Tahniah naim & nadia. selamat bercinta sampai syurga :). lepas tu masing-masing gerak ikut haluan masing-masing. Ajak & family balik KL. aku ngan laki aku pergi PD. haha. sebab malam tu aku merajuk pastu tetiba dia janji nak bawak aku g PD kan. beranila nak mungkir janji :p . haha. sampai je kat PD tak terus pergi pantai teluk kemang. sebab panasss. jadi dia bawak aku pergi Muzium Tentera Darat. aku baru tau rupanya PD ni Bandar Tentera Darat. masuk PD dah macam masuk kem askar. haha. setakat tengok askar berkawad macam tengok kereta lalu lalang. ceh. haha.
meh layan gambar-gambar kitorang kat muzium tu. tapi tak habis round. perut aku tak sedappp. nak membuang aku ni cerewet. tandas kotor sikit tak yah paksa memang tak tercapai hajat tu. haha. dengan panasnye. pastu tempat tu lak luas. memang penat. fikir masa tu nak balik nak mandi je. haha
dah penat jenjalan dalam muzium, baru gerak pergi pantai. panas lagi. tapi kurang sikit dari awal kitorang sampai tadi tu. mak aih. manusia macam semut. ramai gila orang. nak parking pon payah. nasib baikla ada ruang. So, aku ngan hubby pergi cari air kelapa. lega wehhhh. haha. pas minum jenjalan di pesisir pantai pegang tangan feeling kekasih nan romantik. ecewah. poyo sangat. haha.
pas jalan-jalan tepi pantai kitorang pon balik puchong. tak sampai sejam pon sebenarnya dari rumah kitorang. tapi kan masa tu jugak ada grand prix tak silap aku kat litar sepang. jadi jalan yang biasa lalu tu jammed tak bergerak. kalau tunggu mau 2 pagi baru sampai rumah. kitorang pusing masuk bandar enstek. haha. maghrib sampai.
minggu ni weekend aku kat rumah je. tak jenjalan kemana-mana sebab laki aku kat kemaman kena kerja. huwaaaa T____T
No comments:
Post a Comment