Pages

02/12/2011

. Happy Anniversary, sayang :)



sekarang dah 2 December.

maknanye, genap setahun kitorang declare sebagai pasangan kekasih.
HAPPY ANNIVERSARY, cinta !

sungguh aku tak sangka. hubungan kitorang mampu bertahan sampai hari ni. sepanjang setahun kitorang kapel, banyak sangat dugaan yang kitorang terpaksa hadapi. gaduh tu perkara biasa. asal ade yang mengalah, yang keruh pon boleh jadi jernih.

kejujuran sangat penting. tambah-tambah kitorang ni berjauhan. kena salin percaya. Alhamdulillah. kami yakin dengan cinta kami. doa tak pernah putus. pada Allah kami memohon hubungan ni kekal sehingga ikatan sah. pada Allah kami memohon agar dikuatkan hati kami ketika menghadapi dugaan yang berliku.

b,
1 je yang qaseh harap dalam hubungan kite ni.
qaseh nak b jage hubungan kite seperti mane b jage hubungan b dengan Allah.
lindungi qaseh dengan doa-doa b.
bahagiakan qaseh dengan bimbingan b.
dan cintailah qaseh selepas cinta yang wajib.



ya Allah, aku bersyukur kerana ditemukan dengan insan yang tulus menyayangi aku, menerima aku seadanya. insan yang banyak membantu aku menbentuk personaliti aku. insan yang sentiasa susah senang dengan aku. Alhamdulillah. ya Allah, pada-Mu aku berserah...



1 comment: