Pages

27/03/2011

JOM TENGOK MERONG !

duk kat U ni, kenangan paling indah adalah bile meluangkan mase ngan kawan-kawan. keluar beramai-ramai. pesanan penaja, gunalah masa korang tengah belajar untuk tambah kawan plus rapat2 ngan kawan-kawan yep.

kalau dulu, aku selalu cite, aku lepak-lepak ngan dak-dak kelab aku. kali ni, nak cite sal dak-dak kelas aku lak. besela. dah nak final year. bawak2 la merapatkan silaturrahim yep. hihi. hari rabu ritu, kitorang sepakat ramai-ramai tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa kat MBO U-Mall. kitoarang konvoi 7 buah kete. hehe. best woo ~ memang bising.

ok, jujur aku bagi 4 bintang kat cite tu. memang terbaik ah ! Putera Rom tu memang ensem sangat2. wah, i dah jatuh hati u. haha . rase cam nak tengok lagi sekali jep. kih kih. jom tengok gambar2 kitorang :











pas beh tengok wayang, perut masing-masing mula lapar. mane tak lapar kalau semua tak sempat dinner. wayang start kul 8.30 malam. huhu. so, kitorang pun ramai-ramai gerak g Singgah Selalu kat Danga Bay. :)














muka kenyang. haha



sekian sahaja ~ harap2 lain kali ade lagi camni :)

picture credit to SEPUL :)


KEJUTAN YANG TERINDAH !

.ni entri laju-laju.

.senyuman tak lekang dari bibir lagi ni.

.indah ! aku bahagia sangat-sangat malam ni.

.what a suprise ! bile incik hubby betol2 depan mata tadi.

.die cakap die dalam train ag.

.tapi tadi fara mesej ajak g k9.

.kononnye nak celebrate birthday someone.

.thanks faizal & farah.

.korang memang terbaek !.




26/03/2011

SINGLE IS BETTER !

ouch,tajuk memang mintak pelempang ngan incik boifi. haha. iklan jap~ esok (27/3/2011) incik boifi nak datang. hehe. happy seh !

2 hari lepas aku pergi interview kuota pengetua kolej. nak dapat stay kat kolej same la nih. malas pindah kolej. t jauh dari fakulti. huhu. semalam semak dapat ke tak. mestilah dapat. kalau tak dapat memang aku bako pejabat kolej. haha.

dan tadi aku check kat aims. yuhuuu !! dapat bilik single lagi. ecelli, sepanjang aku duk UTM ni, mase 1st year jep aku duk bilik double. haha. memang silonok siak weh duk bilik single. bilik bersepah pon tak de orang kisah. tapi, jadi prob bile nak bangun pagi. so, percentage nak ponteng claz pagi memang tinggi. haha

nak bukti? hah, tengok gambar kat bawah ni :-





yes2 ! haha..Alhamdulillah ~ sem depan nak apply blok n bilik yang same la..huhu



18/03/2011

NALURI ATAU MAINAN PERASAAN ?



korang pernah dengar naluri? atau sinonim ngan kata hati? ramai cakap, ikut hati mati. korang percaya tak pada naluri korang? pernah tak bile korang cakap kat kawan korang, naluri aku kuat mengatakan ade perkara buruk kan berlaku, pastu kawan korang mesti jawab, ala, tu mainan perasaan ko je tu.. pernah kan?

ok, jujur aku cakap aku percaya 80% pada naluri aku. Alhamdulillah, setakat ni naluri aku tak pernah silap. aku bersyukur pada Allah, mungkin aku kurang kat lain, tapi diberi kelebihan kat naluri yang kuat. tapi, besenye naluri aku lebih kuat bile ade something yang tak elok kan jadi. or ape-ape je yang ade kaitan ngan orang-orang yang aku sayang terutamanya.

cam ade 1 kejadian tu, instinct aku kuat sangat cakap kawan aku tak ok even die menafikan semua tu. aku jadi tak tentu arah. aku force die untuk cite semua. lantakla orang nak cakap ape. huhu. ok, see ? betul naluri aku. die memang tak ok. hurmm~

tapi, nasihat aku, kalau korang nak percayakan naluri korang sekalipun, korang kena tau bezakan, yang mane 1 mainan perasaan dan yang mane 1 naluri. takut nanti korang yang menyesal. jangan jadi mangsa mainan emosi dah yep :)


16/03/2011

. OH, MELAKA !

cite ni sebenarnye cite lame. dah basi kot. tapi, nak cite gak. hehe.

hari tu, 25/2 - 27/2/2011, aku join program anak angkat anjuran kelab aku dengan kerjasama penduduk kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. ok, aku tak tipu. aku memang suke program yang macam ni. ni kali ke-2 aku join program anak angkat. yang 1st dulu kat Melaka gak. kat kampung Paya Rumput. memang best ! pengalaman tak yah cakapla. rugi wo sape tak join program camni. mase korang kat U gini je la nak join program cenggini. t dah keje, tak denye dah program gini. haha. jom2 tengok gambar. tapi, aku upload sikit je la. internet slow. kalau nak banyak, ade aku letak link kat bawah gambar yang paling last. check it out !


hari first ~









hari second ~











naik cruise :)








hari ketiga~







jalan2 keliling kampung :)


makan tebu :)




lagi gambar dan info boleh lihat :



11/03/2011

SAYANG KAMU SANGAT2 !

ok, busy kemain yep sekarang. tambah ngan keadaan kesihatan yang agak meruncing sekarang. bangun sket dah jatuh. makan sket dah muntah. berat pon dah turun mendadak. cam mayat hidup pon ye. huhu

nak gtau mak, memang konpem tak mau. nanti mak susah hati ( baik tol dapat anak cam aku. hihi ).. padahal takut mak membebel sebab tak jage kesihatan. ok, ngaku awal2, aku bukan seorang yang pandai jage kesihatan. bile sihat, aku kan buat mcam2. walau aktiviti tu di luar kemampuan aku =.=

balik pada tajuk. dalam duk sakit-sakit aku pon, sempat lagi fikir sal blog. maap ye. internet sangat 'laju'. nak bukak FB pon xdapat. semalam mase tunggu nak test mak call. ouh, neves u. takot dapat berita ade orang masuk minang (sile lempang budak tak sedar diri ni. haha !). mak cakap ade check sampai. aku tanye, check apekah? mak pon kasi detail. aigoo ! haha. terima kasih nuffnang ! lebiu. muahx muahx. akhirnye sampai gak cek yang aku nak tu. haha. dapat gak la aku beli wedges sepasang lagi. haha

terus mood nak jawab test berbunga-bunga mase tu. haha. sengal ! padahal langsung tak study. haha. hope result okes. tak sabar tunggu mak bank in duit tu ahad ni. hoooreeeyyy !!!



notakaki :

ngah mood cite korea
OH, MY LADY !



08/03/2011

SELAMAT HARI WANITA ~

selama ni aku hanya dengar SELAMAT HARI IBU untuk menghargai wanita. tak pernah terlintas dalam fikiran aku, ade gak Hari Wanita. tadi aku on FB. ramai yang post Selamat Hari Wanita. serius, aku terharu. mestila weh. aku kan wanita gak. ades~

pernah dulu, aku merungut menjadi seorang wanita. merungut sebab kan sakit sangat bile senggugut. merungut sebab kena pakai tudung. merungut sebab tak ley pakai topi. merungut sebab barang-barang wanita banyak. so, kos nye pun tinggi la.

tapi, tu dulu. masa zaman aku belum matang lagi. sekarang, aku rase bersyukur sangat. terlalu bertuah aku dicipta sebagai seorang wanita. aku bertuah kerana bila aku seorang wanita, makanya aku dah dicipta untuk menyayangi dan mengasihi. dicipta untuk insan yang mengganti tulang rusuk kaum Adam. aku bersyukur sangat. kerana seorang wanita mampu menggoyahkan dunia hanya dengan gelaran seorang ibu.






makin dewasa, makin banyak yang aku belajar. wanita bukan untuk dijunjung. bukan untuk dipijak. tetapi untuk disisi. dan yang paling aku ingat, pangkat paling diidamkan oleh seorang wanita adalah ISTERI. seburuk mane pon wanita itu, mereka tetap idamkan menjadi seorang isteri yang solehah.

wanita bukan makhluk Allah yang menyusahkan atau membebankan. tapi, wanita adalah ciptaan yang indah. yang terlalu misteri. sukar difahami ~

untuk mak, angah, kak im dan semua wanita-wanita kat luar sane, SELAMAT HARI WANITA !


05/03/2011

.KOSONG


dah seminggu lebih aku tak update blog. tiap-tiap minggu ade test. keje nak kena buat pon banyak. so, terpaksa la aku pendam segala bagai yang aku nak cite.

mood nak blogging kurang sket sekarang.

.aku keliru.

macam-macam ade dalam fikiran aku ni. aku penat. aku terpaksa tipu diri aku sendiri untuk bahagiakan orang lain.

ye,memang aku kejam. kejam untuk diri sendiri.

maaf. hati aku kosong untuk semua itu. =.=