Pages

25/12/2011

. Untuk kamu yang bergelar PELAJAR



uish, tajuk ! tak de kaitan ngan politik semasa ok? blog ini bebas dari isu politik ! haha

entri lepas aku kongsi tips untuk mereka yang bercinta jarak jauh. kali ni aku nak kongsi tips dalam belajar lak. aku ni bukanlah pelajar cemerlang. tak same sekali ok? cume, nak kongsi ngan korang, kehidupan sebagai pelajar. susah senang nak dapat ape yang aku ade sekarang. susah senang nak bergelar mahasiswa UTM Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

seperti yang kita maklum, hari khamis lepas (22/12/11) calon2 PMR 2011 dah dapat keputusan PMR diorang kan? mungkin ade antara mereka yang dapat keputusan cemerlang. dan ade jugak yang kurang cemerlang. aku pasti dan teramat pasti. yang dapat keputusan kurang cemerlang tuh, mesti ngah sedih lagi kan? aku pernah rase ape yang korang rase 7 tahun dulu :)

so, mungkin tips yang aku kan bagi ni dapat bantu korang naikkan semangat korang. bukan korang je, tapi mereka yang bergelar PELAJAR :)


JANGAN MUDAH PUTUS ASA

yang ni tonggak utama sesuatu kejayaan. "  ORANG YANG SENTIASA BERJAYA ADALAH ORANG YANG BERNASIB BAIK, TETAPI, ORANG YANG BANGUN SELEPAS MEREKA JATUH/GAGAL ADALAH MEREKA YANG CEMERLAN ".  korang tak berjaya dalam PMR tak semestinya korang kan terus gagal. tak ! aku dulu dapat 6A 2B je. tapi, aku tak putus asa, PMR is NOTHING for me. just a publicity. just a proud. but, SPM is your future. tu yang tentukan hala tuju korang.


LET BYGONE BE BYGONE


yang dah lepas tu biarkan lepas. jangan duk fikir sangat sal result tuh. kalau korang duk menangis meratap meraung sampai nak bunuh diri pon, result tu tetap tak leh berubah gak. tak perlu duk bawah pokok then termenung " nyesalnye aku tak study rajin2 dulu". tak payah ! buang mase korang je. ape yang korang perlu buat sekarang adalah tetapkan target korang untuk mase depan korang. jadikan kegagalan tu pembakar semangat korang untuk berjaya.


SENARAIKAN TARGET & IMPIAN

yang ni perlu ade. kalau tak, korang tak nampak ape yang korang nak. tak payahla korang nak buat jadual belajar bagai tuh. konpem tak ikutnye. betol tak? haha. ala. tak perlu tulis besar2 impian tu. tak perlu lah nak tampal kat dinding bilik besar2. mcam aku, aku tulis dalam buku kecik (notepad) aku ape yang aku nak. target aku. contoh " nak grad on time, nak dapat keje sebelum grad". heee ~


RAJIN MENCARI MAKLUMAT

aha~ bukan cari maklumat nak buat esaimen ke ape. tak. maksud aku,..camni. contohnye la kan bagi mereka yang dah Form 5. korang kan dah nak SPM. so, rajin2 kan diri cari maklumat, halatuju korang pas SPM. ouch, bukan yang nak amik SPM aje. yang baru pas PMR pon. yela. kena la cari maklumat. nak aliran mane. sians ke. sastera ke. akaun ke. rekacipta ke. & cari maklumat tu, jangan cari kot internet jeh. tanye cikgu-cikgu korang, senior2 korang. kumpul sebanyak mungkin maklumat yang ade. maklumat-maklumat ni dapat bantu korang. supaya korang tak rase membuang mase satu hari nanti :)


RESTU, DOA & TAWAKKAL


pas dah usaha bagai, mohonlah restu dari orang tua korang, cikgu2 & kawan-kawan. restu diorang sangat penting untuk memudahkan korang belajar dengan tenang :) jangan lupe doa pada yang SATU. ALLAH S.W.T.. dan akhir sekali, tawakkal..redha je... :)


JANGAN MENGALAH SEBELUM BERJUANG !





No comments:

Post a Comment