Pages

14/12/2011

. Untuk bakal suami & bakal ayah anak-anakku...


Assalamualaikum w.b.t...

tika dan saat aku menulis surat ini, aku terkenangkan seseorang yang sentiasa cuba untuk buat aku tersenyum. seseorang yang membuatkan aku berfikir masa depan aku. seseorang yang mematangkan setiap kelakuan aku. seseorang yang sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik dalam hidup aku. seseorang yang tidak jemu berkata " B nak qaseh jadi suri hidup B selamanya, isteri yang solehah, & ibu kepada anak-anak B". dan dia juga insan yang membuat hati aku terdetik untuk menulis setiap bait kata ini....




untuk bakal suamiku....

aku masih setia menantimu.. menunggu kamu datang menjemputku melengkapkan tulang rusukmu yang hilang itu. melengkapi hidup aku sebagai seorang wanita. membimbing aku ke jalan takwa. membentuk aku menjadi muslimah sejati. bakal suamiku.. bukan kemewahan yang aku pinta, bukan kecantikan menjadi kehendakku. pintaku, doa yang tulus darimu. doa yang tak putus kepada Allah. doa untuk melindungi diri ini. melindungi dirimu. dari bisikan syaitan durjana. bakal suamiku.. andai takdir aku adalah isterimu, pimpinlah aku ke jalan yang diredhai Allah. tegurlah di kala aku buntu mencari cahaya kebenaran. jadilah air dikala api menyala dalam diri ini. dan jadilah matahari dikala diri ini kegelapan. bakal suamiku.. letakkanlah cinta Allah mlebihi cintamu kepadaku. bawalah aku bersamamu mengejar syurga yang kekal. aku ingin sekali mencium bau syurga. menjadi penghuni bersama bidadari syurga. dan bermain di taman syurga...


untuk bakal ayah anak-anakku...
doa anak yang soleh & solehah itu dapat mnyelamatkan kedua orang tua mereka dari seksa kubur. anak- anak yang soleh dapat memberi kesenangan kepada kedua orang tua mereka di dunia & akhirat sana. bakal ayah anak-anakku. jadilah seorang ayah yang penuh rasa kasih dan sayang.bantulah anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh & solehah. besarkanlah mereka dengan suasana muslim & muslimah sejati. berikanlah mereka didikan agama yang sempurna. bakal ayah anak-anakku.. bertegaslah di sebalik kelembutanmu itu. aku ingin mereka menjadi anak-anak yang baik. ajarlah mereka untuk tidak lupa berdoa akan kesejahteraan orang tua mereka.marahlah mereka dengan doa-doa indahmu itu. temanilah hidup mereka dengan kata-kata pujangga zikrullah yang indah. bakal ayah anak-anakku.. kemudilah anak-anak kapalmu ini ke destinasi yang penuh dengan keindahan..ke destinasi yang menjadi idaman umat manusia.. ke syurga jannah....


untuk bakal suami & bakal ayah anak-anakku.....
terima kasih kerana sudi menjadi imamku & anak-anakku.. terima kasih kerana menerima kami...


ikhlas,
-qasehYana-


 

1 comment: