Pages

25/03/2018

. Happy 1st Heartiversary, Sufi !

.Assalamualaikum.



Dalam tak sedar, cepat je masa berlalu kan? 22 Mac 2018 hari tu genap setahun sufi menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang (Bypass Surgery). rasa macam baru je lagi kaki ni melangkah lemah keluar dari OT lepas hantar sufi untuk bius. terbayang lagi saat sufi terkulai tak sedar kat bahu ni lepas kena bius. jelas lagi gambaran mesin-mesin dalam dewan bedah tu. 


Alhamdulillah sufi sekarang makin sihat. jantung dia pun makin sihat. sepanjang saat yang aku lalui dari sebulan sebelum sufi operate sampai sekarang, banyak soalan dari kawan -kawan, dari yang kenal aku. macam mana aku positifkan diri, macam mana aku kuatkan diri sehingga aku masih mampu tersenyum saat anak aku berjuang hidup dan mati dalam dewan bedah tu.


jujur aku cakap, tak mudah. aku sendiri tak kuat berperang dengan emosi. tipu kalau aku cakap aku tak pernah down, aku tak pernah menangis. aku manusia biasa, hati aku rapuh jugak. cuma aku lebih pilih untuk zahirkan yang indah, yang positif. saat aku rasa down, aku tetap menangis. tapi aku menangis biasa dalam bilik air, kat rumah. masa tu aku lepaskan semua rasa yang buat aku sesak. aku menangis semahunya. sampai dada aku rasa lapang, aku akan bangun tersenyum balik. aku tak gemar sangat bila orang cakap, sabarlah yana,sabarlah. sebab kalau aku tak sabar, aku tak tau la apa jadi. aku lebih suka orang nampak aku kuat, dan cakap, kuatnya ko yana, sebab kata-kata tu doa. bila ramai yang cakap macam tu, aku sendiri akan jadi terus kuat.


ada yang tanya aku, kenapa aku buat keputusan nak teruskan operate sufi? aku tak de cuba perubatan Islam ke? 


aku tetap usaha alternatif lain. aku bawak jumpa ustaz semua. tp ustaz tu sendiri cakap, dia bukan tuhan. dia cuma ikhtiar sahaja. ubat hospital jangan tinggal, banyak-banyak doa. masa tu aku nekad. andai takdir sufi kena operate, aku akan lalui je. siang malam aku doa minta Allah permudahkan segalanya untuk sufi. aku bersyukur sekurang-kurangnya sufi ada pilihan untuk sembuh. untuk jantung dia menjadi lebih baik. ada kawan-kawan seperjuangan sufi, tiada pilihan untuk sembuh. hanya kasih sayang jadi penguat untuk jantung diorang terus bertahan. jadi untuk apa aku siakan peluang tu?


aku percaya pada naluri ibu. tu kelebihan yang Allah bagi. aku nekad, aku teruskan dengan sokongan semua yang sayangkan sufi. ikhlas, aku sangat berterima kasih dengan semua mak-mak kumpulan sokongan anak-anak jantung hatiku. tanpa diorang aku rasa aku tak sepositif sekarang. 


pada kawan-kawan, terima kasih untuk kalian yang sentiasa doakan sufi. doa korang sangat bermakna untuk sufi. semoga bila sufi besar nanti, sufi tak lokek nak doakan dan bantu gandakan pahala korang. amin.


untuk anakku SUFI LAILATUL QADR,


terima kasih sebab jadi anak yang kuat.jadi anak yang menyenangkan mama dan papa. mama doa semoga pintu rezeki untuk sufi sentiasa luas terbuka. jangan lupa berkongsi dengan yang memerlukan ya :)


untuk suami,

terima kasih sebab sabar sangat dengan harimau jadian ni yang kadang-kadang bertukar jadi hulk versi perempuan. teruskan bersabar ye. cakap nak bercinta sampai syurga kan. hahaha



p/s :

bila kita rasa susah, bila kita rasa kuatnya ujian kita, ambikla seketika waktu untuk pandang sekeliling kita. masih ada yang lagi susah dari kita. apapun ujian yang Allah bagi, bersyukurlah. Takkan Dia menguji di luar batas kemampuan kita.





ni masa on the way pergi TCA cardio kat hospital serdang 1/3 hari tu. lepas ni bulan 9 pulak. hiii



ni link perjalan sufi operate :

Part 1

Part 2

Part 3








11/02/2018

. PART 3 - Sufi's BYPASS SURGERY

.Assalamualaikum.


Dah nak masuk setahun dari tarikh upi operate jantung. tak siap-siap lagi entri penghabisan ni. hahahaha. ni part last ye. part dalam wad. untuk part lain boleh tengok sini :


PART 1
PART 2


selepas 2 minggu duk PCICU/CHDW , upi dibenarkan naik ke wad paeds cardio. wad 6D hospital serdang. tapi sebab upi baru lepas operate jadi kena duk dalam bilik HDU. sejuk weh bilik tu. habis bungkus macam orang berpantang dah mama upi. tapi upi relax je pakai pampers je. kikiki

masa naik HDU tu upi masih lagi on Ryles Tube(RT). tiub minum susu. terus masuk ke perut. tapi naik tu ms nak bagi susu upi ngamuk nak direct botol. tak nak kot RT. jadi bila doktor tengok dia ok terus buka RT tu. dahla minum botol, BF pulak. kesian anak mama lapar. nak makan tak boleh lagi. kena slow2 dulu.

hari ke 2 kat wad baru dapat makan bubur. tu pun blend hancur. habis dia makan. sedap kot bubur tu. haha. yana rasa tau. memang sedap. masa awal-awal naik wad tu memang yana tak leh tinggal upi kalau dia tak tidur. nanti dia nangis. sebab lama sangat kan pisah ngan dia. pastu makin ok. mula-mula nak duduk pun dia trauma. yana letak bantal belakang dia bagi selesa bersandar.
mula-mula je laaaaa. hahahaha



my little fighter. kat wad mama bagi tengok tab. balik rumah simpan. masa ni nampak berisi sikit.



masa upi kat wad ni pun yana tak terima pelawat. yang datang pun adik yana je sebab mintak dia tengokkan upi yana nak makan mandi semua. papa upi habis meniaga baru datang. sebab bilik ni limit. macam bilik kuarantin la. semua baru lepas operate. jadi memang nak elak kena kuman. tu pun kena jugak upi. 

hari ke 3 nafas upi tiba-tiba laju balik. masa ni rasa nak nangis dah mama upi. sebab doktor cakap maybe kena pakai bipap/cpap balik. luka kat dahi pun tak kering lagi. nooooo. tapi doktor naikkan dulu oksigen nasal prong dan 2 hourly neb. Alhamdulillah. tak jadi.terus pakai nasal prong je. dan on antibiotik.



upi cool je neb pon. haha. siap tidur budak ni.


perkembangan upi positif setiap hari. makan minum semua ok. ubat pun senang bagi. cuma kalau mama dia gi toilet dan kebetulan nurse tengah agih ubat, kena letak jauh dari upi. sebab nanti dia ambik picagari tu masuk mulut. tapi dia tak reti picit masuk mulut. kang habis berterabur. bagi ubat lagi senang dari bagi makan tau. 

part mandi pulak, yana mandikan dekat katil je. sebab alas tu kalis air. dah basah ambik la alas lain. haha. buat mcam rumah sendiri. tapi mandi pagi dan sebelum maghrib je la. sejuk sangat bilik HDU tu. cukup seminggu kat HDU, upi dah off oksigen. kat tangan je ada branula lagi. sebab masih on antibiotik. biasa upi lambat discaj sebab sangkut kat oksigen. ni sangkut kat antibiotik.



upi jalan-jalan ke katil kawan upi, amna. masa ni baru off oksigen.


lepas off oksigen petang tu kena duk luar dah. sebab ada yang dari PCICU nak masuk. tak cukup ruang. lega jugak yana. sebab sejuk sangat kat dalam HDU tu. tapi duk luar pun duk kat bahagian yang tak de orang dan langsir kena tutup selalu sebab taknak ada orang jalan-jalan pastu singgah kat katil upi.nanti kuman. ada sekali tu ada mak budak yang tunggu nak operate agaknya. tak pasti sebab apa admit situ. dia jalan-jalan pastu singgah kat katil upi, nurse tegur la cakap tak boleh g katil upi sebab upi baru lepas op. upi pn boleh berjalan g HDU or katil sendiri je.





haa yang baju putih tu amna. amna admit sebab dia baru detect ada sakit jantung. amna pun dah op bulan 8 2017. dah boleh berjalan dah amna sekarang. hiiii. yang pakai spek hujung tu mak amna. yang tengah tu k.liza. ank dia pun operate jugak. masa ni diorang datang kat katil upi.




upi suka bertenggek kat pagar katil. pastu panggil nurse. haha. nurse datang tau pulak nangis. tapi kena selalu tengok. kadang-kadang dia panjat main suis-suis yang ada kat dinding tu. ada sekali masa dalam HDU dia pusing oksigen dari 2L ke 4L. pastu gelak-gelak sebab angin kuat kat hidung dia. sabo je la.


hari ke 9 dalam wad / hari ke 23 lepas operate akhirnya upi dapat discaj. yeayyy !! Alhamdulillah. upi discaj hari ahad tak silap yana. ke sabtu. 


masuk kereta terus tidur.
Alhamdulillah. dah nak setahun upi operate. upi pun sekarang makin aktif dan cerdik. doakan upi sentiasa sihat ye. tapi appoinment dia berderet lagi haa. bertambah-tambah hospital. HTAR,Serdang, PPUM & HKL. takpe la nak, mama buat apa yang terbaik untuk upi. upi ni g hospital buat hospital macam playground. jenuh nak kejar dia. 

terima kasih kat semua doktor,nurse dan staf-staf hospital yang banyak tolong sepanjang upi kat hospital serdang. Allah je mampu balas kebaikan kalian.

14/01/2018

. Dapur Encik Suami - RESEPI KARI AYAM

.Assalamualaikum.



dah lama tak bersiaran kat blog ni. under construction kata kau. hiks.

mulanya nak update Part 3 untuk bypass surgery upi. tapi tu la. gambar tak pilih lagi. banyak sangat. untuk part 1 & 2 boleh klik kat DIARI MAMA. hari ni yana nak share resepi kari ayam yang pojie masak. 

jangan terkejut tau, poji ni pandai masak. yana pun kalah. mak yana sampai puji oi dia masak sedap. hahaha. yana tak pasti start bila, rasa sejak duk rumah sewa awal tahun lepas. tiap kali cuti je memang turn dia masak. hari kerja yana yang masak. tapi sebenarnye memang dari dulu dia selalu masak. cuma sejak kerja office hour ni je dia jarang masak. jadi kitorang laki bini buat rule macam tu. off day dia, kena masak. yana goyang kaki je. hahahaha. goyang kaki dari bersilat kat dapur le. kemas rumah semua tu yana yang buat le. sebab yana ni cerewet bab susun atur barang kat rumah. hiks

ok, jom yana share resepi ringkas dari poji. 


Kari ayam En.Suami

Bahan tumis :

  • Bawang merah (mayang halus)
  • Bawang putih (mayang halus)
  • Halia sepotong (mayang halus)
  • Kayumanis+bungalawang+cengkih+jintan putih dll (beli yg dah siap campur 1pek)
  • perencah kari ayam ADABI


lepas tumis masukkan 

Garam + serbuk perasa
asam keping
5 ketul ayam.. tutup periuk biar sampai air ayam keluar..
Lepas 10 minit masukkan santan 1 kotak kecik...
Dah menggelegak kecikkan api, tambah air kalau agak pekat/kering, masukkan penyedap rasa
tauhu goreng + tomato + terung bulat






sekian resepi ringkas. selamat mencuba :)