Pages

27/04/2012

. Diari Kecil yang penuh RAHSIA



salam Jumaat,peeps !

sebenarnye entri ni dah duk dalam draft dari semalam ag. tapi punyalah syok tengok cite korea, lupe lak nak taip. haha. sempat upload gambar je semalam :P

semalam yana kemas-kemas bawah katil yana. bukan bersepah ok? cuma berhabuk je. haha. then, yana bukakla 1 beg ni. dalam beg ni penuh ngan buku & komik. godam punya godam, jumpela buku kecik kat bawah ni.




nak tau ni buku ape? sebelum tu nak mintak ampun dulu kat incik hubby. hehe. b, ni cerita lame k? haha. ni sebenarnya diari yana. dah lame dah diari ni. banyak cerita sal first love yana. pas SPM dulu. dulu yana rajin tulis diari. tapi masuk je matrik, diari entah ke mane. haha. yana ingat nak bukak la diari ni. tapi sadis tol. haha. tak jumpe kunci pulak. last-last yana campak diari ni dalam tong sampah. buat ape nk simpan. huhu. so, gudbye diary !

pastu sambung kemas. jumpe pulak 1 buku.ni bukan diary. tapi more kepada planner. hehe. yana pon koyak la page yang lame-lame. semua dah dapat. yana pon tulis yang baru. more kepada bajet nak kawen & ape yang yana nak capai dalam mase terdekat ni. hehe. biarlah yana je yang tau :)






comelkan planner yana? hiii ~ yana memang minat warna purple n pooh. :P

korang camne? ade tak ?


jangan lupe klik SINI.




25/04/2012

. CAPTURE YOUR LIFE !

hye,peeps !

sekarang ni musim kawen kan? hehe. kawan-kawan yana pon ramai yang kawen bulan 5 & bulan 6 ni. tapi yana tak dapat datang. final exam kot mase tu. huhu.

bagi bakal-bakal pengantin yang masih lagi mencari photographer untuk wedding korang, tak payah fikir panjang. yana suggest korang contact terus NAHAM PHOTO. gambar-gambar diorang semua cantik2 ! yana tak tipu la. kawan yana, anas suhada model diorang. semua gambar yana suka. sampaikan yana suruh anas framekan gambar tu. hehe

kalau korang nak belajar cara-cara guna DSLR & ambik gambar pon bolehhh !! diorang ade buat bengkel untuk sape yang nak belajar amik gambar & teknik-teknik yang smart !



tak percaya ? korang tengok gambar bawah ni. nice kan? ni gambar yang paling yana suke. yana pernah ikut anas photoshoot untuk shawl ngn Naham Photo nih. diorang semua sporting. korang konpem tak kan gugup depan kamera. abang Harris, sorry ! pinjam gambar bawah ni yep. hehe





ape lagi yang korang tunggu ?  cepat2 visit website diorang kalau nak tau lebih banyak lagi detail.

klik sini --- >   NAHAM PHOTO



24/04/2012

. Dinner kolej yang last =.=



hye,peeps !

what a busy weekend...hurmmm

pagi sabtu & ahad ade degre ++ ISO. huhu. takpe-takpe. dugaan final year student.

last sunday, kolej kediaman yana, kolej tuanku canselor organize 1 annual dinner. actually, yana tak nak join pon. nak rest je. tapi, ramai lak yang memujuk yana suh g. wuwu. then, yana post la kat fb, nak pergi ke tak. huhu. ade yang suh pergi. so, yana decide nak pergi. hehe. tapi, masalahnye, baju pulak. adeh. tak de baju yang menepati tema. tradisional + moden.

ngah duk godek-godek locker nak pakai baju ape, tetibe aina kawan yana chat kat fb. die tanye nak pinjam baju kebaya die tak ? wah ! siap die offer ag. hehe. thanks aina untuk baju yang cun tuh :) n thanks jugak sebab solekkan yana. hehe. siap nk booking aina jadi mak andam mase tunang ag :)  kalo korang nak tau, aina ni 1 course ngan aku. n die dapat award olahragawati kolej mase dinner tu. good joob,dear !

korang boleh pergi blog aina. klik sini.


yana pergi dinner tu under club yana. hehe. jom tengok gambar. tak banyak sangat gambar. yana tak tau la kenapa, mood bergambar makin kurang sekarang. wuwu. tengok je la ye . :)




ANUGERAH BINTANG CANSELOR 2011 (ABC 11)


dapat kipas. hehe


with aini comel :)





with mar syg :)





with fatin yang duk depan bilik yana. hehe. budak manje. same je ngan pakwe die :)



with my adik :)  zdah


babad ( pengarah kelab SMART CAMP )


sweet 'ehem'.. mar & syamim :)


 my lil junior. dari kiri tudung pink :
nis,piqa,me,zana,aliaa
*aliaa,nape tutup mata? huhu *


pengerusi JKM kolej yana. adik paan. haha



 shoot corner :)



tu je gambar yang ade ngan yana. hehe. for the first time yana pakai contact lens :)





21/04/2012

. dan kerana... CINTA ITU BUNGA



jika diberi bunga, bunga mane yang korang nak?
bunga plastik atau bunga hidup yang segar ?

pasti setiap orang ade jawapan masing-masing kan ?

kebiasaannya, bagi mereka yang pilih bunga plastik, tentulah sebab tahan lame kan?
dan bagi yang pilih bunga hidup tentulah sebab nilai sentimental kan?




yana?

jawapan yana mestilah bunga hidup. yana memang suka bunga yang segar-segar. so, kalau ade yang bagi sejambak bunga segar as a present, memang yana melompatla suka. yup. memang bunga tu kan layu. takkan tahan lame..

tapi tu tak jadi masalah bagi yana. sebab yana suka pada nilai bunga segar tu.
bagi yana, bunga plastik tu palsu. penciplak. mati. kalau campak mane-mane pon, tak de kesan kan? so, memang kurang dihargai lah.

tapi tak pada bunga hidup. seboleh mungkin dijaga rapi walau tau ia kan layu. dan bila ia layu, akan dikenang-kenang. teringat-ingat. betapa bernilainya bunga hidup tu.

dan kerana itu jugalah....

cinta itu bunga....

cinta sejati kita akan rase walau ia takde...

20/04/2012

. Untukmu... Si Bunga Ros....

untukmu gadis dan wanita...




hargai dirimu sebaik mungkin..
jangan rendahkan martabat dirimu kerana mereka yang belum halal bagimu..
jagalah santunmu. adatmu. perilakumu. agamamu. kerana itulah siapa dirimu sebenarnya.

wanita itu ibarat bunga ros..
masa segar,terlalu wangi dan cantik..
jika tak dijaga dengan sebaiknye..
ia kan layu..busuk..

untuk gadis dan wanita..
apa yang ada pada dirimu bukan untuk dibangga..
tapi untuk disyukuri...


" keinginanmu untuk diketahui orang tentang keistimewaanmu adalah bukti tidak ada kejujuran dalam kehambaanmu " - Al - Hikam

18/04/2012

. OH ! AKU DAH DEWASA !!



dulu mase kecik-kecik selalu berangan bile la nak besar ni. nak buat tu la, nak buat ni la. macam-macam lagi la. tapi bile dah besar, merungut nak jadi kecik pulak. haha

seperti yang korang sedia maklum, yana ni anak sulong. dan ade 2 org adik je. sorang pompuan sorang laki. tu pon dah cukup meriah. sejak dari kecik sampai besar, memang mak ngan abah banyak tentukan ape yang baik untuk yana. jangan korang fikir mak ngan abah yana kongkong yana lak. tak. diorang tak kongkong. ape-ape keputusan still bincang ngan yana. tapi tu la. yana rasa cam budak kecik. haha

dan yana langsung tak sedar yang umur yana dah masuk 23 tahun. dah dewasa. sehinggalah satu hari tu. mase cuti midsem hari tu. mak panggil yana. mak cakap, ambikla buku ASB ni. gunalah kalau yana nak guna. yana terkedu jap. bile mak yana dah bagi buku ASB tu, tandanya yana dah cukup dewasa. dan mak dah betol-betol yakin nak lepaskan yana. tapi yana tak ambik pon. yana mintak mak simpankan dulu. tak selamat nak bawak g kolej. yana cakap kat mak, nanti yana dah nak kawen, yana ambik buku tu. jangan tanye kenapa. yana ade sebab yana sendiri. hii




kalau dulu, bile lepak ngan mak & angah, terutama pas makan mesti borak-borak sal cerita kat asrama, cerita kengkawan. tapi sekarang dah tak. banyak borak sal masa depan. sal pakwe. sal kawen. sal muslimah. dan banyak nasihat yang mak bagi. same juga bile borak ngan abah. mak ngan abah selalu cakap, cari suami yang boleh jadi imam untuk keluarga. & abah cakap, bakal suami mesti pandai tajwid. haaa ~ dengar tuh incik hubby !  abah ngan mak juga pesan kat yana, jaga aurat, jaga kelakuan. syurga neraka abah depends on his children. yana terdiam masa tu. dah banyak dosa yana bagi kat abah. kesian abah. 





mak ade pesan, dah keje nanti kena pandai urus kewangan. bahagikan antara yang penting dengan yang tak penting. jangan terlalu ikutkan hati. same jugak bile dah kawen. jangan boros. mak cakap, minimumkan belanja kawen. nanti dah ade anak, tau la azabnye belanja yang banyak.

dan banyak lagi la pesanan mak ngan abah. tak tertulis kot kat sini. terima kasih,mak,abah sebab bersusah payah besarkan along dan adik2. tak terbalas segala jasa mak abah. sayang mak abah.



16/04/2012

. Kain SPENDEX yang BEST !!

assalamualaikum,peeps !!

korang jenguk2 baju kat bawah. akin jenis spendex. ala..yang getah tu..tp tak melekat. nak tengok banyak lagi pattern ? boleh g sini ---- >









14/04/2012

. Setelah sekian lama...

Assalamualaikum w.b.t.

rasenye dah lame yana tak update blog. last update pon pasal bisnes tu.
bukan nak lupakan terus matlamat yana berblog.
dan bukan juga kerana jemu berblog.
yana tak pernah rase jemu berblog.
di sini hati kecil yana bersuara..

yana cuba untuk taip,buat entri baru.
last-last masuk dalam draft. ni pon yana taip kat notepad.
mood nak update blog kurang sikit sekarang.
kalau blog lame dulu, semua cerita nak update.
tapi sekarang tak lagi.
masa mematangkan yana.
bagi yana, tak perlu nak buka semua cerita.
yang buruk, biarlah yana simpan sendiri.
yang baik, insyaAllah yana tapis supaya korang tak meluat.
sebab ape yang kite tulis, itulah yang mengundang persepsi masyarakat kite.

pada yang sudi tinggal komen kat blog yana,
terima kasih sangat-sangat.
mane sempat yana balas.
yana masih lagi mencari idea untuk menulis.
if korang ade nak request ape-ape,
jangan malu jangan segan. tinggalkan komen.
kebanyakan ape yang yana tulis adalah suara hati orang-orang sekeliling yana.
mereka yang memberi idea.

ok lah. yana stop dulu k?

jangan jemu membaca :)


cinta,
yana ... ^__^

03/04/2012

. NAK ANGGUN CAMNI TAK ??

assalamualaikum,peeps !!

haa. tajuk entri memang perasan sket. haha. ok. nampaknye sekarang blog ni dah jadi blog bisnes. ngeh2 :)

korang dah tengok blouse yang yana jual ? beli la. cantik tauuu !! tak caye? tengok gambar bawah ni :)



ayu gituuu ~

 berminat ?

boleh tengok dengan klik link kat bawah ni :





selamat menjamu mata ^__^