Pages

11/07/2012

. biar lebih baik !



Assalamualaikum,peeps!

selamat tengah malam semua. hee ~

semua dah tido ke? kalau yang belum tido tuh, rerajinla ye tinggalkan komen kat blog yana nih pas bace :)

korang ade tak tengok masterchef selebriti? sape yang tak tengok, bolehla tengok. yang las2 ni yana tak tengok ag. episode last yana tengok, masa tomok kena singkir. huhu. tapi bukan tu yana nak cakap. 

yana ni spesies manusia yang suke menyusahkan diri sendiri. suke fikir banyak2 n serabutkan otak sendiri. suke buat andaian yang memang kadang2 mengecewakan diri sendiri. haha. sampailah yana tengok masterchef selebriti nih, episod bape tah, kata2 jehan miskin yang memang yana pegang sampai sekarang.

dalam episod tu die berada dalam pusingan penyingkiran kot. tak ingat dah. chef jo tanye ape tah. die jawab, die tak fikir yang akan datang. yang die fikir mase sekrang. hari ni. die kena buat yang lebih baik. sebab hari ni adalah penentu hari esok.

yup. yana setuju sangat2. jangan nak serabutkan kepala fikirkan hari esok lagi. sebab belum tentu esok ade untuk kite. tapi fikirkan masa yang kite tengah jalani nih. buat sehabis baik untuk hari esok. jangan tangguh2, jangan buat sambil lewa keje hari ni. jangan fikir kite boleh buat esok. sebab kite tak tau esok cane.

dan..hari khamis ni yana ade temuduga kerja. yep. yana memang takut. banyak kemungkinan yang yana fikir. tapi bile fikir balik kate2 jehan miskin, yana tak nak fikir sangat sal hari khamis tuh. tapi yana fikirkan persediaan yang yana dah buat. doakan yana berjaya. amin.



09/07/2012

. Aku, Kau & Cinta




Assalamualaikum,peeps !




selamat pepagi buta. heh. tak ley nak tido la. huhu. biaselaaaa..kelawar kan. haha. eh? ke burung hantu. haha. actually, dah lapuk dah entri ni dalam draft. bukan ape. malas nak update. haha. ni kire rajin la ni. haa. bace sampai habis tau :P

dalam entri lepas kan yana ade cite yana pergi angsana kan? ok. ni nak cite yang kat angsana la nih. untuk pengetahuan korang semua, yana ni, dari kecik lagi, kalau masuk je kedai buku, keluar tak pernah ag tangan kosong. never. mesti kan ade buku yana beli. tak tau la kenapa. yana geram tengok buku banyak2. nanti dah ade rumah sendiri yana nak buat mini library. ngeh2

nak dijadikan cite, hari tu yana beli 2 buah buku. tak. sebenarnye novel grafik. ala komik lah. mulanya nak beli novel. tapi cam malas lak kan. haha. so, yana belilah 2 buah buku yang dalam gambar tuh. siri 1 dan siri 2.yang kulit kaler biru tuh, siri 1. tak best pon weh. siri 2 best ! cite die cam bile bace, takde heart attack la. yang siri 1, baru je klimaks, gedebum ! terus penamat. baru nak feeling2. pastu jalan cerita agak tak logik dan memeningkan. haha. tajuk komik ni, tajuk entri ni la !!! haha. so, bolehla beli yup.

selamat membaca :)



07/07/2012

. Blog kena hack =.=



Assalamualaikum,peeps !

penat sangat-sangat. pagi tadi setelkan penghantaran thesis kat library FKE. pastu petang kuar meroyan ngan dal n wani. hehe. pegi angsana makan kacang pool. nyum3

dalam kul 9 malam baru balik bilik. balik je terus mandi. then, cam biasa lah. on laptop, online la kan. facebook ngan twitter jap. pastu bukakla blog. dashboard dulu....

then.....

yana view la blog yana. oh my ! tersentak jap. erk. terkedu. terima kasih, hacker sebab susah payah edit blog  yana jadi cam gambar kat atas tuh =.=

haha. geram seh ngan hacker nih. nasib baik yana ade buat back up template. so, just pasang je template tuh. pheww ~ dan baru yana teringat. pagi tadi yana ada online kat makmal fakulti. rase cam lupe je nak sign out. hehe. so, sekarang dah tukar password. nasib baik tak hilang entri lame. pasni dah tak boleh sign in blog merata-rata. :P

pengajaran tol hari ni T___T



05/07/2012

. Koyok oh Koyok


Assalamualaikum,peeps !

hehe. new look :)  cantik tak? bolehla kan.... :)

hari ni 1 hari yana sakit belakang. kepala memang tak ley dongak dan banyak bergerak. kalo tak, memang ase cam nak nanges. huhu. dah macam robot dah.

so, tadi yana pergi beli koyok. mula-mula yana tak tau yang orang panggil die koyok. kawan yana yang gtau. haha. boleh yana panggil pelekat yang tampal2 kat belakang tuh =.=

sampai je kat kedai, yana tanyela uncle tuh, koyok ade tak? sekali die kuarkan 2 jenis. salah satunye salonplas. tapi yana amik yang dalam gambar kat atas tuh. sebab uncle tu cakap ok n panas. 

tapi....dari petang tadi yana pakai. same je. huhu. sakit sangat. tak tahan dah :(

ingat nak packing barang malam ni. tapi nak bergerak pon seksa. huhu

koyok koyok... :P