Pages

26/05/2012

. Visit to Nilai, Negeri Sembilan



Assalamualaikum,peeps!

ingat nak update pagi tadi. tapi penat sangat. kul 11 pagi baru bangun. haha. meh nak cite trip g nilai. bukan g shopping ok? g industrial visit. haha

kitorang bertolak dari UTM kul 5 pagi. ade 2 buah bas. lecturer dah tunggu kat sane. memang tak tido la kan. kang tak bangun susah lak. haha. naik bus terus tido tak sedar diri.


muka kul 5 pagi. wuwu


kitorang sampai kat nilai dalam kul 9 lebih. sepatotnye sebelum kul 9. tapi dalam perjalanan hujan. tak bolehla laju sangat. kitorang pergi kilang transformer dulu. mase tu belum breakfast ag. tapi ade yg dah mkn mase berhenti solat subuh. sampai je kat EWT, diorang bagi briefing dulu. pusing2 kilang. pastu lunch kat EWT.


 kilang transformer (EWT)


dalam kul 12.30, kitorang g masjid. sebab dak laki nak solat jumaat. bagi yang cuti, g jenjalan kat Nilai 3 Square. hehe. yana tak shopping ok? pergi ICE ROOM je ! makan aiskrim yang di blend. wihuuu ! yana amik perasa stoberriiiiii !! sedap !


 yummy2 !!


pastu kul 3 kitorang pergi EPE. kilang Switchgear. sampai sane briefing dulu. pastu baru masuk kilang. kat sini best. sebab boleh try operate. haha.



kilang EPE.


then, kul 6 ptg kitorang bertolak balik UTM. huhu. kul 10 malam baru sampai. sampai je bilik, terus mandi n tidooooo !! haha. penat gile !




ni adalah industrial visit untuk subjek IVAT (high voltage Technologies). terima kasih, Dr. Muhridza sebab arrange visit ni untuk kitorang. enjoy  & dapat banyak knowlege :)



25/05/2012

. Indahnye rasa itu..



Assalamualaikum..

perkahwinan merupakan penyatuan 2 hati. menghalalkan hubungan antara bukan mahram. Allah, indahnya perkahwinan itu. maaf. entri kali ni yana teringin nak bicara soal kawen. desakan hati.






yana mula rase ape itu 'couple' sejak lepas SPM. tapi selalunye tak bertahan lame. tak sampai setahun, clash. tapi tulus dari hati yana, tiada langsung perasaan cemburu melihat pasangan couple. tak de pula nak rase desperate. bile orang lain ade pasangan, yana pon nak ade pasangan. tak terdetik. yana selesa hidup single. tapi yana tak de la nak cakap berpasangan itu menyusahkan. tak. 

setahun yana single, hati yana terbuka untuk terima my partner. ah. kalau korang nak tau cerita dulu2, boleh tengok kat entri zaman muda2 yup. n guess what? yana cakap kat die, yana tak nak couple. yana nak serius. kalau tak de niat nak buat yana jadi isteri, yana tak nak terima. haha ! tapi memang tu niat die pon :P  kalau tak, takdenye yana nak terima. haha

and now, kawan-kawan yana dah ramai yang kawen.. senior lagi. penuh kat FB jemputan kawen. huhu. yang ni yang buat yana rase sebak.

Allah. timbul dalam hati ni rase cemburu sangat-sangat. rase cemburu bile kawan-kawan yana dapat pangkat paling tinggi dalam hidup seorang wanita. sampaikan yana menangis. yana mengadu ngan my partner. die hanya mampu cakap bersabar. yana faham.  yana confirm ramai yang cakap yana gatal. hurmm. salah tempat kalau korang nak cakap yana gatal. perkahwinan tu ikatan yang halal. kire menggatal eh dengan husband/wife sendiri? tu haa.. pasangan yang tak halal yang duk berkepit siang malam tu yang selayaknya dipanggil gatal.

yana kagum dengan mereka yang kawen awal. mak ngan abah yana pon galakkan yana kawen cepat. sebab mak ngan abah tak suke anak-anak die couple lame-lame. tak manis. tak elok. niat yana, dah cukup duit nak kawen terus. tak nak tangguh-tangguh dah. doakanlah niat yana ni terlaksana secepat mungkin ye :)

maaf entri meluat sikit. :)



22/05/2012

. A moment to remember

Assalamualaikum,peeps!

terasa nk update blog lak walau sibuk yang teramat sangat. huhu. hari tu yana re-upload gambar-gambar lame. gambar2 mase first year dulu. wah ! semua dah berubah. kalau dulu selekeh sangat. now dah bergaya sakan. haha. tetibe sebak lak =.=

sedar tak sedar dah 4 tahun kitorang bersama. tinggal lagi sebulan nak habis belajar. banyak sangat kenangan antara kitorang. suka. duka. pahit. manis. macam-macamlah. pergi karaoke same-same. tengok wayang same2. makan same2. bergosip same2. pasni semua tu nak buat memang susah. yela, ade antara kitorang yang pas belajar nanti terus kawen. huhu. kena la taat pada suami kan? huhu

dulu kitorang tak berapa nak baik ngan dak laki kelas kitorang. especially dak diploma. tp, bile dah tahun akhir ni kitorang jadi rapat. siap ade yang kapel lagi. haha. memang lucu kalau ingat balik betapa kitorang bencinya kat diorang. haha













kenangan zaman sekolah tak dapat dilupakan sebab semua tu kenangan manis. kenangan zaman kenakalan. tapi, zaman u lagi indah walau penuh dengan tekanan. sebab zaman u la mematangkan diri kite. harap-harap pasni kitorang dapat gather lagi. amin.

semoga perjuangan kitorang kan beroleh kemenangan dan kejayaan. :)





20/05/2012

. Petua mengelakkan perut buncit

Assalamualaikum,peeps !




selamat petang semua. rindunye nak update blog. busy sangat. huhu. kali ni yana nak share petua tak nak perut buncit. mak yana yang ajar. biasalah. orang tua ni banyak petua. n kebanyakan petua mereka memang bagus. mak yana cakap, kalau tak nak perut buncit, buat camni :

1) jangan selalu minum ais (minuman yang berais)

2) jangan terus minum air pas makan. pas makan tu, stop dulu. basuh pinggan dulu. jalan sekejap. baru minum air. :)


tu jela petuanye. selamat mengamalkannya !!



16/05/2012

. Kisah di sebalik hujung minggu


 
hye,peeps !

yana masih lagi dalam mood bahagia.ahaks.weekend yang memang tak dirancang.awalnye rancang lain, tapi lain yang jadinya. nak buat camne. kite manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan.

awalnye, yana ngn pojie (hubby tayam !!) plan nak g kenduri kawen aidil,kawan pojie kat tangkak hari ahad tu. tapi ade 1 kejadian tak diduga berlaku. beberapa hari sebelum tu pojie eksiden. bukan salah die. ade india mabuk masuk jalan die. habis remuk kereta baru pojie. yang tu takpe boleh repair. tapi pojie trauma sangat. mane taknye, orang tu melayang kat cermin depan kete. **SILA JANGAN MEMANDU KALAU DAH TAU MABUK,BANGANG !! ** kan dah kena ngan yana. then yana cakapla kat pojie, tak payahla datang JB. rehat je kat umah. tapi die nak jugak jumpe yana. yana ase serba salah.kesian die penat. tapi yana faham, he need someone to cheer up him. so, yana cakap datangla. die buat keputusan on the spot. beli tiket hari sabtu pagi datang JB. mase die sampai tu, yana still kat Umall ngan wani. beli barang dapur. hehe. dalam kul 3.30 baru yana balik kolej. balik tu, rehat jap. pas asar terus kuar ngan pojie. g Umall balik. tak boleh pergi jauh2 sebab kereta masuk bengkel. kitorang bergerak naik taxi. mahal la. wuwu. kitorang tengok wayang cite nangkrong. haha. best gile ! tak berenti yana gelak.




 
shopping barang dapur ngan pojie. hehe


usha awek coolblog. haha


dalam kul 8 malam kitorang balik UTM. Alhamdulillah. setakat ni aku ngan die tak pernah keluar berdua waktu malam. biasanya kitorang lepak dalam UTM je waktu malam. so, malam tu yana goreng fries ngan ayam A1 (perlu ke mention? haha) pastu lepak kat cict. die teman yana study. study la sangat kannn. haha. online je lebih.



ni bile mase tah die snap.banyak gile makanan. haha. yana dah kuat makan tau! pojie sendiri cakap yana dah berisi sangat. haha. better dari dulu la. :)


kitorang tak lepak lame pon. kul 1 lebih balik bilik. tido. penat sangat. esoknye(ahad) yana bangun awal pagi lagi. haha. siap2 nak kuar ngan pojie. kitorang kuar pergi Jusco Taman U je. nanti kete dah ok, baru boleh jalan jauh. hehe. kat jusco, pojie shopping baju ngan jeans. mentang2 pakaian lelaki ade sale. ces ! tak kena time betol la. haha



dak mok yang banyak shopping.simpan duit nak kawen tuuu. haha



sementara tunggu pojie fitiing seluar. haha. i love that red shoes !!


kul 2.30 petang kitorang balik. sebab bas die kul 4 ptg. haha. macam biasa, bile hari die nak balik je, yana kan jadi terlalu sensitif. dan mesti menanges tak kena tempat. jujur k. jangan gelak ! yana ni memang peminat teddy bear. n hari tu yana ade berkenan kat 1 bebear. yana gtaula pojie yana nak. pastu die tak nak belikan. yana merajuk, yana nanges. haha. sampai sekarang die still perli yana cam budak kecik. haha. kisah ape. haha. tapi dapat hadiah lain. wekkk :P



demok yang tomeyyyy :)


kul 4.15 kitorang gerak g sri puteri. yana mintak tolong semut (kawan yana) hantarkan. yana pon ikut sekali la. wuwu. sedih tau hantar my future husband naik bus. adatla bercinta jarak jauh kan. huhu. 1st time yana tak nanges mase die naik bus. haha. cover malu la. nanti semut perli kalau yana nanges. balik bilik still ok. tapi bile tengok je gambar kitorang kuar, terus berderai airmata. haha.



ngah tunggu bus. ILYSM !



bantal comel yang die bagi. hehe. aku suke ayat kat bantal tu :)



ni jersi terengganu. dapat lagi ! hehe. yang ni yang away punye. dulu dah dapat JERSI TERENGGANU WARNA PUTIH ngan JERSI MALAYSIA. jersi putih adik bongsu yana ambik. haha. die nak sangat. ni pon die dah merengek nak jersi malaysia. nasib baik adik laki sorang je :)

*kalau nak tengok jersi yang die bagi,klik je link jersi tu :)



wahaha ! tengok betol2 kat baju tu. haha. SUPER JANTAN ! cess ! sepoi betol. haha



terima kasih,hubby sebab sudi datang JB. huhu. awak sabar sangat ngan perangai saya yang suka angin ni. korang,doakanlah pojie pulih dari trauma. amin.



01/05/2012

. TUHAN TAK ADIL ?

Assalamualaikum...

masih dalam mood busy. saat ni memang tak payah cakap. stress yang teramat sangat. dugaan demi dugaan datang. tadi 1 hari blackout. pastu panas. dengan duit makin sikit. pastu perut tak sedap lagi. nak makan tak sempat. rase macam nak give up je.

sehinggakan aku tanye pada diri aku TUHAN NI TAK ADIL KE? banyak sangat dugaan untuk aku. dengan keadaan semakin tak selesa lagi. dengan kawan-kawan yang cari saat diorang susah je. aku buntu. give up.






tapi... ade kita fikir?

kita ni...adil ke dengan Allah? buat ke semua suruhan Allah? aku termenung. ya Allah. jauhnye aku dari Allah. aurat masih lagi terbuka. solat tak khusyuk. pergaulan apetah lagi. banyaknye dosa aku. melewatkan solat semua tu.

soal hubungan dengan kawan. berhak ke aku menilai mereka camtu. sedangkan aku sendiri pon kadang-kadang mencari mereka waktu aku susah. masyaAllah. maafkan aku kawan. tak mampu menjadi kawan yang baik untuk kamu.

dulu aku selalu fikir mak dan abah pilih kasih. selalu marah aku. tak sayang aku. tak faham aku. tapi aku ni faham ke mereka? hormat ke aku pada mereka? sedangkan nasihat mereka selalu aku tak endah. selalu tinggikan suara bila bercakap. masyaAllah. derhakanya aku pada mereka. ampunkan along,mak..abah...


sebelum kita menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku pada kita,nilai diri kita dulu. setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah cermin siapa diri kita sebenarnya. jangan terlalu pentingkan diri sendiri.

fikirkanlah...

seandainya Allah tak uji kita,ada kita ingat Allah? ada kita akan bersyukur dengan nikmat-Nya? renungkanlah...




**tolong saya klik SINI