
30/09/2014
Buat Photobook sendiri

29/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 24 - Rumah Impian
- Halaman seluas-luasnya supaya aku dapat menari hindustan dengan laki aku. eh?
- ada pokok banyak-banyak dan rendang. pokok jambu mesti ada supaya aku boleh buat tempat berkelah di bawah pohon itu dan makan colek sambil bergosip mak joyah.
- rumah hanya satu tingkat dan bersaiz sederhana yang tak memerlukan aku mengeluh penat sampai pengsan sapu satu rumah. haha
- ada mini library sangat penting untuk ulat buku macam aku walau aku hanya suka baca novel.kah!
- kawasan rumah dikelilingi rumput karpet
- belakang rumah ada kebun yang luas sekali ada reban ayam dan kolam ikan
- Hiasan rumah bertemakan english klasik/moden. yang warna putih pastu bunga kaler lembut tuh. pastu taknak banyak sangat barang perhiasan. buat semak je.
tu je la rumah impian aku. haha. taknak duk kawasan bandar. rimas sangat-sangat . hee
Terima Kasih, SENHENG !
28/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 23 - Pekerjaan yang anda inginkan
gambar ehsan gugel :)
27/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 22 - Destinasi Percutian Impian
26/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 21 - Tempat yang ingin pergi dan tak pernah pergi
25/09/2014
24/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 19 - 1 Resepi kegemaran
23/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 18 - Siri TV Kegemaran
tengokla diorang ni, comel kan? tengok gelagat diorang boleh hilang semua stress. haha. korang boleh download kat youtube-kbs world TV
Sundate With Love
lepas taman rama-rama, plan nak g taman burung. sekali tengok tiket RM 25/person. mahal sangat nih. parking pon full. cancel. bulan depan pergi. haha. pastu hubby bawak pergi Istana Negara. just snap a few picca, pastu blah. tak de yang menarik sangat melainkan yang jaga kat gerbang berdiri tegak. haha. yang guard aku amik gambar ni menakutkan sikit. aku baru berdiri depan dia nak amik gambar, dia g hentak senapang. terkejut aku. haha. yang lagi sorang, dari jauh duk dengar dia nyanyi sambil berdiri tegak. bosan agaknya. dua jam kot berdiri baru tukar orang.
kuar istana g solat asar kat petrol pump pastu gerak g jenjalan kat Alamanda lak. nak tengok wayang tak de cite best. jadi kitorang pegi makan kat waffle stop. haha. better than yang kat KLCC tu. ape tah nama dia. dahla mahal. waffle kecik. yang ni memang puas hati makan. RM10 tapi kenyang. nanti nak datang lagi la. padahal tiap minggu pergi alamanda, takde pulak nak datang waffle stop nih. hahaha
kitorang makan chocolate ----lore. ape tah kat depan lore ni. aku tak ingat. hahha !
next week tak tau lagi nak pergi mana. any suggestion?
22/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 17 - 5 perkara yang aku RINDU
rasa macam nak tercabut skru kaki. banyak betol keje hari ni. semalam sehari suntuk keluar ngan suami. jadi memang penat yang amat. lepas subuh tadi ingat nak take a nap. sekejap je la kan. sekali terlama pulak. kelam kelibut la bangun kemas rumah, masak, sidai baju, buat itu buat ini. haish. pasni penat camne pon setel keje dulu. baru take a nap. huru hara jadi nya. T___T
5 perkara yang aku rindu? 5 je? haha. takpela. aku bagi 5 je la kan. sebab ni pon curi-curi masa update blog.
Zaman kanak-kanak
aku rasa semua orang rindu yang ni. sebab keje tau main je. tak payah fikir apa pon. lepas main, makan. makan pon dah sedia. tinggal suap dalam mulut je. haha !
Memori dengan suami
ini orang cakap gila bayang. meroyan pon ye. aku tatau kenapa, duk depan mata pon rindu jugak. hahahha ! sila muntah :p kalau dia tak de pegi outstation tu memang aku rasa macam nak pecah kepala stress rindu. hari-hari belek gambar dia. memori bila dia dengan aku. semua aku rindu.
Family
rindu mak,abah,adik-adik. tapi angah dekat je pon ngan aku. haha. paling rindu bila balik kampung, keluar makan satu keluarga. seronokkkkk !!!
Kawan-kawan
sebab ramai yang dah kawen, dah ada anak, dah berkerjaya pon, jadi payah nak susun masa nak jumpa. rindu sangat time lepak same-same, gosip same-same. masa zaman anak dara dulu. sekarang pon kalau jumpa mesti ada yang tak cukup. huhu
Zaman belajar
dulu masa belajar tak sabar nak habis belajar. sekarang rindu pulak. betol la orang cakap, enjoy zaman belajar betol-betol. haha ! dah keje ko stress ok? projek tak boleh tiru-tiru. tak boleh ponteng keje. zaman belajar, esaimen boleh tiru kalau malas, kelas kalau bangun lambat, wat lek wat peace je. haha.
ni antara yang aku rindu. nak sambung keje jap. byeee !!
21/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 16 - Saya 10 tahun lagi...
apa yang aku usaha hari ni tu la bakal menjadi titik tolak kepada hasil aku 10 tahun lagi. aku akan pastikan hari-hari aku yang seterusnya lebih baik dari hari ni :)
20/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 15 - Surat untuk awak
B,
terima kasih sebab hadir dalam hidup qaseh, jadi imam qaseh, jadi tongkat qaseh, jadi tempat qaseh berpaut.
qaseh minta maaf andai ada yang terguris, tersilap kata, tersalah perilaku sepanjang kita kawen ni. qaseh tak sempurna. tapi b yang sempurnakan hidup qaseh.
qaseh tak tau nak cakap apa. sebab untuk b, qaseh lebi suka cakap terus atau wassap je. yang pasti surat ni cuma nak cakap QASEH SAYANG B.
kerja rajin-rajin tau sayang. takpe kena pergi outstation lame-lame pon. sebab untuk qaseh jugak. bukan jauh pon. kemaman je kan. hee. puas-puas balik rumah mak. jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, banyakkan sedekah. insyaAllah rumahtangga kita akan sentiasa dilindungi.
b, selamat bercinta hingga ke syurga. qaseh nak sentiasa jadi bidadari b. di dunia dan akhirat kelak. amin.
ikhlas,
isteri B yang mengada-ngada. :p
TIPS | Muka Berseri Di Hari Bahagia
19/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 14 - Cerita Kasut Saya
Aku Ada Wali
ni rupa novel tuh. warna kulit cover depan pon dah menarik perhatian aku. beli tau. langsung tak membazir. lagi bermanfaat dari novel cintan cintu yang penuh khayalan, hakikatnya realiti tak de la sangat macam tu. haish. aku belum tengok lagi drama tu. baru nak download nih. aku ni tak suka tengok drama dulu baru baca novelnya. nanti tak seronok. hehe
p/s : jangan lupa klik ni ---> KLIK !
18/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 13 - 5 Blog Kegemaran
Fatin Liyana
aku rasa semua orang kenal die. blogger femes. yang juga sekarang jadi HO. doktor nih. die ni bagi aku kategori anak orang berada jugak. tapi aku suka cara die yang low profile. die faham kebanyakan yang baca blog die ni bkn orang senang jugak. jadi apa yang dia share semua buat kite rasa, die sangat memahami kite. aku suka baca part die pegi travel. backpacker je weh. seronok aku tengok.
Ben Ashaari
yang satu ni yang buat aku gigih rajin update blog sampai sekarang. kalau tak dah lama terkubur layu blog nih. haha. bagi aku die ni Mr.Mama + Superman yang berjaya. berani pilih untuk jadi surarumah dan jadi fulltime blogger demi anak-anak. oh mannn, aku melting tengok anak die Qhaliff tu. pipi die ya Allah. kalau dapat, aku gomol-gomol. haha. bambam sangat ! paling suka entri bile abg ben cerita pasal anak-anak die. rasa meriah sangat bile baca .
Nadia Farahida
Ni blog kawan sekolah aku masa kat MRSM Kuala Lipis. dah selamat jadi mummy pon. tahniah, nadia ! bunga omellll sangat. nanti yana pergi ziarah bunga ye . hee. aku suka gaya sempoi nadia bercerita. haha. takde tapis-tapis ok? memang bila ko baca, segala perasaan datang. kalau part kelakar, sampai aku gelak. haha. sebab memang best sangatttt.
Eraz Fadli
Blog ni baru start jadi favourite aku. padahal dah lama sangat aku follow. haha. dia lebih kurang Ben Ashaari. banyak cerita jugak pasal anak. sebab tu aku suka banyak. penulisan die pon santaiii je. tak pening-pening. anak die pon comelll sangat.
ni je la antara blog yang aku suka. ada lagi. blog BFF aku, afee ali. tapi dah berzaman mak cik tu tak update. haha. aku menunggu update darimu, wahai ummu habib. haha.
p/s : boleh klik pada gambar untuk ke blog-blog ni
17/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 12 - 5 Wishlist
semua orang ada keinginan. ada apa yang diri sendiri nak. nakkkk sangat-sangat. sampaikan setiap kali tengok atau terfikir apa yang kita nak tu, automatik keyakinan diri untuk memiliki tu bertambah-tambah. sampaikan terbawa-bawa ke mimpi akibat lupa baca doa tidur. haha
macam korang la, aku pon ada wish list jugak. aku rasa kalo tak ingat wish list ni memang la aku jadi manusia yang paling loser sekali. sebab takkan ada yang positif dalam diri aku. apa wish list aku ?
Pusat Tusyen
aku suka mengajar. suka berkongsi ilmu yang aku ada. walau tak seberapa. aku paling suka subjek Add Math dan Math. aku suka main dengan angka. jadi dari dulu, dari aku start join jadi fasi dalam program kelab aku kerjasama dengan Pusat Tusyen Skor Bestari, Johor, aku dah simpan impian nak buka pusat tusyen. aku sekarang tengah kumpul modal lagi. tak pe la lambat sikit pon. aku nak guna cara pembelajaran sambil berhibur. hiburan yang bermanfaat ok. dan juga menerapkan nilai-nilai Islam.
Mekah
serius aku bukan manusia yang obses dengan negara luar. kalau bercuti aku lebih suka dalam Malaysia je. membazir duit je pergi bercuti sampai luar negara. hotel lagi, flight lagi, passport lagi. kalau musim sejuk nak kena beli jaket yang tebal gedabak tu. sangatlah membazir. sedangkan Malaysia ni banyak lagi tempat menarik. oh, aku sangat nak pergi Langkawi. haha. Tapi, ada satu tempat luar negara yang memang aku nak pergi. aku nak pergi Mekah. nak buat umrah dengan suami aku. aku nak tengok makam Rasulullah. indahnya.. doakan aku ye :)
Rumah
sekarang aku duk rumah sewa. tak mampu lagi nak beli. rumah sekarang kalau tak mahal tak boleh ke? haha. aku tak nak rumah yang besar. menyusahkan aku je nak mengemas. aku nak yang sederhana je. cukupla kalau aku duk kat beranda depan rumah, bila aku panggil laki aku kat dapur die boleh dengar. hahaha ! aku nak rumah yang halaman dia luas. aku nak tanam pokok banyak-banyak. aku tak nak rumah 2 tingkat yang pastinya. malas nak panjat tangga. hee
Travel
fuhhh~ sape yang suka travel & backpacker memang tahu la keseronokannya. haha. masa bujang dulu mak aku tak bagi aku travel. bimbang kot. ni dah ada laki, apa lagi. selalu la duk ajak laki travel tapi sampai sekarang tak dapat lagi. sadis betol. haha. laki I busy la chuollsss. ni pon tak balik lagi dari kemaman. takpe, demi mencari rezeki :)
Ayam Penyet
haha. ape seh tetiba ni termasuk dalam wish list. arghhh. aku rasa nak makan nasi ayam penyet penang kat skudai tuh. zaman belajar kat utm dulu selalu pegi makan situ. hari tu pegi JB tak sempat nak pegi makan ayam penyet. sempat makan kacang pool je. sob sob. ayam penyet kat sini tak sesedap yang dekat saneeee :(
tu je la wishlist aku. doakan semua tercapai ye. hikhik
16/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak
maap le, gambar epik sangat kat atas tuh.. haha. zaman belum baligh lagi. sejak dari form 1 lagi gambar ni duk dalam purse. gambar tu masa aku darjah 4. dekat besut tak silap aku.
teringat zaman kanak-kanak dulu. aku anak sulung. aku memang keras kepala. paling degil, paling tak dengar kata. setakat kena marah + kena rotan tu biasa lah. kalau tak, tak de la aku jadi manusia. ye dok?
banyak kenangan yang kelakar-kelakar masa aku kecik-kecik dulu. terutama kalau balik kampung mak. jumpa sepupu yang umur lebih kurang aku. memang kepala jadi biol. yang muda dari aku pon boleh geng sama. haha. musim banjir paling suka. sebab pegi kat takungan air, cari ikan haruan la, ikan apa tah lagi yang kecik-kecik tu. haha. budak-budak zaman dulu mana ada ipad bagai semua tuh. benda-benda gitu la jadi mainan. tapi memang seronok. dah tangkap balik rumah mak ngah, mak ngah membebel suruh buang. haha. yang jadi sekepala sampai sekarang, kak ela, kak era, amir, angah aku, abang, abang ngoh ngan aku sendiri. haha. benda la duk tepi paya tunggu ikan kecik. tak matang sungguh ! haha
tu bila dengan sepupu. bila dengan kawan, nakal lain pulak. aku ingat lagi masa darjah 3. mana tak ingat, kesan ada lagi sekarang. haha. masa tu aku sekolah kebangsaan petang. pagi aku sekolah agama KAFA. mak aku selalu marah kalau waktu rehat je aku g main beskal. aku dahla petang tu ada exam. macam biasa, aku ni memang sumbat batu dalam telinga. masa rehat aku gigih ajak lagi 3 orang kawan aku. aku, ayi, ubu ngan shafina. nak buat aksi la konon. try stail baru. naik beskal sebuah 4 orang turun bukit. beskal ayi yang kitorang guna. ayi duk depan sekali. kira pemandu la.pastu aku kongsi kusyen tu ngan ayi. ubu ngan shafina belakang. eksaited kemain. turun bukit. laju la ni. sekali tak boleh kontrol. dum ! fuhhhh ~kitorang terbabas. ke klinik la jawabnya. petang tu tak boleh exam. ayi paling teruk la. siap ada jahit. aku ni berparut kat lengan belah kiri, lutut belah kiri. haha. ye, aku memang macam jantan sikit. haha. budak laki pon tak macam kitorang, diorang main kat playground, main guli dalam longkang ngan main getah je waktu rehat. hahahaha !
masa sekolah rendah je la nakal yang amat. bila masuk sekolah menengah tu dah kurang sikit. makin besar makin kurang kenangan lucu. memang kalau ingat balik yang eksiden beskal tu boleh bantai gelak aku. tu la, degil sangat. haha
15/09/2014
Cabaran 30 Hari : Day 10 - Apa ada dalam handbag anda?
kita teruskan dengan cabaran hari ke- 10. tapi korang jangan lupa undi aku lak. tekan sini ----> AFUNDI
aku ada banyak beg. bukan menunjuk tau. bercerita. ada beg travel. ada handbag ke pasar, ke pasaraya, ke jalan tar, ke kenduri, beraya, dan lain-lain lagi. tapi tak de lah sampai 10 buah beg. haha. ada 1 beg yang guna untuk macam-macam function. camtu lah.
tapi ada satu handbag yang paling aku sayang. handbag tu aku biasa pakai buat pergi kenduri kendara la. handbag hantaran kawen. hee. brand Sophie Paris. besar. senang muat semua. haha
ni handbag kesayangan.
ada apa dalam handbag aku? biasalah. pompuan kan. penuhla handbag. handbag yang besar pon masih rasa kecik lagi. bhahahaha !
Purse
ni satu set dengan handbag. hantaran kawen jugak. wajib ada la kan. sebab dalam tu ada segala mak nenek kad yang penting untuk kecemasan. haha. duit memang tak banyak. sebab aku tak boleh pegang duit banyak-banyak. nanti lajuuuu je habis. :p
Tab Asus Fonepad 7.0 & Sony Xperio Miro
yang ni kenaaa ada jugak. Tab tu untuk bisnes dan online. selain itu jugak untuk mengesan di mana hubby aku berada. haha ! dan jugak memudahkan dia tau location aku. terima kasih google Plus ! Henpon tu aku guna untuk SMS & call je. kalau nak online kena ada wifi la.
Compact Powder Silky Girl & Bedak Johnson Baby
tolong jangan hentam pasal bedak johnson tu. aku beli masa belum start boikot lagi. takkan nak dibuang.membazir la kan. huhu. bedak ni kena ada. biasa aku pakai bila aku kuar sampai malam. bila malam lepas solat maghrib kat surau memana, aku suka pakai bedak serbuk je. selesa. compact powder untuk berjalan siang. touch up sikit ke. haha
Cermin Mata
Aku ada 2 spek. satu yang spare, satu yang pakai 24 jam. hubby suruh buat gini. sebab selalu sangat cermin spek tercabut, kalau patah tetibe ke apa, tak de la menggelabah sebab ada lagi satu. haha. cenggini la life orang rabun T__T
Power Bank
oh man, benda alah ni dah jadi kepentingan. buatnya tengah berjalan tetiba bateri takde? masakkkk ! haha. elok-elok tengah syok pakai GPS tibe-tibe fon blackout. sesat le jawabnya kalau tempat yang tak biasa. haha
Lip Ice & Lipstick
Aku tak suka pakai Lipstick yang pekat tuh. rimas. melekit. jadi aku lebih suka pakai yang terlajakkk laris tu. lipstick dherbs. bibir pon tak kering. biasa nak g majlis la aku pakai. atau dating ngan suami. haha. Lip Ice yang dua-dua tu aku pakai bile aku nak dan mana yang aku suka dan selesa waktu tu. haha. gile betolll !
haaa. tu je la yang ada dalam beg aku. oh ye, ada lagi satu. tisu. yang ni biasa aku capai tisu dalam kereta je 2 3 helai sumbat dalam handbag. haha.
Subscribe to:
Posts (Atom)