[REVIEW] Mari kita bersama-sama doakan dia..



Assalamualaikum,readers !

pagi tadi aku ada update entri pasal makan dulang.dan ada sorang reader aka blogger jugak tinggalkan komen minta aku review 1 post dari blog die.so, aku pon jenguk la post yang dimaksudkan.tanpa fikir panjang, aku nak buat review. nak dapat pahala ni mudah je. tak semestinya kita guna tulang empat kerat nak tolong orang. doa pon dah dikira tolong orang.

blogger tu nama eda. eda minta kita same-same doakan sepupu lelaki dia yang sekarang terlantar kat hospital sebab ada darah beku kat kepala.dari apa yang aku baca kat entri tu, sepupu eda kemalangan. dan yang paling aku terkilan, semasa sepupu dia kemalangan tu, bukan nak tolong, tapi ada yang mengambil kesempatan curi duit dan henpon dia. masyaAllah..apa nak jadi manusia zaman sekarang.bukan manusia tapi binatang.teruk lagi.haish. dunia akhir zaman.




kata eda, sepupu die ni anak sulung dan dah kematian ayah sejak dia darjah 3 lagi. bayangkanlah, sepupu die ni lah ketua keluarga sekarang.so, semua bergantung kat dia. aku yang baca pon rasa tersentuh.inikan pula keluarga dia yang lalui. berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya. 

jodoh,ajal dan maut semua Allah yang tetapkan.tapi, kita sebagai hamba-Nya kena terus berdoa dan berusaha. so,mari kita sama-sama doakan sepupu eda ni sembuh seperti sediakala. 

untuk sepupu eda & keluarga :

semoga Allah sentiasa melindungi kalian. kita manusia hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.kita minta diberikan kekuatan, tapi Allah bagi kita ujian untuk kita lebih kuat. jangan berhenti berdoa dan berusaha.sabar.dan tabah.Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..insyaAllah, pasti ada sinar untuk kalian. amin.



. Makan dulang


Assalamualaikum,readers !


*kredit gambar untuk hincik gugel ^__^


selamat pagi,uols ! rajin bebenor aku update blog pepagi cenggini an?haruslah.macam mane aku nak tido kalau otak ni tak leh berhenti fikir sal research yang nak kena hantar before balik raya.sampai termimpi-mimpi haa.so,kenkonon le tak nak tido pas sahur sebab nak siapkan.hampeh, 2 jam buat terus main game farm heroes saga.haha.gigih sangat tau !

bulan pose cenggini haruslah bercerita pasal makanan.eh,ape kaitan? tak de motif sangat,uols! siapa yang pernah makan dulang?bukan korang g ambik dulang plastik mak korang pastu ngapngap.haish.makan dulang tu macam dalam gambar di atas. satu dulang makan dalam 4-6 orang.makan kongsi-kongsi. kalau yang duk asrama mesti pernah kan?

aku tetibe nak rase nak kongsi kelebihan makan dulang ni ngan korang after aku join iftar kat masjid utm. seronok ! ni bukan kali pertama aku makan dulang.aku dah start makan dulang mase form 5 lagi.masa awal-awal tu aku agak..macam..annoying la kan.makan kongsi-kongsi.kat umah mane ade.tapi bile dah start,rasa sangat seronok.

korang memang takkan sedar sebenarnye korang kan makan banyak dari biasa tau.yela,sambil makan,tangan duk kaut lauk dan nasi dalam dulang sambil borak.sedar-sedar, "eh,dah abis?".hehe.selain tu,korang boleh kenal ramai orang.ye la, biasanya makan dulang ni makan beramai-ramai.dan tak semestinya dengan orang yang sama.boleh tambahkan ukhuwah lagi.

bagi korang yang tak pernah rasa lagi makan dulang tu,jangan takut untuk mencuba.janganlah pergi makan dengan bukan muhrim pula.makan ngan yang muhrim k.nak taip pon tak terkata.korang kena cuba dulu.memang lain nikmat makan dulang ngan korang makan sorang-sorang dalam pinggan tu.serius sangat seronok.seronok sangat-sangat ! sampaikan aku terfikir nanti aku ade anak 2 orang,aku nak ajar diorang makan dalam dulang je nanti.hehehe.jauh fikir !

ok la.nak sambung buat kerja.selamat berpuasa ! dah hari kelapan.cepat je masa berlalu :)


11/07/2013

. Terima kasih untuk segalanya.





Assalamualaikum,readers !

Alhamdulillah..dah 2 hari menjalani ibadat puasa.moga esok dan hari seterusnya aku masih lagi berkesempatan merasakan nikmat bulan Ramadhan. amin.

tika saat aku menaip entri ni.pelbagai wajah muncul dalam kepala aku. ade yang menggembirakan, ade yang mendukakan dan ada juga yang melukakan. pelbagai wajah itu mempunyai pelbagai ragam.pelbagai kenangan.pahit.manis.semua ada. rasa sesak menikam dada aku.sungguh aku rindu pada beberapa wajah itu. tapi apakan daya. ada yang telah pergi. ada yang masih ada. tapi jauh. aku hanya mampu berdoa agar kasih ni tak pernah berubah.

bukan umur yang mematangkan seseorang. tapi pengalaman hidup yang mematangkan seseorang.

NOTED.

dan wajah-wajah yang memberi pelbagai perasaan ini yang menjadikan aku kuat.tabah.dan lebih matang dari sebelumnya.aku diduga.berat.sakit.dikhianati.dilukai.tapi. tetap masih ada.disayangi.dicintai.dihargai.dikasihi.

kematangan membantu aku berfikiran lebih waras.luka yang meninggalkan parut.aku biarkan.sebab aku tau,masa tak mungkin kan berulang lagi.aku tak seharusnya berdendam.membenci.kerana itu akan terus melukakan aku sendiri.bukan mereka.aku positifkan diri.untuk ape aku tangisi semua kedukaan dan kelukaan itu,sedangkan mereka berbahagia di sana? jangan jadi hamba emosi.bangkit dan bergerak ke hadapan.

dan kerana itu, aku ingin berterima kasih kepada semua wajah yang memberi makna dalam hidup aku. yang meninggalkan titik hitam dan titik putih dalam perjalanan hidup aku mencari makna kematangan hidup. terima kasih kerana menjadikan aku kuat. terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. terima kasih kerana pernah menggembirakan aku. walau untuk seketika. terima kasih kerana memberi ruang untuk aku berfikir secara logiknya.terima kasih kerana kalian aku semakin dekat dengan Allah.

mungkin ada antara wajah itu membaca diari awam aku ni.mungkin. jika kamu terasa kamu adalah wajah itu, ye,jawapannya memang kamu.tepuk dada, tanya hati. naluri mungkin berkata benar.

dan aku tak mungkin lupa.tak mungkin. terima kasih untuk tunang tersayang. yang sentiasa susah senang dengan aku. menghulurkan tongkat saat aku longlai untuk bangkit. terima kasih,sayang.

semoga hidup wajah-wajah yang meninggalkan kesan dalam hidup aku ni mendapat berkat dan keredhaan-Nya.



09/07/2013

. Salam Ramadhan :)




Assalamualaikum,olls !!

berakhir sudah syaaban. Ramadhan sudah muncul !! heee ~ camna terawih pertama tadi? seronok kan?

taktau la kenapa tahun ni rasa sangat-sangat excited nak sambut Ramadhan. Tak sabar nak puasa. ok. tahun ni last puasa sebagai orang bujang. insyaAllah. tapi stress sorang-sorang. sebab...hari pertama puasa tahun last sebagai orang bujang, aku puasa kat UTM !!!! sangat sadis ok? takpela. demi mencari sesuap nasi. huhu. nasib baik ada Dal ngan Nadia. heee. kalau tak, kesunyian la jugak aku kat sini haa..

sempena ketibaan bulan baik bulan mulia ni, aku nak mintak maafla sepanjang dulu-dulu kekalau ada yang terasa tersentap ngan mane-mane entri aku tuh.biasalah. aku ni manusia biasa.yang tak lari dari melakukan kesilapan. jangan dicaci.jangan dimaki.tegurlah secara berhemah.

Anggaplah Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir untuk kita.sebab kite taktau bila kiamat,bila ajal kita. pertingkatkan amal ibadat dari sebelum-sebelumnya. semoga kite semua tenang menjalani ibadat puasa. bagi adik-adik yang baru mula berpuasa, jangan curi-curi minum air masa mandi ok? haha.nampak sangat pernah buat masa kicik-kicik dulu.wakakaka ~

nikmat puasa bulan Ramadhan ni tak sama ngan bulan-bulan biasa. perasaan tu lain macam sikit. more fun ! letih pon tak sangat. tak sabar nak bangun sahur esok ! hihi. sebenarnya....rindu nak makan bubur lambuk yang mak buat.wuwuwu. tak sabar nak balik Terengganu ! ok la. nak makan kejap. selamat berpuasa semua !


04/07/2013

.PERENCAH HIDUP





Assalamualaikum.

ok.sangat tak suka bile bermain dengan emosi.memang akan mengalami kecelaruan otak.haiya! pendirian tak tetap. huhu. sekarang aku tengah keliru.dan masih berfikir.nak ke tak terima keje kat KL tu. kat damansara utama.masalah sekarang nak pergi keje dengan ape. wuwuwu.

bukan itu yang aku nak kongsi sebenarnye.tu masalah mental peribadi aku.biar aku yang selesaikan. haha.

al-kisahnya, pada 28-30 hb june hari tu untuk kesekian kalinya dan mungkin yang terakhir,aku join jadi fasi untuk kem motivasi.kerjasama ngan pusat tusyen skor bestari.ni memang tiap-tiap tahun ade.yang hari tu fasa 1.PMR & UPSR.esok fasa 2. SPM.segala gambar aku update kat blog club nanti.masih lagi under construction.

PMR & UPSR. umurnya baru 15 & 12 tahun. pada umur ni masih mengalami kekeliruan identiti.faktor persekitaran memainkan peranan penting.serius bile aku tengok lagak adik-adik fasi,aku jadi gerun.macam mana lah anak-anak aku nanti.dunia makin serius sekarang.yup.memang bahaya.kicik-kicik tapi lagak macam gangster.maksud aku,bukanlah kaki pukul.haila.itu serius yang amat.lebihnya pada kurang makan saman haaa.keje menjawab.attitude kurang.ala.bukan adik-adik ni aje.student2 yang aku ngajar dulu pon same.tapi yang umur bawah 15tahun la.yang 16 ke atas tu,aku tengok takde masalah.

adik-adik dan anak-anak sekalian.

sedar tak kalian apa yang korang buat?jangan pandang remeh pada setiap teguran orang yang lebih dewasa dari korang.ambil setiap nasihat dan teguran tu sebagai pedoman.kami yang lebih dewasa bukan suka-suka nak marah.yela,kalau selalu marah nanti muka cepat berkedut.haruslah tak comel.kitorang dah lalui macam-macam.pahit.manis.suka.duka.pelbagai cabaran hidup.yang mungkin tak pernah terlintas pon pada fikiran korang.yang kami rase bile korang lalui,korang rase macam tak nak hidup dah.

kami memberi nasihat supaya korang semua tak rasa apa yang kami rasa.mencegah itu lebih baik dari merawat.jangan pada suatu saat nanti, korang luahkan, "menyesalnye tak dengar nasihat".masa tu dah takde guna,sayang-sayang sekalian.dah tak boleh putar  balik masa tu. biasalah kena marah.kena tegur.kena nasihat.itu perencah hidup kita.kalau tak de semua tu, hambarlah perjalanan hidup adik2. tunggang langgang.macam kalau korang memasak.lauk korang mesti letak garam gak kan?tak letak,tawar le. tak sedap.kire garam tu macam penyelamat lauk tu.so,dalam kehidupan,nasihat tu adalah penyelamat.

tak.entri ni bukan untuk adik-adik aje.untuk semua.sebagai nasihat.panduan.jangan cepat melatah bile ditegur.aku berkongsi berdasarkan pengalaman.dulu aku cepat angin.panas.pantang ditegur.tapi pengalaman mematangkan aku.bermacam-macam dugaan dah aku lalui.jadi,setiap teguran dan nasihat, aku tapis dulu.mane yang aku rase baik untuk aku, aku terima.kalau tak, aku ambik sebagai amaran.ingat tu.

life is unpredictable.move on.move forward.


26/06/2013

. Pilihan Hidup



Assalamualaikum..



kehidupan.pilihan ke? entah. aku dah keliru. mungkin bukan pilihan. tapi satu kepastian. kemestian yang kite perlu jalani. sama ada senang atau susah.

bile bersendirian aku selalu terfikir hal-hal lalu. yang pernah berlaku dalam hidup aku. betul. pengalaman mematangkan seseorang. aku selalu tanye diri aku. kenapa jadi macam ni? kenapa aku perlu kenal dia? kenapa aku mesti ada kawan macam ni? dan soalan itu akan terus aku tanye bile aku dikhianati. ye. aku tau. itu seolah menyesal. menyalahkan takdir. aku tau semua tu. bile terfikir je camtu, cepat2 aku istifar.

inilah kehidupan. jika kita bijak merencanakan hidup ni, insyaAllah..kita akan rasa seronok nak jalani sebuah kehidupan tu.saat aku menulis entri ni, hati aku celaru. aku taktau. banyak sangat benda jadi. gembira dan sedih dalam masa yang sama. aku rasa tinggal saki baki je kekuatan dalam diri aku ni. kalau tak de semangat dari orang-orang yang aku sayang, dah lama aku tersungkur jatuh.

aku rasa down.sedih.tertekan.bile ada yang tak habis-habis nak cakap macam-macam pasal aku. tapi pernah tak letak diri tu pada tempat aku? lalui apa yang aku rasa? aku memang nampak ok pada luaran. gelak. senyum. tapi hati aku? Allah je yang tau. bile aku dah betul2 tak tahan, aku kalah dengan emosi sendiri. airmata tetap mengalir.

aku tak mintak banyak. pada mereka yang tak suka aku, tak apelah. tu hak korang. aku manusia biasa. ada kekurangan sendiri. cuma aku mintak. jangan ganggu emosi aku. sisa kekuatan aku tak banyak. tu je.

aku dah penat....


20/06/2013

. My Engagement Day :)


Assalamualaikum,uollsss !!

sedar tak sedar, dah sebulan lebih aku jadi tunang pojie. cepatnye mase berlalu kan? kenkonon nak update hari tu. tapi mr.Lappy sakit. so, tangguhkan la.ni baru berkesempatan nak update. sekarang aku dah kat UTM. jadi RA lecturer aku. hee. kena rajin cari income le. nak beli ford fiesta. lalalala

entri kali ni takdelah aku nak potpetpotpet banyak sangat. JB jerebu teruk sekarang. aku lak antibodi tak berapa nak kuat. sekarang dah kena flu. so, tak berapa nak selesa nak taip pepanjag. taip sikit dah ssrrukk sssrrrukkk air hidung meleleh. haha. tak senonoh ! aku just kongsi gambar je la ye ngan korang. tak delah cantik sangat sebab aku takde official photographer. huhu. aku bertunang 18/5/2013. segala persiapan bagai mak yang setelkan sebab masa tu aku sibuk mengajar. hihi. terima kasih, mak abah adik angah ! ok, lets tengok gambauuu !!














p/s : tahniah kat semua kengkawan yang dah selamat jadi suami/isteri dan tunang orang. maafla, tak sempat nak pergi kenduri kendara bekwoh korang. ada komitmen lain. huhu. semoga berkat ke atas korang. ameen. :)


28/05/2013

. we are close ^___^



Assalamualaikum,uollss !!

cuaca sangat-sangat panas hari ni.membahang.rasa cam nak duk dalam peti ais je.nasib baik tak muat. hikhik. semalam semalam lepas aku update pasal hari jubah,kan?hari ni dengan gembira nak update pasal aku detim ngan teeya. hiii

sape teeya?ok. die ni salah seorang peserta EXTRAVAGANZA 2010. mase tu aku jadi fasi.kira teeya ni adik fasi aku la. tapi bukan group aku. haha. kitorang selalu contact kat FB. pastu tukar2 num fon. and till now, we are very very close. heee



hari tu pada 14/5/2013 aku ada interview kat KL. aku tak tau nak stay mane. yela, kawan2 yang duk KL duk ngan family. segan seh. huhu. dan tetibe lak aku teringat teeya ni duk umah sewa. so, terus aku wassup teeya. dan dia sangat mengalu-alukan kedatangan aku. heee. tapi, aku tido satu malam jela. wuwu.sebab takley cuti lame2. aku kan mengajar :(

so, lepas je aku interview kitorang pon memanjangkan langkah naik LRT,monorel bagai pegi jenjalan. haha. dengan baju kurungnye.ayu gittewww.. gi jenjalan kat KLCC ngan times square. shopping le ! haha. tak lame pon. sebab dah penat. uhu. malamnye aku naik bas balik terengganu. sampai kul 4. 6.30 pagi dah gerak g sekolah. sejam setengah je aku tido. haha. lembik aku.

dannn.. aku tak sabar nak jumpa teeya lagi kat JB nanti ! heee. nanti kite jumpe k? :)

 


26/05/2013

. Hari Jubah



Assalamualaikum,uollsss !!

since lame gile tak update,banyak sangat cite nak diluahkan. konvo,interview,sekolah,tunang. eh? haha. untuk pengetahuan korang, aku dah selamat jadi tunang pojie pada 18/5/2013 hari tu. yang tu nanti aku cite ok?

Alhamdulillah, pada 7/5/2013 hari tu aku dah selamat bergelar alumni UTM Skudai.haha. tapi, aku now dah jadi staf sementara kat UTM tu. aku dah official jadi Research Assistant kat Fakulti Kejuruteraan Elektrik. eceh. kemain. siap mention fakulti gitu. lecturer suruh sambung master, confident je jawab tak nak. haha

lepas ni bolehla aku apply sticker staf.huahahaha ! boleh balik after 12 a.m. tanpa scan kad matrik, boleh bawak kete naik sampai kat depan CIMB tuh ! haha. ceh, akal setan betol -.-

Aku dan family bertolak dari Terengganu after mengundi. ok. aku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab :) dari Terengganu, kitorang g Muar. g umah pak cik. maghrib baru sampai. kenkonon malam tu nak g jenjalan Melaka. tapi, penat kemain dah plus tunggu result PRU13. hee. so,lepak umah pak cik je la.

esoknye,pepagi lagik dah bangun. siap-siap pergi Melaka. jenjalan kat Bandar Melaka bawak mak,abah n adik-adik.


 here, we r one family ~ :)


 my mak n abah :) ensem tak abah? heee

kitorang tak de la jenjalan sampai habis Melaka. sebab tak sempat. kul 1 tu dah gerak nak g Kluang. buat jejak kasih. mak nak jumpa family angkat dia. tok abah ~ hiii. so, bertolak le kitorang. ke Taman Sri Lambak. Kluang, Johor.



this is tok abah n tok mak :)

seriously diorang sangat friendly. orang FELDA memang mesra kan? haha. tok abah siap simpan ag gambar aku masa baby. last jumpe masa aku baby. see? lame gile tapi still rapat lg :)

kul 5 ptg baru gerak g Skudai. tapi nyempat je mak aku nak singgah Ayer Hitam. haha. biasalah..habis mak borong kerepek :p

sampai Skudai dalam kul 8 malam. aku bawak family g Rose Cottage Hotel kat Taman U dulu untuk check in. pas check in baru aku g UTM. aku tido bilik Ju. heee. saje nak jumpe bebudak ni :)

esoknye pepagi, kul 6.45 aku dah gerak g Dewan Sultan Iskanda2 (DSI). pojie hantar. haa..pojie bertolak dari KL 6hb malam. sampai je UTM terus hantar aku g DSI. heee. thanks, incik tunang. kesian awak. penat tak hilang ag dah kena teman saya g daftar. hee :)

majlis graduasi tu habis dalam kul 11. angah ngan adik tak masuk dewan. mak ngan abah je masuk. diorang duk ngan pojie kat luar..pas habis, aku snap gambar sikit. tak banyak sebab kelam kabut ade urusan RA yang nak kena setel haaa. aku gerak ngan pojie. family aku g pesta konvo. dah setel semua baru aku g pesta konvo ngan pojie.haha





dan sempatla aku jumpe neyda pas konvo tu. siap ambik gambar. ade kat dalam FB. kitoarang mmg plan dah nak jumpe.nasib baik sempat. sempatla kenal family aku. hee. sape neyda? korang g youtube, taip neyda surihani :)

aku balik terengganu 8hb tengahari. sebab ade kejadian sikit. hihu. boleh dah sampai segamat baru aku perasan purse aku takde. nasib baik ade orang jumpe.so,patah balik g UTM -.-

sampai terengganu dah tengah malam. esoknye pepagi dah bangun g sekolah nak mengajar. oh,penat ! tapi happy sangat-sangat ! heee. sekian saje cite hari jubah. yang lain t aku update :)


11/05/2013

. You make my day :)



Assalamualaikum,ollsss !!

petang tadi kenkonon semangat berkobar-kobar siap nekad malam nak tido update incik belog dulu. tapi sebab leher + tengkuk ni terkehel. eh? tak.masuk aku, sakit sangat sebab petang tadi tidur camne tah,bangun2 kepala jadi teleng. haha !

so,dahku mempersembahkannn sekeping gambar untuk tatapan kalian yup. gambar masa aku konvo hari tu. 7/5. sekeping dulu. yang lain nak kena tapis.kahkahkah. nanti bile dah kureng kesibukan, aku cerita.mesti cerita. sebab i met my gorgeus fren, neyda surihani ! hiii. korang g taip name die kat youtube. hoho. gambar kitorang dalam henpon aku. tak sempat nak transfer ag. busy sebab tarikh eday aku dah dekat. ops -.- terhabaq pulok dohhhh.

saje taruk gambar ni.haha.maap,muka letih sebab cuti-cuti konvo.tudung pon senget benget dah.mortar board tu berat ok? terlucut je.wuwu


ok.sekian sahaja karangan pendek memalam buta gini. nak tido dah haaa...nuniteee !!





18/04/2013

. Saya jadi GURU GANTI



Assalamualaikum,ollsss!!

baru berkesempatan nak update blog haaa..mane taknye,sampai umah kul 4,rehat,malam tido awal.kul 6.30 pagi dah gerak g kerja.

kerja ape? sebenarnye,sementara dapat keje tetap nih, yana jadi guru ganti dulu. kat sekolah menengah tengku ampuan intan,kuala berang,terengganu. 45 minit dari umah yana.hambek. haha.takpe,next week yana duk umah warden.kikiki

yana mohon minggu lepas.Alhamdulillah.tak sampai seminggu.ahad tu (14/4) PPD call suruh lapor diri 15/4. die call jam 5 ptg. haru biru jap.haha. aku masuk atas tiket cikgu fizik.tapi,setakat ni baru sekali ngajar fizik. 2 kali ngajar add math form 4 dan 2 kali ngajar sains form 1. yang ni relief. takpe,asal ade keje,gaji jalan.

mula-mula tu,aku nak nanges gak weh.dahla first day dah demam. huhu. sangat tak selesa la kan. suasana kat sekolah ni agak berbeza dari tusyen. tusyen sbb student mmg nak belajar. sekolah ni,kalau kena yang pemalas,memang sakit jiwa.

tapi,aku bersyukur sangat. Allah permudahkan segalanya. hari ketiga aku dah ok sket.student pon ok ngan cara aku. senyum tak lekang, tapi tegas. siap excited dapat tau aku nak duk umah warden. hihi. dan paling aku terkejut,sorang lagi guru ganti tu, budak fakulti lektrik gak. batch tua setahun dari aku.kak sabariah. course mekatronik. kecik je dunia kan? aku kan ganti sampai 23/5.tp,tak tau camne ag.sebab ade ketua bidang mintak aku jaga math form 6 -.- padahal aku taktau ape.haha


meja pn azma yang aku tumpang.die tinggal ok je.dapat kat aku,bersepah.haha


now baru aku tahu perasaan jadi cikgu kat sekolah.nasib baikla,cikgu-cikgu yang duk kat meja aku tu riuh rendah.terhibur jugak aku.hehe.semoga segala urusan aku dipermudahkan-Nya. amin



02/04/2013

. KAMU SAJA...


Assalamualaikum,olls !!

menahan sakit sebab bengkak kat gusi sangat tak seronok.pastu bleeding.huhu.tapi abaikan je la.mood blogging datang. hari tu stalk FB hubby. hoho.die ade request lagu ainan tasneem kat kitewww. lagu tu yana tak pernah dengar sebelum ni. tajuknye KAMU SAJA.hommaaiiii..lirik die sangat...arghhh !! serius sweet my hubby ni. thanks,dear !

jom korang ! pakat dengar lagu ni. hayati liriknye ok?





Lirik Lagu Kamu Saja - Ainan Tasneem

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira





10/03/2013

. Aku yang sekarang





Assalamualaikum,ollss!!

lame gile aku tak update blog kan? semangat dah beria nak update.tapi kekangan mase.now busy sangat nak siapkan review paper research lecturer ngan part time tutor tusyen.

life aku sekarang dah tak same cam dulu.dulu student.fikirnye nak enjoyyyy je memanjang.haha. takde duit kol mak.haha.cess. tapi sekarang dah tak. duit gaji setiap bulan kena pandai-pandai bahagi la kan.mane nak simpan,mane nak belanja. tambah-tambah persiapan untuk majlis nanti banyak nak guna duit. ehem2. hehe

sekarang baru aku rase ape yang mak abah rase. dah nampak peritnye nak dapatkan duit,pastu nak kena bahagikan lagi. yela, kalau tak,hujung bulan kebulur la. huhu. memang insaf tau. terfikir la jugak kan,kenapa la dulu-dulu aku boros sangat. kalau tak simpanan aku dah banyak sekarang. hurmm..

erm erm erm...sebab lame tak update blog,tak tau dah nak cite ape. ingat nak cite life as tutor.tapi nanti la kan. eh,aku dah tembam sekarang ! haha.so, pasni dah tak de yang kan panggil aku cekeding. hikhik. baju pon banyak yang dah tak padan -.-

ok la. dah maghrib ni. nak g mandi lak. t kite sambung ag eh. daaa


 


17/02/2013

. Bila kita senyum...



Assalamualaikum,olls !!





sekian lame tak update, agak kekok mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk dikarang. rentak menulis pon dah hilang. tak tau la korang suke ke tak. huhu. 

sebenarnye, tadi dah gitau incik bakal, aku nak tido. yela, pinggang sakit sangat ni. tadi jatuh. dah macam buah nangka. haha. tapi teringat lak, yang petang tadi konon nak update entri ni, tapi duk bertekak ngan bubu n cici, plus busy tweet, langsung lupa. ni baru nak update.

*kemain panjang mukadimah haa*

selalu kita dengar. senyum itu satu sedekah. senyumlah. senyum dan senyum.

senyum bukan sekadar sedekah. senyum itu penyejuk hati. penambat hati. pengukuh ukhwah silaturrahim. penguat hati yang berduka.

contohnya la kan, orang yang berdekatan ngan korang tengah marah. marah gile-gile. marah kat korang. korang janganlah tambah minyak dalam api dengan buat muka toya korang tu. biarlah bukan salah korang pon. tapi korang senyum.senyum dengan ikhlas.penuh kelembutan. insyaAllah.. marah die kan surut..hilang terus :)

abah aku selalu pesan. senyum. senyum. senyum. baru ade seri kat muka. baru orang senang nak bergaul ngan kita. dan teringat lak classmate aku dulu. pon tegur aku payah nak senyum. pojie pon ade tegur. since dari tu, aku cuba nak selalu senyum. Alhamdulillah..balik hari tu abah tegur.muka dah ade seri :)

jom kite renungkan quote kat bawah ni :


" Senyumlah dikala gembira kerana itulah sebaik-baik utusan menggambarkan keriangan hati & senyumlah dikala berduka kerana ia menggambarkan kerelaan hati menempuh ujian-Nya "



14/02/2013

. Fear Factor :)



Assalamualaikum,olls !

lame gile tak update blog.kat sebulan gak ah. ok ok. malas nak taip. busy sangat. nak tunjuk gambar je. hari tu yana g angsana. dah lame dah. jumpe artis2 fear factor. hehe









ohmaiiii !! ensem kan?? hehe. tengok real lagiiii ensemmmm !!



18/01/2013

. Terikat 1 JANJI




Assalamualaikum,olls !!






now dah 4.35 pagi. tapi mata tak ngantuk ag. tak tau la kenapa. so, tadi layan movie jap. mula-mula cite Ku Pinang Kau dengan Bismillah. heroin mati. sedih tau? =.=  pastu sambung tengok cite HACKS. Hanya Aku Cinta Kau Seorang. pon hero mati. cite ni dah lame sebenarnye. tapi baru rase nak tengok haaa.

disebabkan cite HACKS tu la aku semangat nak update blog pepagi ni. 

JANJI. sape yang tak pernah berjanji,kan? ade yang pandang remeh pada janji. ade yang berpegang teguh pada janji. yela, janji tu cuma sebahagian dari kata-kata. sekadar KATA-KATA. dapat diubah. boleh juga dilupakan.cakap je kat mulut. JANJI ! ok. just kata-kata. sebab tu ade yang anggap janji tu benda remeh.

korang tau tak? MEMBERI janji itu mudah dilupakan. tapi... MENERIMA janji, sampai mati diingati.. ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri. dan janji itu memungkinkan dua perkara. KECEWA atau BAHAGIA. dan semua itu adalah pilihan. kita yang pilih. 

jika tak mampu nak tunaikan, jangan kita berjanji. bukan 1 jiwa yang kecewa. yang merana. yang menderita. tapi banyak jiwa yang memendam luka kelak. dan bila jiwa terluka tu menuntut janji tu, jangan pula salahkan die. die tak bersalah. die cuma mengharap pada janji tu. janji yang diungkapkan.....

bile kite rase tak mampu berjanji, jangan berjanji. lafazkan sahaja InsyaAllah. jika berkemampuan. jika diizinkan. supaya hati tidak terus mengharap... hati itu selembut tisu..tersilap sikit, pasti koyak...

^_____^

HACKS




16/01/2013

.Pojie sangat sweet !



Assalamualaikum,olls !!






ok. gambar sekadar hiasan.mihmihmih. malam ni nak update pendek-pendek je. sebab tak larat sangat dah ni aih.

erm..erm...erm..semenjak 2 menjak 3 4 menjak ni, kecomelan pojie semakin terserlah. sweet sangat haa. maybe sebab dah nak kawen haa. hiiii. aku buat part time mengajar tusyen sementara dapat kerja tetap. iklan ! sape2 yang ade kerja kosong engineer, boleh gtau yana ye. hiiii.

so, tadi yana ade kelas. budak tahun 5. ngajo BM. dari kul 8.15 pm sampai 9.45 pm. pojie lak penat kemain haa. habis je ngajo, yana check wassup. nak tau die wassup ape kat yana? bace bawah ni :


" if i not pickup n reply your msg maybe i sleep
because i am so tired
i need rest to get energy to love u next day....
i love u "


haa.. tersenyum sorang-sorang yana bace. haha. sweet tau?? 


moga-moga ke'sweet' an ini berterusan. amin.

. Next Step ! ops :)



Assalamualaikum,ollsss!

genap 2 minggu haa yana tak update blog. kemain busy ko.haha. padahal tak de mood nak update. rasenye azam tahun baru ritu nak rerajinkan diri update blog. hampeh ! tak boleh percaya langsung! haha

kali ni nak update entri weekend ritu. erm erm erm. nak gtau nih.kalau ade yang menyampah ngan entri ni,pangkah cepat-cepat la ye.haha. weekend ritu,pojie datang. wiii !! hepi tau? 3 bulan lebih haa tak jumpe. die datang pon sebab nak temankan yana g career fair kat KSL. hiii. banyak gak la yana drop resume. ye la.mane tau. rezeki nak kawen tahun ni, dapat keje best best kan?

and you know what? mase dalam kete nak g KSL, die tunjuk jam baru die haaa. jam jenis ICE tu. ala..yana memang nak sangat tau jam tu. sebab banyak pilihan warna. haha. yana dah tarik muncung sebab tak belikan untuk yana jugak. haa. pastu sampai kat KSL, kitorang pusing-pusing dulu. then, nampak jam jenis ICE. sejibik cam jam pojie. tapi ade yang kecik. so, die belikan 1 untuk yana.hiii. hepi tau !



yang atas tu tangan pojie :)


malam mase die sampai jumaat malam tu, die bagi adiah jersi mesia cutting pompuan kat yana.wihuuu. then, pas drop resume semua tu, kitorang pusing ag kat KSL. die belikan blouse ala2 korea lak. pastu g IT Fair. kat KSL jugak. heee. then, die belikan 2 sim card UMobile untuk kitorang. die cakap, die belikan fon untuk yana. yana dah tanye-tanye. fon ape pulak aih. die cakap nanti die bagi. heee

penat jenjalan, kitorang berenti rest dulu. dalam kete je la. mase tu la die bagi fon tu. haa. die bagi Nokia Lumia 610. tergamam jap. hee. die cakap, pasni bolehla online & wassup. terus die install kan tweet caster untuk yana. sebab di tau yana suke tuit tuit. haha. pastu die siap cakap, bulan-bulan bil biar die bayar haa. ya Allah. rase terharu sangat. nak menangis pon ade. huuu

esoknye, hari ahad, kitorang jenjalan kat jusco tebrau. aku belanja die kenny rogers sempena birthday die hari tu. heee. pastu teman die usha boot bola. penat pusing, takde pon haa yang die berkenan. huuu. pastu roger anas ngan zulfi, ajak makan kacang pool kat angsana. anas gerak ngan zulfi dari UTM. aku ngan pojie gerak dari tebrau. tapi, sebab jalan jammed gile, anas ngan zulfi kena tunggu kitorang lame sket. kebetulan pulak ade show pengantin haa kat angsana.

sampai je, terus cari anas ngan zulfi. sementara tu, usha pelamin dulu. haha. ngan photographer. semua la. pojie siap amik gambar ag haa. last-last jumpe anas kat kedai emas Wah Chan. pastu tetibe pojie ajak tengok- tengok cincin. die cakap nak beli awal-awal. aku ingat die main-main. sekali betol-betol. menggigil tangan aku mase nak try satu - satu cincin. anas kejenya gelak je. haish. haha

mase tu memang terharu sangat tau ???? siap survey rantai untuk nikah ag. hiii. saje nak 1 set. gelang dah ade. :p



pilih. jangan tak pilih. gambar cincin tak leh tunjuk la. orang terapat je tauu. hiii


mak ngan abah semua dah tau. tunggu pojie MMS gambar cincin je kat mak abah. heee. mak siap tanye dah g kursus kawen ke belom. haha. yana cakap, nanti nak g same-same pojie :)  doakan kami ye? semoga semuanya berjalan ngan lancar. amin :)

p/s :

thanks kat anas ngan zulfi sebab tolong kitorang pilih cincin tu. sayang korangggg !!