Pages

11/07/2012

. biar lebih baik !



Assalamualaikum,peeps!

selamat tengah malam semua. hee ~

semua dah tido ke? kalau yang belum tido tuh, rerajinla ye tinggalkan komen kat blog yana nih pas bace :)

korang ade tak tengok masterchef selebriti? sape yang tak tengok, bolehla tengok. yang las2 ni yana tak tengok ag. episode last yana tengok, masa tomok kena singkir. huhu. tapi bukan tu yana nak cakap. 

yana ni spesies manusia yang suke menyusahkan diri sendiri. suke fikir banyak2 n serabutkan otak sendiri. suke buat andaian yang memang kadang2 mengecewakan diri sendiri. haha. sampailah yana tengok masterchef selebriti nih, episod bape tah, kata2 jehan miskin yang memang yana pegang sampai sekarang.

dalam episod tu die berada dalam pusingan penyingkiran kot. tak ingat dah. chef jo tanye ape tah. die jawab, die tak fikir yang akan datang. yang die fikir mase sekrang. hari ni. die kena buat yang lebih baik. sebab hari ni adalah penentu hari esok.

yup. yana setuju sangat2. jangan nak serabutkan kepala fikirkan hari esok lagi. sebab belum tentu esok ade untuk kite. tapi fikirkan masa yang kite tengah jalani nih. buat sehabis baik untuk hari esok. jangan tangguh2, jangan buat sambil lewa keje hari ni. jangan fikir kite boleh buat esok. sebab kite tak tau esok cane.

dan..hari khamis ni yana ade temuduga kerja. yep. yana memang takut. banyak kemungkinan yang yana fikir. tapi bile fikir balik kate2 jehan miskin, yana tak nak fikir sangat sal hari khamis tuh. tapi yana fikirkan persediaan yang yana dah buat. doakan yana berjaya. amin.



4 comments: