Pages

08/03/2011

SELAMAT HARI WANITA ~

selama ni aku hanya dengar SELAMAT HARI IBU untuk menghargai wanita. tak pernah terlintas dalam fikiran aku, ade gak Hari Wanita. tadi aku on FB. ramai yang post Selamat Hari Wanita. serius, aku terharu. mestila weh. aku kan wanita gak. ades~

pernah dulu, aku merungut menjadi seorang wanita. merungut sebab kan sakit sangat bile senggugut. merungut sebab kena pakai tudung. merungut sebab tak ley pakai topi. merungut sebab barang-barang wanita banyak. so, kos nye pun tinggi la.

tapi, tu dulu. masa zaman aku belum matang lagi. sekarang, aku rase bersyukur sangat. terlalu bertuah aku dicipta sebagai seorang wanita. aku bertuah kerana bila aku seorang wanita, makanya aku dah dicipta untuk menyayangi dan mengasihi. dicipta untuk insan yang mengganti tulang rusuk kaum Adam. aku bersyukur sangat. kerana seorang wanita mampu menggoyahkan dunia hanya dengan gelaran seorang ibu.






makin dewasa, makin banyak yang aku belajar. wanita bukan untuk dijunjung. bukan untuk dipijak. tetapi untuk disisi. dan yang paling aku ingat, pangkat paling diidamkan oleh seorang wanita adalah ISTERI. seburuk mane pon wanita itu, mereka tetap idamkan menjadi seorang isteri yang solehah.

wanita bukan makhluk Allah yang menyusahkan atau membebankan. tapi, wanita adalah ciptaan yang indah. yang terlalu misteri. sukar difahami ~

untuk mak, angah, kak im dan semua wanita-wanita kat luar sane, SELAMAT HARI WANITA !


No comments:

Post a Comment