Pages

09/07/2013

. Salam Ramadhan :)




Assalamualaikum,olls !!

berakhir sudah syaaban. Ramadhan sudah muncul !! heee ~ camna terawih pertama tadi? seronok kan?

taktau la kenapa tahun ni rasa sangat-sangat excited nak sambut Ramadhan. Tak sabar nak puasa. ok. tahun ni last puasa sebagai orang bujang. insyaAllah. tapi stress sorang-sorang. sebab...hari pertama puasa tahun last sebagai orang bujang, aku puasa kat UTM !!!! sangat sadis ok? takpela. demi mencari sesuap nasi. huhu. nasib baik ada Dal ngan Nadia. heee. kalau tak, kesunyian la jugak aku kat sini haa..

sempena ketibaan bulan baik bulan mulia ni, aku nak mintak maafla sepanjang dulu-dulu kekalau ada yang terasa tersentap ngan mane-mane entri aku tuh.biasalah. aku ni manusia biasa.yang tak lari dari melakukan kesilapan. jangan dicaci.jangan dimaki.tegurlah secara berhemah.

Anggaplah Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir untuk kita.sebab kite taktau bila kiamat,bila ajal kita. pertingkatkan amal ibadat dari sebelum-sebelumnya. semoga kite semua tenang menjalani ibadat puasa. bagi adik-adik yang baru mula berpuasa, jangan curi-curi minum air masa mandi ok? haha.nampak sangat pernah buat masa kicik-kicik dulu.wakakaka ~

nikmat puasa bulan Ramadhan ni tak sama ngan bulan-bulan biasa. perasaan tu lain macam sikit. more fun ! letih pon tak sangat. tak sabar nak bangun sahur esok ! hihi. sebenarnya....rindu nak makan bubur lambuk yang mak buat.wuwuwu. tak sabar nak balik Terengganu ! ok la. nak makan kejap. selamat berpuasa semua !


No comments:

Post a Comment