Pages

16/02/2012

. Santapan Hati







saat aku menitipkan setiap bait dalam entri ni, airmata aku tak berhenti mengalir. Subhanallah! hebat betul dugaan Allah untuk aku kali ni. seribu penyesalan pun tak guna. takkan kembalikan ape yang hilang tu. kali ni aku betul-betul jatuh. hinggakan aku tak mampu untuk bangun. tak mampu untuk bersuara. dunia seakan gelap. aku hampir hilang arah.

benar kata orang. dugaan mematangkan kita. dugaan itu tanda Allah menyayangi kita. dugaan itu tanda aku masih layak bergelar hamba Allah. masih layak menjadi Islam. masih layak mencium bau syurga. Allah takkan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tak mampu nak hadapi dugaan itu. dugaan itu penghapus dosa. membuka mata hati aku menilai segala kejahilan aku selama ni.

aku bersyukur. Alhamdulillah. saat aku terkapai-kapai mencari sisa-sisa kekuatan yang hilang, Allah hadirkan insan-insan yang menghulurkan kekuatan untuk aku terus bangun. yang sudi menemani aku melalui liku-liku yang penuh ranjau. yang sentiasa memahami aku. untuk wani & dal, terima kasih sebab sudi datang bilik aku lewat malam semata-mata untuk menjadi tongkat untuk aku berdiri. memberi ayat penenang untuk hati ni. untuk yang tersayang, maafkan qaseh kerana lukakan hati b semalam. terima kasih sebab sentiasa di sisi qaseh tatkala qaseh perlukan b. terima kasih untuk menjadi pendengar yang setia. 

untuk abah, along sayang abah sangat-sangat. terima kasih sebab sudi dengar luahan along. terima kasih sudi pujuk along waktu along call smabil nanges-nanges. terima kasih sebab bagi kata-kata semangat sewaktu along hilang arah dan hampir putus asa. along janji, along kan tebus kesalahan along. along sayang abah..

aku mohon pada kalian semua doakan aku kuat mengharungi dugaan yang hebat ini. doakan aku tabah dah tak putus asa.

wassalam...

2 comments:

  1. Mudah-mudahan demikianlah bantuan dan hasil dari tulus ikhlas dan keredhaan menerima dan mengharungi dugaan dan ujian Nya..

    ReplyDelete