Pages

08/10/2014

Dah Dapat Photobook !

.Assalamualaikum.
Hari tu aku ada cakap pasal aku buat photobook sendiri kat PIXAJOY kan? yang entri ni Buat Photobook sendiri. Jumaat hari tu aku dah dapat. hee. tapi baru hari ni cerita sebab balik kampung. malas nak update lagi. tak de la kecik sangat sebenarnya. tapi best belek. sebab macam buku cerita. nasib baik tak lunyai je photobook tu. service diorang memang terbaik. aku tak risau langsung sebab diorang selalu update status photobook kita. kalau tengah print, dioeang tulis printing. pastu siap estimated date bila sampai kat kita gitu. memang terbaik !

ni kotaknya. memang tak rosak photobook tu. kotak pon comel je



ni cover depan photobook aku. gelap sebab pencahayaan masa aku snap tadi ye. quality gambar diorang print memang terbaik. aku pilih ala retro. jadi gambar nampak gelap tapi klasik ! kena tengok depan mata baru nampak cantik. ini aku guna kamera enpon cikai. hoho



ni cover belakang. boleh je nak letak ape pon. tapi aku suka simple. background lawa-lawa banyak, tapi blank jugak yang aku pilih untuk photobook ni. yang malas, pre-theme pon ada. download pastu guna je.




ni salah satu page dalam photobook aku buat. gambar photoshoot kitorang bulan 3 hari tu haa. 


so, korang yang berminat boleh sign up Pixajoy. diorang selalu ada promosi. bukan photobook je. banyak lagi benda lain. poster, notebook sendiri. semua benda best-best. aku nak buat lagi pasni. hehe. klik banner kat bawah untuk terus ke website pixajoy.







2 comments:

  1. Sy dah buat dua photobook dgn Pixajoy. Mmg best...yg penting kena tggu promosi. Sangat jimat. Pixajoy terbaik. Servis pn cepat.

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Best pulak rasa tengok photobook akak :)

    ReplyDelete