Pages

30/07/2015

. Diari Seorang Mama Part 1 (My Pregnancy)

.Assalamualaikum.


Hampir 4 bulan aku tak update blog ni. mood ke laut plus banyak benda jadi. huhu. Alhamdulillah, hari ni mood tetiba ada rasa nak update blog. pojie pon selalu sangat tanya bila nak update blog. padahal bukan dia baca sangat pon. masa zaman bercinta awal-awal dulu pantang aku update, dia orang first baca. hahahaha !

Alhamdulillah. sekarang aku dah 6 bulan lebih pregnant. selepas setahun lebih menunggu rezeki Allah yang satu nih. itupun sepanjang 6 bulan ni banyakkkkk sangat dugaan yang buat aku laki bini betul-betul tabah. dan dugaan tu aku boleh katakan lagi besar dari aku diuji dengan lambat dapat rezeki pregnant nih.

aku dapat tahu aku pregnant mase kandungan dalam 5 minggu lepas buat UPT test. malam tu jugak pegi klinik sofea kat rumah aku yang aku selalu pergi sejak belum pregnant lagi. doktor scan tak nampak ape.nampak dinding rahim tebal je.ye la awal lagi kot nak nampak kantung. haha. tapi ada cyst mase tuh. saiz dalam 2.8cm. doktor suruh datang lagi 2 minggu.

lepas 2 minggu aku datang balik. masa tu dah 7 minggu. scan nampak la kantung baby ngan sebiji kacang ajaib dalam tuh. hehe. tapi.... cyst aku makin besar. 4cm !! doktor cakap kalo lebih 5 cm bahaya kat baby. aku masa tu rasa macam down. tapi tahankan je. sebab tak nak suami pon down. pastu doktor bagi surat refer hospital putrajaya. balik rumah tu, mula-mula aku ok. sejam pastu mulala hujan kat mata. hahaha ! penat laki aku pujuk. menangis sampai tertidur. 

tapi esoknya aku dah ok balik. aku positifkan diri. aku anggap tu ujian untuk aku. nak dapat berlian, memang banyak liku. aku jaga pemakanan aku. tak makan ayam, soya. banyak makan brokoli. tapi.. masa tu lagi parah aku alahan teruk. makan sikit muntah. roti canai kedai mamak je aku boleh terima. sedih betul ! masak tak leh langsung baunye. sampai sekarang aku tak masak. haha. nasib laki aku pandai masak. tu pon awal2 je dia masak.pastu aku tak bagi masak sebab aku tak tahan bau. bau sabun dettol pon aku tak leh. nasib baik umah ada 2 bilik air. memang takkan share. sebab laki aku keje balik peluh2 memang kena pakai dettol. T___T

lepas sebulan, masa tu belum 3 bulan lagi la, aku jumpa pakar O & G kat hospital putarajaya untuk follow up cyst ni la. Alhamdulillah. cyst makin kecik. jadi doktor cakap tak payah risau dan tak yah datang spital dah. haha ! syukur sangat masa tu. Alhamdulillah.

tapi lepas tu ada lagi dugaan yang dahsyat... yang tu aku cerita next entri k? yang dugaan yang ni aku boleh cakap, memang betul2 buat aku laki bini jatuh terduduk & 4 hari gak aku admit ward. nantikan.. :)




 ni gambar masa raya first hari tu. kali kedua beraya sebagai laki bini tapi masih berdua lagi. dalam gambar je nampak besar perut. hakikat jumpa depan mata, tak macam pregnant 6 bulan. perut aku kecik sangat. haha ! pojie cakap anak ngan mak same je suka bergambar. pernah poji acah cakap jom amik gambar, time tu perut aku terus tegang sampai nampak perutnya. padahal sebelum tu tak nampak langsung -.-