Pages

11/07/2013

. Terima kasih untuk segalanya.





Assalamualaikum,readers !

Alhamdulillah..dah 2 hari menjalani ibadat puasa.moga esok dan hari seterusnya aku masih lagi berkesempatan merasakan nikmat bulan Ramadhan. amin.

tika saat aku menaip entri ni.pelbagai wajah muncul dalam kepala aku. ade yang menggembirakan, ade yang mendukakan dan ada juga yang melukakan. pelbagai wajah itu mempunyai pelbagai ragam.pelbagai kenangan.pahit.manis.semua ada. rasa sesak menikam dada aku.sungguh aku rindu pada beberapa wajah itu. tapi apakan daya. ada yang telah pergi. ada yang masih ada. tapi jauh. aku hanya mampu berdoa agar kasih ni tak pernah berubah.

bukan umur yang mematangkan seseorang. tapi pengalaman hidup yang mematangkan seseorang.

NOTED.

dan wajah-wajah yang memberi pelbagai perasaan ini yang menjadikan aku kuat.tabah.dan lebih matang dari sebelumnya.aku diduga.berat.sakit.dikhianati.dilukai.tapi. tetap masih ada.disayangi.dicintai.dihargai.dikasihi.

kematangan membantu aku berfikiran lebih waras.luka yang meninggalkan parut.aku biarkan.sebab aku tau,masa tak mungkin kan berulang lagi.aku tak seharusnya berdendam.membenci.kerana itu akan terus melukakan aku sendiri.bukan mereka.aku positifkan diri.untuk ape aku tangisi semua kedukaan dan kelukaan itu,sedangkan mereka berbahagia di sana? jangan jadi hamba emosi.bangkit dan bergerak ke hadapan.

dan kerana itu, aku ingin berterima kasih kepada semua wajah yang memberi makna dalam hidup aku. yang meninggalkan titik hitam dan titik putih dalam perjalanan hidup aku mencari makna kematangan hidup. terima kasih kerana menjadikan aku kuat. terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. terima kasih kerana pernah menggembirakan aku. walau untuk seketika. terima kasih kerana memberi ruang untuk aku berfikir secara logiknya.terima kasih kerana kalian aku semakin dekat dengan Allah.

mungkin ada antara wajah itu membaca diari awam aku ni.mungkin. jika kamu terasa kamu adalah wajah itu, ye,jawapannya memang kamu.tepuk dada, tanya hati. naluri mungkin berkata benar.

dan aku tak mungkin lupa.tak mungkin. terima kasih untuk tunang tersayang. yang sentiasa susah senang dengan aku. menghulurkan tongkat saat aku longlai untuk bangkit. terima kasih,sayang.

semoga hidup wajah-wajah yang meninggalkan kesan dalam hidup aku ni mendapat berkat dan keredhaan-Nya.



No comments:

Post a Comment