Pages

20/04/2017

. PART 1 - Sufi's BYPASS SURGERY

.Assalamualaikum.

dah lama tak menconteng kat sini. kekangan masa yang tak mengizinkan. tambah-tambah sufi dah makin melasak. tapi kali ni aku gagahkan diri nak juga up entri ni sebagai kenangan. supaya bila sufi besar nanti, dia baca dan aku nak dia tahu, dia sangat kuat berjuang di sepanjang nafas dia.

alhamdulillah, sufi dah umur 1 tahun 7 bulan. dah besar. tapi belum boleh berjalan lagi. masih meniti. tapi gigi dah nak penuh. haha. kejenya gigit mama dia la. sufi makin aktif dan makin sihat. dan alhamdulillah sekali lagi, sufi selamat menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang pada 22 MAC 2017. ye, baru sebulan. baru sangat lagi. masih terbayang lagi semua memori tu. 

entri kali ni akan panjang. aku bagitau awal-awal ni. aku akan cerita dari mula. dari start doktor bagi tarikh operate tu.


*************************************

sufi ni dilahirkan pramatang. 32 minggu 4 hari. sejak dari lahir lagi memang doktor dah detect ada lubang kat jantung dia dengan saiz 9mm. agak besar. tapi masa tu tak on ubat sebab kebiasaannya lubang tu akan tutup sendiri. lubang jantung sufi ni jenis ASD. atau nama panjang dia atrial septal defect. korang google la kalau nak tahu lebih. heee. dan masa discaj dari NICU, 23 oct 2015, saiz tu mengecik ke 7mm. jadi untuk cardio sufi di refer ke Hospital Serdang. TCA 10 feb 2016, saiz masih kecik, jadi 6mm. sehingga sufi admit pertengahan bulan puasa 2016 dan discaj 3 hari sebelum habis syawal. ye, sufi beraya kat HTAR.

Next TCA cardio kat serdang bulan 11 2016. tengok size lubang tu membesar jadi 13mm. mase ni sufi dah on 2 jenis ubat jantung sebab jantung sebelah kanan dia dah start bengkak.

kemudian next TCA cardio 23/1/2017. tarikh ni. sampai bila-bila aku akan ingat. tarikh ni saiz lubang pada jantung sufi 21.6mm. sangat besar. dah macam takda dinding langsung. jantung kita kan ada 4 bilik. 2 atas, 2 bawah. tapi sufi ni 2 bilik atas dia tu dah macam 1 bilik. dinding tengah-tengah tu macam tak de. betapa besarnya lubang pada jantung sufi. tapi sufi sangat aktif. sampai terpaksa bagi ubat tido. kalau tak, memang tak dapat scan la nak tengok lubang tu. T__T

Doktor yang buat echo tu, Dr. Norliza. dia terus bagi tarikh operate. masa tu gelap rasa dunia. aku pernah masuk bilik bedah. czer. bius separuh je. memang menakutkan. last habis czer nafas aku tak tentu arah sampai kena intubated sekejap. jadi masa dr.norliza explain tu aku dah dengar tak dengar. rasa down sangat. takut semua ada la. masa tu rasa macam, aku ni tak pandai jaga anak ke sampai terpaksa operate. makan memang semua tak lalu hari tu. satu hari aku murung. mulanya doktor bagi tarikh 16 Mac 2017. tapi terpaksa postpone ke 22 MAC 2017. doktor cakap terpaksa operate cepat. sebab kalau dah terlambat memang tak boleh buat apa.

aku pujuk diri aku. aku redha andai itu bahagian sufi yang perlu aku, pojie & sufi lalui. tapi tu bukan alasan aku nak give up. aku usaha dengan perubatan Islam dulu. aku usaha mana mampu. doa pada Allah semoga ada keajaiban walau mustahil. aku kuatkan hati aku nak lalui hari-hari tu. hampir setiap malam aku nangis. sebab besar risiko bypass surgery ni.

hari berganti hari. sampaila 20 Mac 2017. sufi kena admit kat Hospital Serdang. masa ni aku dah redha, aku tawakkal. aku cuma nak sufi sihat. tu je. 21 hb malam, mandikan sufi dengan sabun khas untuk operate esoknya. masa tu dah start sebak. tapi aku tahankan je dulu. sebelum sufi tidur, aku bagi dia makan nasi goreng banyak-banyak dulu. dah tak de pantang makan dah masa tu untuk sufi. yang aku tahu aku nak dia kenyang. pukul 2 pagi dah start kena puasa. dan masih boleh breastfeed sampai pukul 4 pagi. alhamdulillah. Allah mudahkan. tak sikit pon sufi merengek. lena dia tido malam tu. pukul 7 pagi dah kejutkan dia. kena mandikan dengan sabun khas tu lagi. sufi sesi 1, jam 8 pagi. masa ni dia merengek sikit nak susu. tapi aku kuatkan diri. 


malam sebelum check in hospital. kemain dia 'mengemas'


hari pertama admit. lena kemain. baju hospital pakai sekali je sebab beso sangat. haha


santai di hari ke-2


ECG


syok duk main



8 pagi, sufi ditolak ke OT. sufi tak nak baring. jadi aku dukung dan duduk atas katil khas yang tolak ke OT tu. sampai depan pintu dewan bedah tu, aku pakai baju khas untuk masuk bilik bedah. masa ni aku dukung je sufi berjalan dari pintu dewan tu ke bilik bedah sambil nurse bilik bedah teman. setiap langkah tu aku paksa. kena kuat. dan masuk la ke bilik bedah. tergamam aku masa tu. banyak sangat mesin. aku berpeluang tengok mesin bypass tu sendiri. ye, mesin tu yang akan ganti fungsi jantung sufi sepanjang operation tu. jantung sufi akan dihentikan seketika sepanjang pembedahan. masa masuk dalam bilik bedah tu semua nurse kerumun sufi. duk main dengan sufi. sufi behave sangat. dia faham. dia taknak mama dia risau. 

dalam 10 minit masuk macam tu, lepas sambung semua kabel kat badan sufi, sufi dibius. bila sufi dah tak sedar, aku baringkan sufi atas katil bilik bedah tu. masa tu dah sebak. aku tak sanggup nak tunggu sampai doktor masukkan oksigen kat dia. aku peluk sufi, aku cium dia banyak-banyak. aku bisikkan kat telinga sufi, aku sayang sufi lebih dari nyawa aku. masa tu mata aku memang dah berair. lepas tu aku terus keluar. aku dah tak toleh belakang. sebab aku tau hati aku tak kuat masa tu. nurse temankan aku keluar. aku tak nangis. betul. aku cuma sebak. nurse peluk aku supaya aku kuat. keluar je dari dewan bedah, aku terus ajak adik aku g duduk kat surau. nasib baik adik aku ada masa tu. dia apply cuti 3 hari nak teman aku. 

sementara tunggu sufi siap bedah, aku, pojie & adik aku duk kat surau. tapi sebelum tu aku pegi cafe aku makan dulu. aku kena makan. kalau tak macam mana aku nak buat stok susu untuk sufi nanti. tu cara aku pujuk diri aku untuk ada selera. aku duk kat surau, solat hajat, baca yassin. sambil bergenang air mata jugak.sampai waktu zohor. lepas solat zohor, adik aku ajak turun g kat OT nak tanya dah siap belum bedahnya. aku tak nak masa tu. sebab takut. lagipon nurse ada cakap nanti dah masuk PCICU diorang call. tapi adik aku ajak jugak. last2 kitorang turun la ke OT. adik aku mintak guard check kan.

Alhamdulillah, dah selesai semua. 4 jam setengah je sufi operate. masa tu sufi dah ditolak ke PCICU. tengah setting katil. dah confirmkan, aku pergi surau balik. rehat sementara tunggu PCICU call. dalam 15 minit duduk kat surau, diorang call. aku ngan pojie pegi tengok. sedih sangat tengok sufi masa tu. penuh wayar sana sini. dengan drain lagi. intubated lagi. tapi aku takde gambar masa intubated & drain yang lepas operate ni. huhu. dan aku hanya boleh melawat sufi pada waktu melawat sahaja. 12.30 tgh - 2 ptg, 4.30 - 6.30 ptg. sedih woiiiiii !

sampai saat tu pon aku tak nangis lagi. aku masih mampu tersenyum & gelak. walau dalam hati, Allah je tahu gundah tu. tapi sedikit lega la bila tengok sufi tak da pape komplikas masa operate. cuma ada bleeding sikit je la sebab tekanan paru-paru dia tinggi. tapi tak de ape pon. normal je jadi benda camtu waktu operate. lepas waktu melawat petang tu, aku balik meru,klang. basuh-basuh baju yang dah 3 hari tak basuh. masa tu ok la lagi. sampai la waktu nak tidur. haaa. masa ni la jiwa dah rapuh. teruk aku nangis weh. sembab mata. habis aku lepas malam tu. first time tidur tanpa sufi lepas dari dia discaj dari NICU dulu. sunyi je rumah. tengok mainan2 sufi lagi la. meraung aku. malam tu aku tidur peluk bantal sufi sampai la terlena. tak tau pukul berapa aku lelap masa tu. sedar-sedar dah subuh. huhu.

ok, bersambung dalam part seterusnya ye. ingat nak cerita habis. tapi bila fikir balik baik bahagi by part. sebab 3 minggu woi sufi kat hospital. banyak la cerita. haha. doakan sufi sentiasa sihat ye :)




2 comments:

  1. Semoga sufi terus sihat. Selalu baca perkembangan di fb tapi kurang pengetahun sikit pasal tarikh ape semua...

    Tunggu next episod.

    ReplyDelete
  2. Allah.. berat sungguh dugaan sis.. Sha doakan semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Sufi.. Aamiin.. Ketabahan dan kecakalan buat sis dan keluarga dalam melalui ujian Allah..

    ReplyDelete