Pages

22/09/2014

Cabaran 30 Hari : Day 17 - 5 perkara yang aku RINDU

.Assalamualaikum.





rasa macam nak tercabut skru kaki. banyak betol keje hari ni. semalam sehari suntuk keluar ngan suami. jadi memang penat yang amat. lepas subuh tadi ingat nak take a nap. sekejap je la kan. sekali terlama pulak. kelam kelibut la bangun kemas rumah, masak, sidai baju, buat itu buat ini. haish. pasni penat camne pon setel keje dulu. baru take a nap. huru hara jadi nya. T___T

5 perkara yang aku rindu? 5 je? haha. takpela. aku bagi 5 je la kan. sebab ni pon curi-curi masa update blog.




Zaman kanak-kanak

aku rasa semua orang rindu yang ni. sebab keje tau main je. tak payah fikir apa pon. lepas main, makan. makan pon dah sedia. tinggal suap dalam mulut je. haha !


Memori dengan suami

ini orang cakap gila bayang. meroyan pon ye. aku tatau kenapa, duk depan mata pon rindu jugak. hahahha ! sila muntah :p  kalau dia tak de pegi outstation tu memang aku rasa macam nak pecah kepala stress rindu. hari-hari belek gambar dia. memori bila dia dengan aku. semua aku rindu.


Family

rindu mak,abah,adik-adik. tapi angah dekat je pon ngan aku. haha. paling rindu bila balik kampung, keluar makan satu keluarga. seronokkkkk !!!


Kawan-kawan

sebab ramai yang dah kawen, dah ada anak, dah berkerjaya pon, jadi payah nak susun masa nak jumpa. rindu sangat time lepak same-same, gosip same-same. masa zaman anak dara dulu. sekarang pon kalau jumpa mesti ada yang tak cukup. huhu


Zaman belajar

dulu masa belajar tak sabar nak habis belajar. sekarang rindu pulak. betol la orang cakap, enjoy zaman belajar betol-betol. haha ! dah keje ko stress ok? projek tak boleh tiru-tiru. tak boleh ponteng keje. zaman belajar, esaimen boleh tiru kalau malas, kelas kalau bangun lambat, wat lek wat peace je. haha. 




ni antara yang aku rindu. nak sambung keje jap. byeee !!





3 comments:

  1. Saya pon rindu zaman kwcik2 dulu..

    ReplyDelete
  2. Rindu sangat sangat belajar dan kawan kawan..sbb semua dah ada family x blh nak bkumpul...cuma skrg bagusnya ada wassap.. Rindu setisp hari family kat krlantan..huhu3 bln srkali balik kg

    ReplyDelete