Pages

30/09/2014

Buat Photobook sendiri

.Assalamualaikum.

Semalam aku tido lewat. gigih buat kerja. jangan fikir bukan-bukan ye. gigih siapkan photobook untuk gambar-gambar photoshoot dengan Hykal dulu. gambar photoshoot dengan Afee masa kat UTM dulu pon tak buat lagi pohotobook. nanti ada offer lagi baru buat. haha

sooooo, aku nak story siket le pasal photobook ni. biasa kita dengar photobook Malaysia kan. aku tak pernah try lagi yang tu. aku pernah nak try, entah. macam leceh sikit yang tu. nanti aku try la. aku tak ingat dah macam mana aku boleh ter'TAHU' pasal PIXAJOY ni. masa tu diorang buat offer free photobook. bayar RM8 postage je. tapi yang mini punye la. kecik cinonet je la. tapi ok la. comel kot. harga asal dia RM79. memang tak le aku nak buat dengan harga asal. hahahaha!

atas ni gambar cover photobook tu. haha. abaikan kecomelan perut laki aku tu. bahagia kawen la katakan. puiii ! sekarang ni aku tengok Pixajoy macam banyak jugak buat offer. yang best nak buat photobook dengan diorang ni langsung tak menyusahkan. senang sangat. sampai aku pusing nak pilih backgroud effect semua nak letak dalam album. sebab semua syomel-syomel. guide diorang senang. korang meh le cuba yang pixajoy pula. klik banner kat bawah ni. haa, kang simpan dalam hadisk tetibe hadisk rosak jahanam macam aku ritu, habis hilang semua gambar kenangan program masa kat UTM dulu. sadis sangat. T___T






29/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 24 - Rumah Impian

.Assalamualaikum.


Cabaran dah masuk hari ke-24. orang lain dah hari ke-29. haha. kejap je masa berlalu. hari ni kite nak cerita pasal rumah impian pula ye,anak-anak. sejak kecik bab verangan memang juara. menjadi kenyataannya idok le sampai sekarang.

so, mari kita verangan mat jenin lagi. tapi kali ni kite verangan penuh tekad supaya satu hari nanti berjaya memilikinya. ecewah. ayat boleh muntah. haha. disebabkan aku ni pencinta alam sekitar dan sangat pentingkan suasana harmoni, makanya rumah impian aku mestilah ada ciri-ciri begitu juga.


gambar ehsan mr.google.


Ciri-ciri rumah impian aku :

  • Halaman seluas-luasnya supaya aku dapat menari hindustan dengan laki aku. eh?
  • ada pokok banyak-banyak dan rendang. pokok jambu mesti ada supaya aku boleh buat tempat berkelah di bawah pohon itu dan makan colek sambil bergosip mak joyah.
  • rumah hanya satu tingkat dan bersaiz sederhana yang tak memerlukan aku mengeluh penat sampai pengsan sapu satu rumah. haha
  • ada mini library sangat penting untuk ulat buku macam aku walau aku hanya suka baca novel.kah!
  • kawasan rumah dikelilingi rumput karpet
  • belakang rumah ada kebun yang luas sekali ada reban ayam dan kolam ikan
  • Hiasan rumah bertemakan english klasik/moden. yang warna putih pastu bunga kaler lembut tuh. pastu taknak banyak sangat barang perhiasan. buat semak je.

tu je la rumah impian aku. haha. taknak duk kawasan bandar. rimas sangat-sangat . hee


Terima Kasih, SENHENG !

.Assalamualaikum.



hari-hari bukak nuffnang dengan harapan ada la seketul dua BE dari mana-mana advertiser kan. siap borak dengan Samantha lagi tanya macam mana nak dapat BE atau CPUV nih. terima kasih, Samantha sebab banyak bagi tips. nanti ada event nuffnang jangan lupa jemput ye.

pastu baru je jap tadi tak sampai 5 minit dari waktu aku start taip entri ni, aku bukak nuffnang dan tengok ada ON GOING CPUV. perasaan aku masa tu, rasa nak jerit sekuat hati sebab gembira. tapi apakan daya, duk rumah apartment ni kena behave. kang tak memasal jiran aku cakap bini poji gila. haha.

terima kasih, SENHENG. selama ni duk usha je kedai SENHENG dekat dungun, terengganu tuh. kelabu mata banyak sangat barang. haha. hari ni SENHENG dah hiburkan hati dengan beri kepercayaan penuh untuk promote SENHENG. I LABAYU SENHENG. duk lama-lama tau kat CPUV tu :)




nampak tak bila last aku dapat BE? haha. logikla kan sebab awal bulan 9 ritu baru aktif blogging balik. kikiki


dan baru aku tahu rupanya SENHENG baru je berumur 25 TAHUN. Happy Anniversary, SENHENG. kita sama umurla. hihi.





korang, jemput shopping kat SENHENG ye :)

klik je sini ---> SENHENG



28/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 23 - Pekerjaan yang anda inginkan

.Assalamualaikum.


sepatutnya tajuk cabaran hari ni, pekerjaan yang anda inginkan selain kerja sekarang. masalahnya sekarang aku dah tak kerja. haha. jadi aku buang kat belakang tu. aku letak pekerjaan yang aku inginkan je.


aku ada ijazah Electrical Engineering. dulu memang nak sangatla jadi engineer. tapi makin lama aku rasa bukan tu yang aku nak sebenarnya. aku pon tak pasti macam mana aku boleh terjebak minat nak jadi engineer dulu. bila makin membesar ni, aku nampak minat aku ke arah mengajar. seronok rupanya mengajar walau dapat student yang boleh bikin kepala pusing tigaratusenampuluhdarjah !


aku nak sangat sangat sangat sangat jadi CIKGU ! biarlah orang cakap, bukan senang nak jadi cikgu dengan student zaman sekarang. yep, memang mencabar. sikit-sikit nak saman. sikit-sikit masuk surat khabar. very lembik mak pak cenggitu. mak pak aku siap tambah denda lagi. haha ! sebab tu orang dulu-dulu ramai jadi manusia. bukan jadi entah apa-apa yang buat negara serabut.


buat cikgu luar sana, letak dalam hati, anda mendidik kerana Allah. didikla penuh kasih sayang bukan tanggungjawab semata-mata. insyaAllah, korang kan rasa seronok sangat mengajar.



gambar ehsan gugel :)



27/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 22 - Destinasi Percutian Impian

.Assalamualaikum.



ko tanya la aku banyak kali pon, "ko tak nak pergi korea,jepun,UK?" memang jawapan dia tak. pulau tempat pilihan aku untuk bercuti. ko dah stress nak tambahkan stress pergi jauh-jauh buat ape? balik stress duit pulak. haha. pastu sampai sana stress fikir tandas takda paip. hahaha ! 

aku paling nak sangat bercuti kat pulau redang. seronok tengok orang duk cerita bercuti kat sana. aku ni nama je orang terengganu. tapi, pulau redang pulau kapas tak pernah pergi. pulau kerengga je pernah pergi. haha

moga impian aku nak bercuti ke sana tercapai la. *cuit hubby* . mohon sape yang baca dan mengenali hubby aku, sampaikanlah impian ni kat dia ye. haha. sebab kadang dia tak baca blog aku kalau dia busy. nampak tak niat aku sebenarnya? 



26/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 21 - Tempat yang ingin pergi dan tak pernah pergi

.Assalamualaikum.




Family aku dulu bukanlah orang senang sangat. nak berjalan ke sana ke mari kena fikir banyak kali. yela, duit banyak nak guna kalau nak g bercuti semua tu. nanti nak guna untuk belajar lagi. kalau cuti sekolah je, kitorang pergi jenjalan kat Terengganu dan kelantan paling jauh. tapi kitorang tak kisah pon. sebab seronok bila dapat kumpul sesama. jadi pegi mane-mane tak kisah.


aku start g sane sini pon masa belajar kat U. mak abah bile angah dah habis sekolah die masuk kursus nurse, masa tu baru start jenjalan. kira adik bongsu aku ni macam membesar dalam kereta. haha. yela, pergi hantar kakak-kakak belajar jauh. Alhamdulillah.


dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni, aku nak sangat pergi Langkawi. aku nak borong cekelat bebanyak. haha. pastu nak beli set pinggan mangkuk yang lawa & murah kat sana untuk mak ngan ibu. nak pergi ambik gambar kat burung helang ni. nak sangat pergi.


aku tak pernah pergi langkawi. mak abah,angah, adik dah pernah pergi masa abah dapat anugerah pekerja cemerlang dulu. masa tu aku kat asrama. tak boleh pergi la. tambah-tambah nak PMR masa tu. tak pe, aku selalu pegang kata-kata mak, nak g jenjalan jauh2, belajar betol-betol. g belajar jauh-jauh. tapi bila aku nak mohon U dekat jepun mak tak kasi. hahaha !





aku dah plan, anniversary kitorang nanti nak g Langkawi. boleh celebrate birthday hubby sekali yang sehari pas anniv kitorang. hee. jadi aku kena gigih kumpul duit. doakan tau !

korang kalau nak usha tempat-tempat yang menarik untuk honeymoon or bercuti, boleh tengok sini --->  Tempat Best





24/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 19 - 1 Resepi kegemaran

.Assalamualaikum.



sape sini suka masak? hehe. aku suka masak. tapi ikut mood. kalau mood ok, masakan mewah la jadinya. kalau tak, yang simple je. haha. tapi aku paling suka resepi sup. tak kisah sup apa pon. sebab bagi aku, tu paling simple & senang ! nak olah letak macam-macam pon best. 

kalo buat sup rajin, aku biasa blend bawang merah, bawang putih, dengan lada hitam. tumis dulu. kalau sup malas, aku potong bawang merah, ketuk bawang putih, campak. yang pasti aku mesti letak kaki ayam. hahahaha ! sebab baru sedap. kaki ayam memang untuk buat sup je. macam hari tu aku campak segala jenis sayur dalam sup kaki ayam tu. sedapppp. tak de ayam goreng takpe. sup dengan nasi pon jadi. haha. simple kan resepi yg aku suka? korang macam mane?



gambar ehsan dari google



23/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 18 - Siri TV Kegemaran

.Assalamualaikum.


kalau nak listkan satu-satu memang banyak. tapi..tapi.. jangan marah, tak banyak cite melayu yang aku minat. sebab semua lebih kurang. macam sekarang musim adaptasi novel. very da boring. tapi cite selamat pengantin madu best ! sebab tu memang realiti masa kini. kalau yang adaptasi novel tu, macam tak logik pon ada. haha

siri TV yang paling aku suka, reality TV korea, The Return of Superman. haha. aku paling terpaling amat suka part kembar tiga ngan kembar dua tuh. comel sangatttttt. kelakar pon ada. haha. banyak tips jaga anak kita boleh ambil dari reality TV ni. biasa aku download je. pastu tengok kat TV ngan hubby.












tengokla diorang ni, comel kan? tengok gelagat diorang boleh hilang semua stress. haha. korang boleh download kat youtube-kbs world TV





Sundate With Love

.Assalamualaikum.



minggu lepas untuk pertama kalinya sepanjang kitorang kawen, aku kena tinggal lelama. seminggu. haha. biasa tok laki g kemaman balik hari atau paling lama pon 2 malam je. tapi sebab project nak kejar due date & terengganu dah dekat musim tengkujuh, berkampung la dia dengan bos-bos dia kat kemaman sana haa. mula dia bajet tidur 3 malam je la. Khamis dah balik. sekali kena extend sampai jumaat. pastu bila tiba hari jumaat, projek ada masalah, kena extend sampai sabtu la baru balik puchong. huhu. nasib baik dia bawak balik ikan freshhh baru naik jeti. hehe


so, Ahad tu betul-betul spend time la. sebab minggu ni taktau bile pulak dia kena turun kemaman. hari ni,esok or lusa. tak tau. pasghahh je la. haha. hubby bawak aku jenjalan ke KL. mula-mula nak merajuk gak la. KL ape ada. jam je. haha. aku nak pegi PD. tengok pantai ke. tapi dia tak larat pagi tu jadi lepas subuh dia tidur balik. tengahari baru bangun. lepas zohor baru kitorang kuar. mulanya aku ajak pegi memorial Tunku Abdul Rahman semua la kan. tapi jiwa dia tak macam aku. haha ! pusing-pusing last-last dia bawak aku pegi taman rama-rama. bolehla tahan best nye. tapi sedih sebab tak de rama-rama yang sudi bertenggek kat hidung aku. tok laki cakap, meh nak tuang cecair yang diorang spray kat bunga kasi rerama hinggap. haha. ngek betul !







































lepas taman rama-rama, plan nak g taman burung. sekali tengok tiket RM 25/person. mahal sangat nih. parking pon full. cancel. bulan depan pergi. haha. pastu hubby bawak pergi Istana Negara. just snap a few picca, pastu blah. tak de yang menarik sangat melainkan yang jaga kat gerbang berdiri tegak. haha. yang guard aku amik gambar ni menakutkan sikit. aku baru berdiri depan dia nak amik gambar, dia g hentak senapang. terkejut aku. haha. yang lagi sorang, dari jauh duk dengar dia nyanyi sambil berdiri tegak. bosan agaknya. dua jam kot berdiri baru tukar orang.


















kuar istana g solat asar kat petrol pump pastu gerak g jenjalan kat Alamanda lak. nak tengok wayang tak de cite best. jadi kitorang pegi makan kat waffle stop. haha. better than yang kat KLCC tu. ape tah nama dia. dahla mahal. waffle kecik. yang ni memang puas hati makan. RM10 tapi kenyang. nanti nak datang lagi la. padahal tiap minggu pergi alamanda, takde pulak nak datang waffle stop nih. hahaha






kitorang makan chocolate ----lore. ape tah kat depan lore ni. aku tak ingat. hahha !



next week tak tau lagi nak pergi mana. any suggestion?









22/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 17 - 5 perkara yang aku RINDU

.Assalamualaikum.





rasa macam nak tercabut skru kaki. banyak betol keje hari ni. semalam sehari suntuk keluar ngan suami. jadi memang penat yang amat. lepas subuh tadi ingat nak take a nap. sekejap je la kan. sekali terlama pulak. kelam kelibut la bangun kemas rumah, masak, sidai baju, buat itu buat ini. haish. pasni penat camne pon setel keje dulu. baru take a nap. huru hara jadi nya. T___T

5 perkara yang aku rindu? 5 je? haha. takpela. aku bagi 5 je la kan. sebab ni pon curi-curi masa update blog.




Zaman kanak-kanak

aku rasa semua orang rindu yang ni. sebab keje tau main je. tak payah fikir apa pon. lepas main, makan. makan pon dah sedia. tinggal suap dalam mulut je. haha !


Memori dengan suami

ini orang cakap gila bayang. meroyan pon ye. aku tatau kenapa, duk depan mata pon rindu jugak. hahahha ! sila muntah :p  kalau dia tak de pegi outstation tu memang aku rasa macam nak pecah kepala stress rindu. hari-hari belek gambar dia. memori bila dia dengan aku. semua aku rindu.


Family

rindu mak,abah,adik-adik. tapi angah dekat je pon ngan aku. haha. paling rindu bila balik kampung, keluar makan satu keluarga. seronokkkkk !!!


Kawan-kawan

sebab ramai yang dah kawen, dah ada anak, dah berkerjaya pon, jadi payah nak susun masa nak jumpa. rindu sangat time lepak same-same, gosip same-same. masa zaman anak dara dulu. sekarang pon kalau jumpa mesti ada yang tak cukup. huhu


Zaman belajar

dulu masa belajar tak sabar nak habis belajar. sekarang rindu pulak. betol la orang cakap, enjoy zaman belajar betol-betol. haha ! dah keje ko stress ok? projek tak boleh tiru-tiru. tak boleh ponteng keje. zaman belajar, esaimen boleh tiru kalau malas, kelas kalau bangun lambat, wat lek wat peace je. haha. 




ni antara yang aku rindu. nak sambung keje jap. byeee !!





21/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 16 - Saya 10 tahun lagi...

.Assalamualaikum.


perancangan masa depan untuk susun atur perjalanan hidup memang penting. target kita di masa akan datang. macam azam yang kita buat tiap kali awal tahun tu. :)

siapa dan bagaimana aku 10 tahun lagi?

aku tak fikir sangat aku kan jadi apa lagi 10 tahun. tapi, cuma satu je yang aku nak. aku mesti lebih baik, lebih bagus dan lebih berjaya dari sekarang. terlalu fikir yang akan datang sehingga alpa masa sekarang tak guna juga. macam angan-angan kosong.

aku cuma fikir aku perlu buat hari ni lebih baik dari semalam supaya esok aku bersemangat untuk lebih baik dari hari ni. jadi andaikata suatu hari nanti aku masih lagi surirumah, biarlah aku jadi surirumah yang berjaya. menjana income dari rumah je.



apa yang aku usaha hari ni tu la bakal menjadi titik tolak kepada hasil aku 10 tahun lagi. aku akan pastikan hari-hari aku yang seterusnya lebih baik dari hari ni :)







20/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 15 - Surat untuk awak

.Assalamualaikum.


Assalamualaikum w.b.t..

B,

terima kasih sebab hadir dalam hidup qaseh, jadi imam qaseh, jadi tongkat qaseh, jadi tempat qaseh berpaut.

qaseh minta maaf andai ada yang terguris, tersilap kata, tersalah perilaku sepanjang kita kawen ni. qaseh tak sempurna. tapi b yang sempurnakan hidup qaseh.

qaseh tak tau nak cakap apa. sebab untuk b, qaseh lebi suka cakap terus atau wassap je. yang pasti surat ni cuma nak cakap QASEH SAYANG B.

kerja rajin-rajin tau sayang. takpe kena pergi outstation lame-lame pon. sebab untuk qaseh jugak. bukan jauh pon. kemaman je kan. hee. puas-puas balik rumah mak. jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, banyakkan sedekah. insyaAllah rumahtangga kita akan sentiasa dilindungi. 

b, selamat bercinta hingga ke syurga. qaseh nak sentiasa jadi bidadari b. di dunia dan akhirat kelak. amin.


ikhlas,

isteri B yang mengada-ngada. :p






TIPS | Muka Berseri Di Hari Bahagia

.Assalamualaikum.


fuhhh ! kemain ko cik yana haa. eh silap, puan yana la. rajin betul update blog pepagi gini. siap bermurah hati nak kasi tip gittewww. takpela,sharing is caring kan? hehehe


sekarang hampir tiap hari aku dapat jemputan walimah. Alhamdulillah, menangisla cetan-cetan. yang tengah takde calon tu, tak payah runsing-runsing k? persiapkan diri tu dulu. sampai suatu saat yang betul, Allah hadirkan insan yang benar-benar layak untuk korang. umur korang berkahwin tu bukan soalnya. tapi persiapan yang korang buat untuk melayakkan korang jadi isteri tu yang perlu.



gediks tempek gambar sendiri.ihiks ~


semua wanita impikan tampil berseri-seri dan cantik di hari bahagi walau mekap biasa-biasa je kan? ni aku nak share tips yang aku buatla masa dekat-dekat nak kawen dulu. supaya seri tu betol-betol berkilau kat muka  haa.


Minum air 

ni memang penting. minum air masak or mineral ke banyak-banyak. sebenarnya, kalau korang minum air masak banyak-banyak, boleh seimbangkan air dalam badan, muka pon jadi lembab je. tak nampak kering. nak tau, adik aku diet minum air masak je. Alhamdulillah, menjadi. maksud aku, janganla tak makan. kena banyakkan minum air masak. air manis & air sejuk tu kurangkan.


Tenangkan hati

dekat-dekat nak kawen, jangan stress. biar persiapan tak berapa nak siap pon. berserah je. usaha jugak. tapi jangan sampai stress sangat. relax je. bila stress, naik ke muka mood tu. masammm aje. tak comel le muka kerut-kerut. banyakkan mengaji, solat sunat. hati pon jadi tenang. muka pon nampak lembut je. sejuk orang kata.


Kesihatan

cuaca tak menentu sekarang. jadi kena jaga kesihatan betul-betul. jangan terlampau penat sampai badan pon tak mampu tanggung. nanti muka nampak lesu je. on that day korang kena bersemangat tau. sebab ramai tetamu datang. :)


Penjagaan muka
 
kalau korang nak jimat, buat facial kat rumah dah. google pasal facial kat rumah. guna cara orang dedulu. aku dulu hampir hari-hari gak la letak putih telur. kasi tegang kulit muka. haha. lagipun mak aku yang suruh. duk rumah, memang dapat ceramah pasal kecantikan aje la.


Mekap

kurangkan mekap. kalau korang perasan, orang yang tak pernah mekap, bile mak andam mekap, touch up sikit je, terus naik seri kat muka dia. kan? sampai kengkawan datang tak cam, takut salah rumah. haha. biar muka loose je. pakai krim pakai bedak, pakai lipstick or lipsice. tak perlu blusher2 tuh. 


Ais

ni untuk korang yang muka sensitif. aku dapat tau pon masa aku survey baju sanding belah aku dulu. aku tersinggah la kat butik pengantin Kg. Baru tuh. saje borak-borak sambil tengok baju. aku cakapla muka aku ni sensitif. mekap sikit dah naik jerawat. pastu kak juju cakap la, sebelum mekap nanti, tuamkan ais dekat muka. kasi tutup semua pori-pori tu. aku buatla masa that day. Alhamdulillah, tak naik jerawat. tapi masa belah laki aku lupa buat. naik teruk muka. sampai sekarang tak hilang lagi. haha !


Pemakanan

yang ni kena jaga. kalau korang google pon, apa-apa mesti kena jaga makan. elakkan makanan berminyak. nanti korang tak selesa bila mekap. jadi cepat rimas. yang lain korang google la. boleh juga amalkan minum air detox dari bahan semulajadi. korang boleh jenguk blog fiza untuk tengok macam mana nak buat air detox. ---> AZHAFIZAH



tu je la tips yang aku mampu kongsi. apa-apa pon jangan lupa senyum. tu mekap paling mahal. baru la nampak berseri-seri :)


jangan lupa klik ----> SINI

19/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 14 - Cerita Kasut Saya

.Assalamualaikum.



fuhh. makin gigih aku update blog sekarang kan? ye la, sini je la tempat aku memadu kasih. tok laki kat kemaman lagi. huhu. cepatla balik sayang wehhh. haha !

hari ni cerita pasal kasut. nasib baik kasut bukan selipar. sebab aku jarang pakai selipar. pegi pasar je aku pakai selipar. kalau jenjalan aku pilih kasut. sebab selesa. plus aku ni lasak. biasa kalau pakai je selipar, jalan mesti tergolek jatuhla, cepat lenguhla, selipar putus la. haha. macam-macam la





ni 3 kasut favourite aku yang tinggal. yang lain dah arwah. haha. boot tu aku pakai time jenjalan jauh. macam jenjalan kat bandar melaka ke. jalan atas jalan tar la. tak sakit sangat tapak kaki. yang warna coklat penuh tu, jenis VKI. selesa sangat tapak dia. biasa pakai g jenjalan kat shopping mall. tak sejuk kaki. yang coklat belang-belang tu, aku rasa nak pakai, aku pakai la. haha.

yang pasti kalau kasut aku takkan memilih lame sangat. kadang-kadang masuk 1 kedai je dah cukup. tapi kalau sandal....haish. sandal raya ritu, siap pegi mid valley, klcc,alamanda, times square. semua tak de yang berkenan. hahahha. last-last aku pergi one utama. baru ada haaa. kesian laki aku melayan aku. sabo je la. sebab tu aku suka pakai kasut. haha. malas nak pilih pon ye. :p



Aku Ada Wali

.Assalamualaikum.



selamat petanggg ! sementara tunggu asar ni, aku nak share la sikit kat korang pasal novel ilmiah yang aku baru habiskan semalam. aku beli novel ni masa bulan 4 lagi. haha. baru nak baca. aku rasa ramai je yang dah baca novel ni. yang dah tengok drama dia kat TV pon ada kan? 


novel Aku Ada Wali. kisah pelajar yang menjaga cinta dia masa dia belajar kat korea. sangat best novel ni. aku memang kagum dengan Ustazah Fatimah Syarha ngan Dr.Farhan Hadi ni. dia tau kita-kita yang remaja ni sukakan hiburan, jadi dia sampaikan ilmu juga melalui hiburan. novel. 


aku sangat-sangat galakkan korang-korang yang masih bujang tu baca novel nih. yang dah kawen pon boleh je baca. sebab last-last tu ada tips sikit untuk rumahtangga bahagia. 








ni rupa novel tuh. warna kulit cover depan pon dah menarik perhatian aku. beli tau. langsung tak membazir. lagi bermanfaat dari novel cintan cintu yang penuh khayalan, hakikatnya realiti tak de la sangat macam tu. haish. aku belum tengok lagi drama tu. baru nak download nih. aku ni tak suka tengok drama dulu baru baca novelnya. nanti tak seronok. hehe


p/s : jangan lupa klik ni ---> KLIK !


18/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 13 - 5 Blog Kegemaran

.Assalamualaikum.
hari ni lambat sikit update. busy busy. heee

aku ni selain suka menulis kat blog sendiri aku suka jugak baca blog orang lain. blogger-blogger yang tinggal jejak semua aku pegi kunjung balik walau aku tak gtau kehadiran aku. eceh. sebab kadang malas nak tinggal komen. haha. sengal betol. paling leceh bile ada yang buat verification code. huhu
aku ni ada beberapa blog yang memang kalau ada update aku mesti baca. blog ni jadi favourite aku sejak zaman belajar lagi. aku suka cara diorang bercerita. santai je. diorang bawak kite yang membaca ni rasa apa yang die cerita. kalau tips pulak mesti buat kite rasa nak cuba.


NurulBadiah Lai

blog kak nurul ni aku mula baca masa tu aku pergi jenjalan bilik ieqa kat k9. aku nampak die tengah buka blog kak nurul nih. aku tengok macam best. balik tu aku buka la blog kak nurul. aku baca semua entri die dalam satu malam. tak tido aku. hahahha. memang best. cerita die orang susah. die orang terengganu jugak. die punya tabah tu, buat aku kagum. anak-anak dia pon comellll sangatttt.






Fatin Liyana

aku rasa semua orang kenal die. blogger femes. yang juga sekarang jadi HO. doktor nih. die ni bagi aku kategori anak orang berada jugak. tapi aku suka cara die yang low profile. die faham kebanyakan yang baca blog die ni bkn orang senang jugak. jadi apa yang dia share semua buat kite rasa, die sangat memahami kite. aku suka baca part die pegi travel. backpacker je weh. seronok aku tengok.






Ben Ashaari

yang satu ni yang buat aku gigih rajin update blog sampai sekarang. kalau tak dah lama terkubur layu blog nih. haha. bagi aku die ni Mr.Mama + Superman yang berjaya. berani pilih untuk jadi surarumah dan jadi fulltime blogger demi anak-anak. oh mannn, aku melting tengok anak die Qhaliff tu. pipi die ya Allah. kalau dapat, aku gomol-gomol. haha. bambam sangat ! paling suka entri bile abg ben cerita pasal anak-anak die. rasa meriah sangat bile baca .






Nadia Farahida

Ni blog kawan sekolah aku masa kat MRSM Kuala Lipis. dah selamat jadi mummy pon. tahniah, nadia ! bunga omellll sangat. nanti yana pergi ziarah bunga ye . hee. aku suka gaya sempoi nadia bercerita. haha. takde tapis-tapis ok? memang bila ko baca, segala perasaan datang. kalau part kelakar, sampai aku gelak. haha. sebab memang best sangatttt.






Eraz Fadli

Blog ni baru start jadi favourite aku. padahal dah lama sangat aku follow. haha. dia lebih kurang Ben Ashaari. banyak cerita jugak pasal anak. sebab tu aku suka banyak. penulisan die pon santaiii je. tak pening-pening. anak die pon comelll sangat.






ni je la antara blog yang aku suka. ada lagi. blog BFF aku, afee ali. tapi dah berzaman mak cik tu tak update. haha. aku menunggu update darimu, wahai ummu habib. haha.


p/s : boleh klik pada gambar untuk ke blog-blog ni








17/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 12 - 5 Wishlist

.Assalamualaikum.



semua orang ada keinginan. ada apa yang diri sendiri nak. nakkkk sangat-sangat. sampaikan setiap kali tengok atau terfikir apa yang kita nak tu, automatik keyakinan diri untuk memiliki tu bertambah-tambah. sampaikan terbawa-bawa ke mimpi akibat lupa baca doa tidur. haha

macam korang la, aku pon ada wish list jugak. aku rasa kalo tak ingat wish list ni memang la aku jadi manusia yang paling loser sekali. sebab takkan ada yang positif dalam diri aku. apa wish list aku ?


Pusat Tusyen

aku suka mengajar. suka berkongsi ilmu yang aku ada. walau tak seberapa. aku paling suka subjek Add Math dan Math. aku suka main dengan angka. jadi dari dulu, dari aku start join jadi fasi dalam program kelab aku kerjasama dengan Pusat Tusyen Skor Bestari, Johor, aku dah simpan impian nak buka pusat tusyen. aku sekarang tengah kumpul modal lagi. tak pe la lambat sikit pon. aku nak guna cara pembelajaran sambil berhibur. hiburan yang bermanfaat ok. dan juga menerapkan nilai-nilai Islam.


Mekah

serius aku bukan manusia yang obses dengan negara luar. kalau bercuti aku lebih suka dalam Malaysia je. membazir duit je pergi bercuti sampai luar negara. hotel lagi, flight lagi, passport lagi. kalau musim sejuk nak kena beli jaket yang tebal gedabak tu. sangatlah membazir. sedangkan Malaysia ni banyak lagi tempat menarik. oh, aku sangat nak pergi Langkawi. haha. Tapi, ada satu tempat luar negara yang memang aku nak pergi. aku nak pergi Mekah. nak buat umrah dengan suami aku. aku nak tengok makam Rasulullah. indahnya.. doakan aku ye :)


Rumah

sekarang aku duk rumah sewa. tak mampu lagi nak beli. rumah sekarang kalau tak mahal tak boleh ke? haha. aku tak nak rumah yang besar. menyusahkan aku je nak mengemas. aku nak yang sederhana je. cukupla kalau aku duk kat beranda depan rumah, bila aku panggil laki aku kat dapur die boleh dengar. hahaha ! aku nak rumah yang halaman dia luas. aku nak tanam pokok banyak-banyak. aku tak nak rumah 2 tingkat yang pastinya. malas nak panjat tangga. hee


Travel

fuhhh~ sape yang suka travel & backpacker memang tahu la keseronokannya. haha. masa bujang dulu mak aku tak bagi aku travel. bimbang kot. ni dah ada laki, apa lagi. selalu la duk ajak laki travel tapi sampai sekarang tak dapat lagi. sadis betol. haha. laki I busy la chuollsss. ni pon tak balik lagi dari kemaman. takpe, demi mencari rezeki :)


Ayam Penyet

haha. ape seh tetiba ni termasuk dalam wish list. arghhh. aku rasa nak makan nasi ayam penyet penang kat skudai tuh. zaman belajar kat utm dulu selalu pegi makan situ. hari tu pegi JB tak sempat nak pegi makan ayam penyet. sempat makan kacang pool je. sob sob. ayam penyet kat sini tak sesedap yang dekat saneeee :(



tu je la wishlist aku. doakan semua tercapai ye. hikhik


16/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak

.Assalamualaikum.


maap le, gambar epik sangat kat atas tuh.. haha. zaman belum baligh lagi. sejak dari form 1 lagi gambar ni duk dalam purse. gambar tu masa aku darjah 4. dekat besut tak silap aku. 

teringat zaman kanak-kanak dulu. aku anak sulung. aku memang keras kepala. paling degil, paling tak dengar kata. setakat kena marah + kena rotan tu biasa lah. kalau tak, tak de la aku jadi manusia. ye dok?

banyak kenangan yang kelakar-kelakar masa aku kecik-kecik dulu. terutama kalau balik kampung mak. jumpa sepupu yang umur lebih kurang aku. memang kepala jadi biol. yang muda dari aku pon boleh geng sama. haha. musim banjir paling suka. sebab pegi kat takungan air, cari ikan haruan la, ikan apa tah lagi yang kecik-kecik tu. haha. budak-budak zaman dulu mana ada ipad bagai semua tuh. benda-benda gitu la jadi mainan. tapi memang seronok. dah tangkap balik rumah mak ngah, mak ngah membebel suruh buang. haha. yang jadi sekepala sampai sekarang, kak ela, kak era, amir, angah aku, abang, abang ngoh ngan aku sendiri. haha. benda la duk tepi paya tunggu ikan kecik. tak matang sungguh ! haha

tu bila dengan sepupu. bila dengan kawan, nakal lain pulak. aku ingat lagi masa darjah 3. mana tak ingat, kesan ada lagi sekarang. haha. masa tu aku sekolah kebangsaan petang. pagi aku sekolah agama KAFA. mak aku selalu marah kalau waktu rehat je aku g main beskal. aku dahla petang tu ada exam. macam biasa, aku ni memang sumbat batu dalam telinga. masa rehat aku gigih ajak lagi 3 orang kawan aku. aku, ayi, ubu ngan shafina. nak buat aksi la konon. try stail baru. naik beskal sebuah 4 orang turun bukit. beskal ayi yang kitorang guna. ayi duk depan sekali. kira pemandu la.pastu aku kongsi kusyen tu ngan ayi. ubu ngan shafina belakang. eksaited kemain. turun bukit. laju la ni. sekali tak boleh kontrol. dum ! fuhhhh ~kitorang terbabas. ke klinik la jawabnya. petang tu tak boleh exam. ayi paling teruk la. siap ada jahit. aku ni berparut kat lengan belah kiri, lutut belah kiri. haha. ye, aku memang macam jantan sikit. haha. budak laki pon tak macam kitorang, diorang main kat playground, main guli dalam longkang ngan main getah je waktu rehat. hahahaha !

masa sekolah rendah je la nakal yang amat. bila masuk sekolah menengah tu dah kurang sikit. makin besar makin kurang kenangan lucu. memang kalau ingat balik yang eksiden beskal tu boleh bantai gelak aku. tu la, degil sangat. haha



15/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 10 - Apa ada dalam handbag anda?

.Assalamualaikum.


kita teruskan dengan cabaran hari ke- 10. tapi korang jangan lupa undi aku lak. tekan sini ----> AFUNDI

aku ada banyak beg. bukan menunjuk tau. bercerita. ada beg travel. ada handbag ke pasar, ke pasaraya, ke jalan tar, ke kenduri, beraya, dan lain-lain lagi. tapi tak de lah sampai 10 buah beg. haha. ada 1 beg yang guna untuk macam-macam function. camtu lah.

tapi ada satu handbag yang paling aku sayang. handbag tu aku biasa pakai buat pergi kenduri kendara la. handbag hantaran kawen. hee. brand Sophie Paris. besar. senang muat semua. haha


ni handbag kesayangan.




ada apa dalam handbag aku? biasalah. pompuan kan. penuhla handbag. handbag yang besar pon masih rasa kecik lagi. bhahahaha !






Purse

ni satu set dengan handbag. hantaran kawen jugak. wajib ada la kan. sebab dalam tu ada segala mak nenek kad yang penting untuk kecemasan. haha. duit memang tak banyak. sebab aku tak boleh pegang duit banyak-banyak. nanti lajuuuu je habis. :p


Tab Asus Fonepad 7.0  & Sony Xperio Miro

yang ni kenaaa ada jugak. Tab tu untuk bisnes dan online. selain itu jugak untuk mengesan di mana hubby aku berada. haha ! dan jugak memudahkan dia tau location aku. terima kasih google Plus ! Henpon tu aku guna untuk SMS & call je. kalau nak online kena ada wifi la. 


Compact Powder Silky Girl & Bedak Johnson Baby

tolong jangan hentam pasal bedak johnson tu. aku beli masa belum start boikot lagi. takkan nak dibuang.membazir la kan. huhu. bedak ni kena ada. biasa aku pakai bila aku kuar sampai malam. bila malam lepas solat maghrib kat surau memana, aku suka pakai bedak serbuk je. selesa. compact powder untuk berjalan siang. touch up sikit ke. haha


Cermin Mata

Aku ada 2 spek. satu yang spare, satu yang pakai 24 jam. hubby suruh buat gini. sebab selalu sangat cermin spek tercabut, kalau patah tetibe ke apa, tak de la menggelabah sebab ada lagi satu. haha. cenggini la life orang rabun T__T


Power Bank

oh man, benda alah ni dah jadi kepentingan. buatnya tengah berjalan tetiba bateri takde? masakkkk ! haha. elok-elok tengah syok pakai GPS tibe-tibe fon blackout. sesat le jawabnya kalau tempat yang tak biasa. haha


Lip Ice & Lipstick

Aku tak suka pakai Lipstick yang pekat tuh. rimas. melekit. jadi aku lebih suka pakai yang terlajakkk laris tu. lipstick dherbs. bibir pon tak kering. biasa nak g majlis la aku pakai. atau dating ngan suami. haha. Lip Ice yang dua-dua tu aku pakai bile aku nak dan mana yang aku suka dan selesa waktu tu. haha. gile betolll !



haaa. tu je la yang ada dalam beg aku. oh ye, ada lagi satu. tisu. yang ni biasa aku capai tisu dalam kereta je 2 3 helai sumbat dalam handbag. haha.