Pages

25/03/2018

. Happy 1st Heartiversary, Sufi !

.Assalamualaikum.



Dalam tak sedar, cepat je masa berlalu kan? 22 Mac 2018 hari tu genap setahun sufi menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang (Bypass Surgery). rasa macam baru je lagi kaki ni melangkah lemah keluar dari OT lepas hantar sufi untuk bius. terbayang lagi saat sufi terkulai tak sedar kat bahu ni lepas kena bius. jelas lagi gambaran mesin-mesin dalam dewan bedah tu. 


Alhamdulillah sufi sekarang makin sihat. jantung dia pun makin sihat. sepanjang saat yang aku lalui dari sebulan sebelum sufi operate sampai sekarang, banyak soalan dari kawan -kawan, dari yang kenal aku. macam mana aku positifkan diri, macam mana aku kuatkan diri sehingga aku masih mampu tersenyum saat anak aku berjuang hidup dan mati dalam dewan bedah tu.


jujur aku cakap, tak mudah. aku sendiri tak kuat berperang dengan emosi. tipu kalau aku cakap aku tak pernah down, aku tak pernah menangis. aku manusia biasa, hati aku rapuh jugak. cuma aku lebih pilih untuk zahirkan yang indah, yang positif. saat aku rasa down, aku tetap menangis. tapi aku menangis biasa dalam bilik air, kat rumah. masa tu aku lepaskan semua rasa yang buat aku sesak. aku menangis semahunya. sampai dada aku rasa lapang, aku akan bangun tersenyum balik. aku tak gemar sangat bila orang cakap, sabarlah yana,sabarlah. sebab kalau aku tak sabar, aku tak tau la apa jadi. aku lebih suka orang nampak aku kuat, dan cakap, kuatnya ko yana, sebab kata-kata tu doa. bila ramai yang cakap macam tu, aku sendiri akan jadi terus kuat.


ada yang tanya aku, kenapa aku buat keputusan nak teruskan operate sufi? aku tak de cuba perubatan Islam ke? 


aku tetap usaha alternatif lain. aku bawak jumpa ustaz semua. tp ustaz tu sendiri cakap, dia bukan tuhan. dia cuma ikhtiar sahaja. ubat hospital jangan tinggal, banyak-banyak doa. masa tu aku nekad. andai takdir sufi kena operate, aku akan lalui je. siang malam aku doa minta Allah permudahkan segalanya untuk sufi. aku bersyukur sekurang-kurangnya sufi ada pilihan untuk sembuh. untuk jantung dia menjadi lebih baik. ada kawan-kawan seperjuangan sufi, tiada pilihan untuk sembuh. hanya kasih sayang jadi penguat untuk jantung diorang terus bertahan. jadi untuk apa aku siakan peluang tu?


aku percaya pada naluri ibu. tu kelebihan yang Allah bagi. aku nekad, aku teruskan dengan sokongan semua yang sayangkan sufi. ikhlas, aku sangat berterima kasih dengan semua mak-mak kumpulan sokongan anak-anak jantung hatiku. tanpa diorang aku rasa aku tak sepositif sekarang. 


pada kawan-kawan, terima kasih untuk kalian yang sentiasa doakan sufi. doa korang sangat bermakna untuk sufi. semoga bila sufi besar nanti, sufi tak lokek nak doakan dan bantu gandakan pahala korang. amin.


untuk anakku SUFI LAILATUL QADR,


terima kasih sebab jadi anak yang kuat.jadi anak yang menyenangkan mama dan papa. mama doa semoga pintu rezeki untuk sufi sentiasa luas terbuka. jangan lupa berkongsi dengan yang memerlukan ya :)


untuk suami,

terima kasih sebab sabar sangat dengan harimau jadian ni yang kadang-kadang bertukar jadi hulk versi perempuan. teruskan bersabar ye. cakap nak bercinta sampai syurga kan. hahaha



p/s :

bila kita rasa susah, bila kita rasa kuatnya ujian kita, ambikla seketika waktu untuk pandang sekeliling kita. masih ada yang lagi susah dari kita. apapun ujian yang Allah bagi, bersyukurlah. Takkan Dia menguji di luar batas kemampuan kita.





ni masa on the way pergi TCA cardio kat hospital serdang 1/3 hari tu. lepas ni bulan 9 pulak. hiii



ni link perjalan sufi operate :

Part 1

Part 2

Part 3








No comments:

Post a Comment