Pages

23/09/2014

Sundate With Love

.Assalamualaikum.



minggu lepas untuk pertama kalinya sepanjang kitorang kawen, aku kena tinggal lelama. seminggu. haha. biasa tok laki g kemaman balik hari atau paling lama pon 2 malam je. tapi sebab project nak kejar due date & terengganu dah dekat musim tengkujuh, berkampung la dia dengan bos-bos dia kat kemaman sana haa. mula dia bajet tidur 3 malam je la. Khamis dah balik. sekali kena extend sampai jumaat. pastu bila tiba hari jumaat, projek ada masalah, kena extend sampai sabtu la baru balik puchong. huhu. nasib baik dia bawak balik ikan freshhh baru naik jeti. hehe


so, Ahad tu betul-betul spend time la. sebab minggu ni taktau bile pulak dia kena turun kemaman. hari ni,esok or lusa. tak tau. pasghahh je la. haha. hubby bawak aku jenjalan ke KL. mula-mula nak merajuk gak la. KL ape ada. jam je. haha. aku nak pegi PD. tengok pantai ke. tapi dia tak larat pagi tu jadi lepas subuh dia tidur balik. tengahari baru bangun. lepas zohor baru kitorang kuar. mulanya aku ajak pegi memorial Tunku Abdul Rahman semua la kan. tapi jiwa dia tak macam aku. haha ! pusing-pusing last-last dia bawak aku pegi taman rama-rama. bolehla tahan best nye. tapi sedih sebab tak de rama-rama yang sudi bertenggek kat hidung aku. tok laki cakap, meh nak tuang cecair yang diorang spray kat bunga kasi rerama hinggap. haha. ngek betul !







































lepas taman rama-rama, plan nak g taman burung. sekali tengok tiket RM 25/person. mahal sangat nih. parking pon full. cancel. bulan depan pergi. haha. pastu hubby bawak pergi Istana Negara. just snap a few picca, pastu blah. tak de yang menarik sangat melainkan yang jaga kat gerbang berdiri tegak. haha. yang guard aku amik gambar ni menakutkan sikit. aku baru berdiri depan dia nak amik gambar, dia g hentak senapang. terkejut aku. haha. yang lagi sorang, dari jauh duk dengar dia nyanyi sambil berdiri tegak. bosan agaknya. dua jam kot berdiri baru tukar orang.


















kuar istana g solat asar kat petrol pump pastu gerak g jenjalan kat Alamanda lak. nak tengok wayang tak de cite best. jadi kitorang pegi makan kat waffle stop. haha. better than yang kat KLCC tu. ape tah nama dia. dahla mahal. waffle kecik. yang ni memang puas hati makan. RM10 tapi kenyang. nanti nak datang lagi la. padahal tiap minggu pergi alamanda, takde pulak nak datang waffle stop nih. hahaha






kitorang makan chocolate ----lore. ape tah kat depan lore ni. aku tak ingat. hahha !



next week tak tau lagi nak pergi mana. any suggestion?









10 comments:

  1. Seronoknyeee... semoga dpt baby cpt2... honeymoon dl la ye ...

    ReplyDelete
  2. salam. kena tinggal tak pe.. kasih sayang berpanjangan.. in sha Allah..

    ReplyDelete
  3. waffle tu favourite akak tiap kali ke Alamanda.
    berpisah utk cari rezeki takpe, doakan dia yg baik2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waffle tu sedap sangat.nanti nak g makan lagi. hehe

      Delete
  4. sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, hehehe..sama la kita =)

    Salam perkenalan. Done follow. jom follow
    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sehari macam2 tempat pergi. Best r kak. Part pak guard tu kelakar. Akak x ajak dia sembang ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak guard yg muka scary ni tak la. haha. ade sorg lg yg akk bual.

      Delete
  6. Seronoknya jalan jalan berdua.. Pasangan romantis..moga cepat dapat baby..bila huby xada di cc..ada baby menemani

    ReplyDelete