Pages

03/01/2012

. JANGAN BUKA AIB ORANG !

Assalamualaikum, readers !

entri ni khas untuk peringatan diri sendiri dan semua pembaca. :)





saban hari, penuh aku tengok kat internet & semua media sal perkara yang mengaibkan orang. fitnah. yang terbaru kes Amalina Che Bakri. bile ditanye, mereka jawab, sebagai pengajaran. tapi, sedar tak korang yang benda ni dah buka aib orang? tak perlu lah nak sebarkan link FB amalina tuh. kite ni, doa je la moga die balik ke pangkal jalan. ni duk kutuk die. buat ape? tambah dosa kering aje.

begitu juga isu politik sekarang. bukan saya nak masuk campur hal politik. tetapi secara sopannye saya nak menegur kepada mereka-mereka yang terlibat, tak kiralah pihak mane pon, even kite tak suke pon orang tu, tak perlu lah kita sampai nak aibkan orang tuh. letak gambar bogel bagai tuh. mengungkit kisah silam die walhal die dah berubah. sungguh tak elok di situ ye. mungkin ade yang anda cerita tu betul si polan tu pernah berbuat camtu. tapi, biarkan. tu urusan die dengan Allah. tak perlu kamu sebarkan aib si polan tuh. kalau nak menegur si polan tuh, tegurlah dengan cara berhemah. bukan dengan memaki die.

dan begitu juga masyarakat sekeliling. jangan kerana die pernah berbuat salah pada kamu, kamu terus-terusan menghukum die dengan membuka aib die. setiap manusia pasti akan buat salah. tak ade yang sempurna. tapi, jahilnya manusia itu, apabila die sedar akan kesalahan itu, tapi masih melakukan kesalahan itu.

beringatlah. jangan kite bukak aib orang. kelak aib kite jugak yang terbukak. mungkin tidak mase kita hidup. bagaimana jika Allah membalas dengan aibnye semasa kite dikapankan? dikebumikan? bukankah itu lagi memalukan? berpada-padalah dalam setiap kelakuan kamu. membuka aib orang bukan sahaja memburukkan orang tu, tapi, membuatkan orang pandang serong pada kamu yang membuka aib orang lain.

wallahuallam...




6 comments:

  1. sft mnusia,,,mmg suka cari kesalahan orang lain...

    ReplyDelete
  2. lumrah manusia kan . salah sendiri tak nampak .

    ReplyDelete
  3. manusia nih kadangkala hanya melihat keburuka orang sahaja...tapi x sedar keburukkan diri sendiri...dah jadi tabiat dieorng...erm...sedey masyarakat kini jadi mcm tu..kn?? dear...i've followed urs...do follow me back ea...(farhanasyafawati.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. thanks kat semua yg bg pendapat :)

    ReplyDelete
  5. betul tuh ! jangan hanya dengan satu kesalahan ! kita terus terusan nak bukak aib orang....nanti apa yang akan buat, kita yang akan dapat balasannya nanti

    ReplyDelete