Pages

01/11/2014

.Short Vacation Part 2

.Assalamualaikum.


hari ni kita sambung bahagian kedua pula. hamboi. macam drama bersiri lak. haha. sape yang tak baca lagi Part 1, klik sini Short Vacation Part 1 . untuk bahagian 2 , kite cerita puan yana jenjalan pada 26 oct ye. kikiki. hari ahad tu aku bangun lambat. tak senonoh betul tidur rumah orang tapi bangun lambat. nak buat camna, pagi tu aku dah bangun tapi satu badan aku lenguh + sakit tak leh bergerak langsung. hubby tolong urutkan last-last aku tertidur. 8.30 pagi gitu baru aku bangun gosok gigi basuh muka breakfast. awal lagi meh nak mandi. haha, kenduri tengahari. mandi awal-awal nanti kena mandi lagi. lepas makan lepak-lepak dulu gosok baju dalam 11.30 pagi baru keluar rumah.

tapi tak terus pergi kenduri. pergi cari coconut shake dulu. bukan kat klebang la. memang tak la nak masuk klebang waktu tu. jammed wehhhh. apa tah nama tempat aku beli tu. sedap jugak. tapi aku tak suka coconut shake letak vanilla. huhu. aku suka yang blend asli. lepas tu pergi kedai RM10. aku tak pasti kat KL ada ke tak. kat Terengganu ada. haha. seronok aku beli 3 helai baju. semua yang dalam kedai tu RM10. lepas tu baru gerak pergi kenduri. macam biasala kalau pergi kenduri buat apa kan. jadi meh layan gambo dua keping.






Tahniah naim & nadia. selamat bercinta sampai syurga :). lepas tu masing-masing gerak ikut haluan masing-masing. Ajak & family balik KL. aku ngan laki aku pergi PD. haha. sebab malam tu aku merajuk pastu tetiba dia janji nak bawak aku g PD kan. beranila nak mungkir janji :p . haha. sampai je kat PD tak terus pergi pantai teluk kemang. sebab panasss. jadi dia bawak aku pergi Muzium Tentera Darat. aku baru tau rupanya PD ni Bandar Tentera Darat. masuk PD dah macam masuk kem askar. haha. setakat tengok askar berkawad macam tengok kereta lalu lalang. ceh. haha.

meh layan gambar-gambar kitorang kat muzium tu. tapi tak habis round. perut aku tak sedappp. nak membuang aku ni cerewet. tandas kotor sikit tak yah paksa memang tak tercapai hajat tu. haha. dengan panasnye. pastu tempat tu lak luas. memang penat. fikir masa tu nak balik nak mandi je. haha






















































dah penat jenjalan dalam muzium, baru gerak pergi pantai. panas lagi. tapi kurang sikit dari awal kitorang sampai tadi tu. mak aih. manusia macam semut. ramai gila orang. nak parking pon payah. nasib baikla ada ruang. So, aku ngan hubby pergi cari air kelapa. lega wehhhh. haha. pas minum jenjalan di pesisir pantai pegang tangan feeling kekasih nan romantik. ecewah. poyo sangat. haha. 




pas jalan-jalan tepi pantai kitorang pon balik puchong. tak sampai sejam pon sebenarnya dari rumah kitorang. tapi kan masa tu jugak ada grand prix tak silap aku kat litar sepang. jadi jalan yang biasa lalu tu jammed tak bergerak. kalau tunggu mau 2 pagi baru sampai rumah. kitorang pusing masuk bandar enstek. haha. maghrib sampai.

minggu ni weekend aku kat rumah je. tak jenjalan kemana-mana sebab laki aku kat kemaman kena kerja. huwaaaa T____T






No comments:

Post a Comment