Pages

23/02/2015

. DWJ Hotel Pilihan Kalbu :)

.Assalamualaikum.


hari ni tetiba rajin je nak update blog kan. haha. sebab eksaited sangat ! mana tak eksaited kalau buat-buat merajuk sebab boring berjalan dalam selangor je paling jauh pon melaka pastu pojie cakap ok, kita pergi utara kali ni. aku macam wehhh, rasa macam dunia ni aku punye. haha. aku tak pernah lagi travel ke utara. kedah pernah jejak sebab hantar ambik angah masuk matrik changlun dulu. selain tu tak pernah. orang cakap makanan utara ni semua kena ngan perut. tu yang aku suka. acane la tak gemuk. haha

memandangkan sebab tak pernah lagi pergi utara jadi kena la buat survey awal-awal. paling penting hotel. kena betul-betul selesa kalau tak aku memang bising nanti pastu mood travel spoil sangat. dan aku plan tak nak drive. nak naik train. jadi kena cari hotel yang dekat ngan train la kan. gigih bukak agoda ngan suami. last-last sangkut kat DWJ Hotel. nama dia macam pelik. haha. tapi bila tengok hotel die. fuhh. aku memanggg berkenan. 

kawasan dia sangat-sangat strategik. aku macam dalam otak nk ajak backpack je. sebab betul-betul kat tengah bandar ipoh yang orang panggil segitiga emas ipoh tu. nak cucuk duit, tak payah pening2 fikir kat mana. maybank cimb semua dekat. terlampau banyak kemudahan kat sekitar hotel ni. restoran tak payah cakap. untuk orang kuat makan macam aku nih, memang sentiasa senyum lah. antara restoran yang aku nak highlight, 

  • Ipoh Hainan Chicken Rice
  • David’s Diner
  • Restoran Simpang Tiga 
  • Restoran Assam House 
  • Subway
  • Secret Recipe
  • Nasi KandarVanggey
  • Pesanjung
  • Restoran M. Salim 
  • Old Town Kopitiam
  • Dim Sum Café
  • Moven Peak
  • RestoranMacoy European 
  • Dubliners Café
  • Berlin's Bier Houz
  • Healy Mac’s Irish Bar
  • Thumb’s Café
  • Burger Camp
  • Restoran Cili Hijau
  • Restoran Anjung Seri 


nahhh. banyak tak? cukup untuk korang pening nak fikir makan kat mana pulak. haha. ok, now aku nak share ngan korang suasana dan persekitaran hotel pulak. terima kasih agoda sebab kasi gambar menarik yang mengembangkan hati seorang yana. haha



saje je amik gambar waktu ni. tau tau je yang kitorang memang ade kat hotel waktu malam je. hahahaha !



nah ! tengok. lobi je dah macam ruang tamu rumah. sementara sang suami nak tunggu puan bini yang lama sangat mekap, bolehla duk tunggu kat sini kalau boring duk bilik. tapi jangan nak usha gadis kaunter tu pulak. korek biji mata kang. haha !



this one gambar yang memangggg FAVOURITE aku ! aku tak pernah tengok hotel letak painting. banyak pulak kat laluan nak g bilik tu. aku memang minat painting ni. jiwa halusss katakan. puii ! haha. tapi nice la sambil jenjalan nak ke bilik, ada suasana romantik. baru mood dalam bilik jadi indah. ops !


hotel ni ada 22 buah bilik semuanya. dan ada beberapa jenis bilik. dari untuk yang datang sorang-sorang sampailaaa ke keluarga besaq. 



ni bilik Superior Standard. tengok kat dinding. ada wallpaper yang cantik. sesuai untuk honeymoon. kikiki.



ni deluxe suite. kalau pergi urusan keje ke kursus ke aku cadang korang pilih yang ni. beza dia ngan superior standard dia ada peti ais kecik cinonet ngan sofa.



haa ni standard room. ada katil ngan bilik ayaq je la. ni biasa kalau yang tetiba malas nak balik on that day pastu kelam kelibut nak cari hotel memang yang ni la pilih. orang kata, semata-mata nak tido haa.



ni bilik family. fuhhh, pasni kalau mak abah adik beradik aku nak g jenjalan kat ipoh aku suruh pilih hotel ni je. tak payah nak mintak tilam tambahan ke apa haa. siap ada katil double decker. ruang pon luas je untuk family besar ni. aku macam terkejut gak tengok gambar ni. macam jakun ja. wehhh, hotel ada katil double deckerrrr ! best gileee !




ni untuk rate harga bilik. breakfast, lunch ngan dinner tak de tau ! tak kisah lah sebab restoran banyak. miahaha ! harga dia bagi aku murah dan berbaloi dengan kawasan yang memang banyak facility.


ni aku screenshot dari Agoda. semua dekat. 


yang paling best, diorang ada tawaran istimewa. alaaa, aku tau korang suka kalau ada diskaun camni kan? haha. mengata diri sendiri betollll.

Tawaran Istimewa
  • 10% diskaun untuk sektor kerajaan 
  • RM10 diskaun untuk korporat
  • 10% diskaun untuk pesara dan warga emas (berumur 55 dan ke atas sahaja)
  • 10% diskaun untuk ahli
  • 15% diskaun hari lahir
  • 20% diskaun jika melebihi 10 bilik atau 10 hari


Promosi (23 Febuari- 23 Mac 2015)
  • 10% diskaun untuk pelajar


hah, cepat-cepatlah booking ye sebelum tarikh korang nak tu. aku? bile tarikhnya rahsiaaaa. haha. tunggu jela bila aku update aku kat sana. supriseeee ! :p

nak tau maps dia, korang taip je kat google DWJ Hotel, Ipoh. nanti keluar la. :)






10/02/2015

. ArtSphere Seri Kembangan

.Assalamualaikum.


fuhh, bersawang bloh. dah nak 2 bulan tak update. ampunnnn. busy sangat. hehe. rasanya blog ni dah jadi blog tempat aku cerita pasal jalan-jalan je. sebab tu je bagi aku story yang best. entri kali ni pasal jenjalan bulan 1 hari tu lagi. tapi biasalah, kalau dah duk jap lagi lah, jap lagi lah, memang tak laaa nak update. haha !

sape pernah pergi laman seni seksyen 7 shah alam? ngan yang dekat kg.cina terengganu & pulau pinang tu? p.pinang aku tak pernah pergi lagi. yang lain aku dah pergi. sape yang suka pergi tempat-tempat gitu ni aku nak share tempat baru. tapi baru sangatlah laginya. dekat ArtSphere , Seri Kembangan. haha. pegi sana just nak ambik gambar je. sebab tak de ape lagi. tengah renovation lagi haaa. 






























memang seronok sebab mak,abah ngan adik datang dari terengganu. tu yang bawak g jenjalan. nak g shopping mall memang tak syioookkk le nak lepak-lepak ngan family kan. nak g jauh-jauh takut tak sempat sebab malam tu mak ngan abah malam tu nak naik bas dah. next plan mak abah datang bawak g ladang ostrich kat PD lak. hahahha !







p/s :

siapa curi gambar, aku tak maafkan kalau tak mintak izin! hari tu ada orang curi gambar dari blog aku langsung tak mintak izin tak mintak maaf apa. aku tak halalkan ! faham?