Pages

11/09/2015

. Diari Seorang Mama Part 2 ( first leaking )

Konon nak update second part hari tu. Tapi ada dugaan yang Allah bagi yang mencuri masa dan keadaan aku nak coretkan semua tu. Dugaan apa nanti aku cerita kat Part 3 la. Tapi yang friend kat FB aku memang tau la.

Ni aku update via android. Tak biasa pula. Sob sob.

Sambung cerita. Last entry aku ada cakap aku diduga dengan ujian yang buat aku terduduk. Tapi ujian yang aku tengah hadapi sekarang lagiiiii buat aku terduduk. Bukan aku je. Tapi kesan dia pada orang sekeliling aku jugak. Nanti aku cerita next part okeh.

Masa 14 weeks. Ye, kejadian ni masa kandungan aku 3 bulan. Sangat awal. Kecik je lagi haaa anak aku nih. Masa tu hari JUMAAT 8/5/2015. dalam kul 11.30 lebih macam tu. Aku kat rumah sorang-sorang.husband keje la. Aku bangun nak pergi toilet.

Tiba-tiba...

Srushhhhh... menderu air keluar. Aku dah cuak. Takkan aku kencing kot? Tak masuk akal. Kalo tak tahan sekalipon paling tidak setitik je keluar. Ni tetibe keluar habis lantai. Aku tengok dan hidu bau air tu. Lain macam. Naluri aku terus zass fikir. AIR KETUBAN ! Tapi aku kawal emosi dulu. Aku google dulu. Dari google cakap sama ada keputihan or air ketuban. Aku terus call husband.

Ok kelakar. Lelaki.normal la.haha.dia bukan tau apa.boleh cakap tunggu petang la dia habis keje. Aku ni geram jugak. Sebab risau kan. Tapi tak sampai 5 minit letak fon,dia call balik suruh siap dia balik bawak pegi klinik.sebabnya dia tanye akak ofis dia pastu akak tu cakap jangan lengah-lengah takut betul-betul air ketuban. Haaa. Tahu pon. Haha.

Tepat pukul 1 petang dia sampai rumah,bawak aku pegi klinik sofea.klinik yang biasa aku pegi tu la. Tapi dia tinggalkan aku kat klinik tu. Sebab nak g solat jumaat. Sampai je aku masuk doktor scan tengok memang air ketuban minima sangat. Terus doktor buat surat refer ke hospital putrajaya. Habis check aku tunggu poji habis solat jumaat dulu.dalam 2.45 dia sampai terus pergi hospital.sampai sana kecemasan tolak pegi wad bersalin. Doktor check kot bawah.

Fuh. Sebelum tu masa aku google memang ada baca dah pasal alat yang doktor pakai nak check kot bawah tu. Nama alat tu speculum. Aku panggil muncung itik. Haha. Senak weh perut aku. Doktor check memang air ketuban leaking. Tapi takde bukaan apa-apa. Doktor letak dalam kategori threatenes misscarriage. Masa tu agak down. Sebab baru 3 bulan. Jadi memang 50-50. Tapi aku percaya dengan kuasa Allah. Doktor boleh bagi andaian. Tapi Allah yang tentukan.

Terus aku kena admit ward 4 hari 3 malam kat pusat bersalin berisiko rendah. Korang boleh google. Nasib baik la wad tu best. Haha. Makanan pon sedap. Angah cakap wad first class. 😊. Setiap hari diorang pantau kot ada leaking lagi. Nasib baik tak de dah. Pas 4 hari dah boleh discaj. Balik tu memang bedrest je manjang. Tapi setiap 2 minggu aku kena pergi hospital untuk follow up. Dan setiap kali follow jugak le aku kena masuk muncung itik tu sampai dah tak rase ape.huwahahahha

Jadinya baby aku membesar dengan air ketuban yang tahap minima sangat. Tapi setiap hari aku usaha macam-macam bagi air ketuban tambah. Pujuk anak aku mintak dia kencing, makan tembikai,minum air banyak-banyak.huhu. macam-macam la aku buat.

Oh ye,punca aku leaking sebab aku ada kuman GBS positive. Korang boleh google. Jadi aku kena on antibiotik 10 hari. Mula-mula dia bagi yang dos 500mg kot. Memang anak aku takleh terima. Makan je muntah teruk sampai 2 kali aku kena masuk air. Pastu aku stop mintak hospital tukar.diorang bagi yang rendah sikit. Nasib baik ok.

Setiap 2 minggu aku scan,air ketuban takde perubahan. Tak bertambah. Ada satu waktu jantung baby lemah.Allah. takut aku. Tapi aku tenangkan diri. Sampaila lepas raya. 28/7. 2 minggu sebelum raya aku scan air ketuban minima lagi. Tapi..

Alhamdulillah, 28/7 tu aku scan air ketuban dah normal balik. Siap nampak jantina. Haha. Kebetulan pulak husband pon ada masa tu.senyum lebar dia.

Tapi..tu tak lama..

Ada something happened one week after...next entry aku cerita...doakan yang baik-baik untuk aku dan anak aku ye....


30/07/2015

. Diari Seorang Mama Part 1 (My Pregnancy)

.Assalamualaikum.


Hampir 4 bulan aku tak update blog ni. mood ke laut plus banyak benda jadi. huhu. Alhamdulillah, hari ni mood tetiba ada rasa nak update blog. pojie pon selalu sangat tanya bila nak update blog. padahal bukan dia baca sangat pon. masa zaman bercinta awal-awal dulu pantang aku update, dia orang first baca. hahahaha !

Alhamdulillah. sekarang aku dah 6 bulan lebih pregnant. selepas setahun lebih menunggu rezeki Allah yang satu nih. itupun sepanjang 6 bulan ni banyakkkkk sangat dugaan yang buat aku laki bini betul-betul tabah. dan dugaan tu aku boleh katakan lagi besar dari aku diuji dengan lambat dapat rezeki pregnant nih.

aku dapat tahu aku pregnant mase kandungan dalam 5 minggu lepas buat UPT test. malam tu jugak pegi klinik sofea kat rumah aku yang aku selalu pergi sejak belum pregnant lagi. doktor scan tak nampak ape.nampak dinding rahim tebal je.ye la awal lagi kot nak nampak kantung. haha. tapi ada cyst mase tuh. saiz dalam 2.8cm. doktor suruh datang lagi 2 minggu.

lepas 2 minggu aku datang balik. masa tu dah 7 minggu. scan nampak la kantung baby ngan sebiji kacang ajaib dalam tuh. hehe. tapi.... cyst aku makin besar. 4cm !! doktor cakap kalo lebih 5 cm bahaya kat baby. aku masa tu rasa macam down. tapi tahankan je. sebab tak nak suami pon down. pastu doktor bagi surat refer hospital putrajaya. balik rumah tu, mula-mula aku ok. sejam pastu mulala hujan kat mata. hahaha ! penat laki aku pujuk. menangis sampai tertidur. 

tapi esoknya aku dah ok balik. aku positifkan diri. aku anggap tu ujian untuk aku. nak dapat berlian, memang banyak liku. aku jaga pemakanan aku. tak makan ayam, soya. banyak makan brokoli. tapi.. masa tu lagi parah aku alahan teruk. makan sikit muntah. roti canai kedai mamak je aku boleh terima. sedih betul ! masak tak leh langsung baunye. sampai sekarang aku tak masak. haha. nasib laki aku pandai masak. tu pon awal2 je dia masak.pastu aku tak bagi masak sebab aku tak tahan bau. bau sabun dettol pon aku tak leh. nasib baik umah ada 2 bilik air. memang takkan share. sebab laki aku keje balik peluh2 memang kena pakai dettol. T___T

lepas sebulan, masa tu belum 3 bulan lagi la, aku jumpa pakar O & G kat hospital putarajaya untuk follow up cyst ni la. Alhamdulillah. cyst makin kecik. jadi doktor cakap tak payah risau dan tak yah datang spital dah. haha ! syukur sangat masa tu. Alhamdulillah.

tapi lepas tu ada lagi dugaan yang dahsyat... yang tu aku cerita next entri k? yang dugaan yang ni aku boleh cakap, memang betul2 buat aku laki bini jatuh terduduk & 4 hari gak aku admit ward. nantikan.. :)




 ni gambar masa raya first hari tu. kali kedua beraya sebagai laki bini tapi masih berdua lagi. dalam gambar je nampak besar perut. hakikat jumpa depan mata, tak macam pregnant 6 bulan. perut aku kecik sangat. haha ! pojie cakap anak ngan mak same je suka bergambar. pernah poji acah cakap jom amik gambar, time tu perut aku terus tegang sampai nampak perutnya. padahal sebelum tu tak nampak langsung -.-






18/03/2015

.[REVIEW] BeautyOat Cantik Luar, Cantik Dalam :)

.Assalamualaikum.


Lame nauuu aku tak update blog. haha. sibukkkkk je manjang haa. pagi ni aku nak share ngan korang satu bende yang spesel. yang aku sendiri test ah. haha. tak berkesan memang aku wat diam je. sebab ada kesan aku share. kikiki

hari tu tetiba muka aku makin teruk. kulit aku ni sensitif sangat. salah makan sikit je, naik jerawat penuh satu muka sampai laki aku tegur kenapa muka aku teruk sangat. down weh kalau laki sendiri cakap camtu. haha. kalau keluar bolehla cover pakai foundation semua. kat rumah? aku ni kalau boleh nak bogel je muka. tak suka la pakai apa-apa. kalau krim saja aku ok. ni bedak semua. haihhhh. malaihhh !

so, hari tu ada orang kasi aku try makan BeautyOat. aku pernah je makan collagen ape sebelum nih. tapi sebab sekali tu aku balik kampung lame sangat aku lupa nak bawak balik collagen tuh. bekas besar. biasala. balik rumah balik terus tak rasa nak makan dah. haha. BeautyOat ni best. sebab dalam paket. jadi aku boleh sumbat ikut kuantiti bape lama aku balik kampung or travel. jadi takdela aku skip. aku ni pesen kalo skip satu hari pon dah rasa malas dah nak start balik. hahahhaha!

dannnnnnn ni first time aku dengar COLLAGEN + OAT ! biasa collagen aje. ni tak, oat sekali. haa, elok sangatla untuk orang yang malas bersenam cam aku nih. ada gak cara nak jaga jantung nih. haha. paling best bila minum BeautyOat ni waktu pagi as Breakfast. memang bertahan sampai lunch. FYI, aku ni pesen tak suka makan oat campur air milo ke susu ke kosong ke. tak terima tekak. tapi yang ni dia rasa macam lemak-lemak. sedap. haha. aku siap ratah lagi oat yang mendap tu. sampai licin gelasss. 



ni haa BeautyOat. jap g aku gtau nak beli kat mane. jangan main beli je. beli dari sumber yang betol ok?



haaa, ko tengok gambar aku ngan dila tuh. tengok muka aku yang pakai spek tuh. haha. tak nampak kusam kan? helloooo, aku pakai krim je kat muka sbb panas terik. bedak ke apa aku tak pakai. haha. yezzaaa ! 2 minggu aku makan dan aku makan pagiiii sahaja. patut makan pagi ngan malam. tapi aku ni tak berapa rajin. cuba bayangkan kalau aku rajin? haa, glowing lagi la muka aku. yang paling best laki aku cakap cantik ! hahahhahahha ! kembangggg semangkuk hoiiiii. tone muka pon sekata. tapi jerawat kat pipi tu ada lagi la. ala, takkan nak hilang cepat kan? tambah aku ni kan minum BeautyOat pagi je. haha. tapi yang palingggg aku suka, hidung aku dah ok. alaaa, apebenda ek yang putih2 kat hidung tu? haaa whitehead ! dah TAK ADA ! haha. suke la wehhh. tu masalah palinggg ketara kat muka. jerawat tu normal la. whitehead blackhead aku tak suka. haha. !

SOOOOOOO, jomlah cuba ! tak rugiiii ponnnn. harga tak sampai seratusss ponnn. berbaloi untuk cantik luar dan dalam. korang boleh beli kat LINK bawah ni :





selamat mencubaaaaaa !! 



23/02/2015

. DWJ Hotel Pilihan Kalbu :)

.Assalamualaikum.


hari ni tetiba rajin je nak update blog kan. haha. sebab eksaited sangat ! mana tak eksaited kalau buat-buat merajuk sebab boring berjalan dalam selangor je paling jauh pon melaka pastu pojie cakap ok, kita pergi utara kali ni. aku macam wehhh, rasa macam dunia ni aku punye. haha. aku tak pernah lagi travel ke utara. kedah pernah jejak sebab hantar ambik angah masuk matrik changlun dulu. selain tu tak pernah. orang cakap makanan utara ni semua kena ngan perut. tu yang aku suka. acane la tak gemuk. haha

memandangkan sebab tak pernah lagi pergi utara jadi kena la buat survey awal-awal. paling penting hotel. kena betul-betul selesa kalau tak aku memang bising nanti pastu mood travel spoil sangat. dan aku plan tak nak drive. nak naik train. jadi kena cari hotel yang dekat ngan train la kan. gigih bukak agoda ngan suami. last-last sangkut kat DWJ Hotel. nama dia macam pelik. haha. tapi bila tengok hotel die. fuhh. aku memanggg berkenan. 

kawasan dia sangat-sangat strategik. aku macam dalam otak nk ajak backpack je. sebab betul-betul kat tengah bandar ipoh yang orang panggil segitiga emas ipoh tu. nak cucuk duit, tak payah pening2 fikir kat mana. maybank cimb semua dekat. terlampau banyak kemudahan kat sekitar hotel ni. restoran tak payah cakap. untuk orang kuat makan macam aku nih, memang sentiasa senyum lah. antara restoran yang aku nak highlight, 

  • Ipoh Hainan Chicken Rice
  • David’s Diner
  • Restoran Simpang Tiga 
  • Restoran Assam House 
  • Subway
  • Secret Recipe
  • Nasi KandarVanggey
  • Pesanjung
  • Restoran M. Salim 
  • Old Town Kopitiam
  • Dim Sum Café
  • Moven Peak
  • RestoranMacoy European 
  • Dubliners Café
  • Berlin's Bier Houz
  • Healy Mac’s Irish Bar
  • Thumb’s Café
  • Burger Camp
  • Restoran Cili Hijau
  • Restoran Anjung Seri 


nahhh. banyak tak? cukup untuk korang pening nak fikir makan kat mana pulak. haha. ok, now aku nak share ngan korang suasana dan persekitaran hotel pulak. terima kasih agoda sebab kasi gambar menarik yang mengembangkan hati seorang yana. haha



saje je amik gambar waktu ni. tau tau je yang kitorang memang ade kat hotel waktu malam je. hahahaha !



nah ! tengok. lobi je dah macam ruang tamu rumah. sementara sang suami nak tunggu puan bini yang lama sangat mekap, bolehla duk tunggu kat sini kalau boring duk bilik. tapi jangan nak usha gadis kaunter tu pulak. korek biji mata kang. haha !



this one gambar yang memangggg FAVOURITE aku ! aku tak pernah tengok hotel letak painting. banyak pulak kat laluan nak g bilik tu. aku memang minat painting ni. jiwa halusss katakan. puii ! haha. tapi nice la sambil jenjalan nak ke bilik, ada suasana romantik. baru mood dalam bilik jadi indah. ops !


hotel ni ada 22 buah bilik semuanya. dan ada beberapa jenis bilik. dari untuk yang datang sorang-sorang sampailaaa ke keluarga besaq. 



ni bilik Superior Standard. tengok kat dinding. ada wallpaper yang cantik. sesuai untuk honeymoon. kikiki.



ni deluxe suite. kalau pergi urusan keje ke kursus ke aku cadang korang pilih yang ni. beza dia ngan superior standard dia ada peti ais kecik cinonet ngan sofa.



haa ni standard room. ada katil ngan bilik ayaq je la. ni biasa kalau yang tetiba malas nak balik on that day pastu kelam kelibut nak cari hotel memang yang ni la pilih. orang kata, semata-mata nak tido haa.



ni bilik family. fuhhh, pasni kalau mak abah adik beradik aku nak g jenjalan kat ipoh aku suruh pilih hotel ni je. tak payah nak mintak tilam tambahan ke apa haa. siap ada katil double decker. ruang pon luas je untuk family besar ni. aku macam terkejut gak tengok gambar ni. macam jakun ja. wehhh, hotel ada katil double deckerrrr ! best gileee !




ni untuk rate harga bilik. breakfast, lunch ngan dinner tak de tau ! tak kisah lah sebab restoran banyak. miahaha ! harga dia bagi aku murah dan berbaloi dengan kawasan yang memang banyak facility.


ni aku screenshot dari Agoda. semua dekat. 


yang paling best, diorang ada tawaran istimewa. alaaa, aku tau korang suka kalau ada diskaun camni kan? haha. mengata diri sendiri betollll.

Tawaran Istimewa
  • 10% diskaun untuk sektor kerajaan 
  • RM10 diskaun untuk korporat
  • 10% diskaun untuk pesara dan warga emas (berumur 55 dan ke atas sahaja)
  • 10% diskaun untuk ahli
  • 15% diskaun hari lahir
  • 20% diskaun jika melebihi 10 bilik atau 10 hari


Promosi (23 Febuari- 23 Mac 2015)
  • 10% diskaun untuk pelajar


hah, cepat-cepatlah booking ye sebelum tarikh korang nak tu. aku? bile tarikhnya rahsiaaaa. haha. tunggu jela bila aku update aku kat sana. supriseeee ! :p

nak tau maps dia, korang taip je kat google DWJ Hotel, Ipoh. nanti keluar la. :)






10/02/2015

. ArtSphere Seri Kembangan

.Assalamualaikum.


fuhh, bersawang bloh. dah nak 2 bulan tak update. ampunnnn. busy sangat. hehe. rasanya blog ni dah jadi blog tempat aku cerita pasal jalan-jalan je. sebab tu je bagi aku story yang best. entri kali ni pasal jenjalan bulan 1 hari tu lagi. tapi biasalah, kalau dah duk jap lagi lah, jap lagi lah, memang tak laaa nak update. haha !

sape pernah pergi laman seni seksyen 7 shah alam? ngan yang dekat kg.cina terengganu & pulau pinang tu? p.pinang aku tak pernah pergi lagi. yang lain aku dah pergi. sape yang suka pergi tempat-tempat gitu ni aku nak share tempat baru. tapi baru sangatlah laginya. dekat ArtSphere , Seri Kembangan. haha. pegi sana just nak ambik gambar je. sebab tak de ape lagi. tengah renovation lagi haaa. 






























memang seronok sebab mak,abah ngan adik datang dari terengganu. tu yang bawak g jenjalan. nak g shopping mall memang tak syioookkk le nak lepak-lepak ngan family kan. nak g jauh-jauh takut tak sempat sebab malam tu mak ngan abah malam tu nak naik bas dah. next plan mak abah datang bawak g ladang ostrich kat PD lak. hahahha !







p/s :

siapa curi gambar, aku tak maafkan kalau tak mintak izin! hari tu ada orang curi gambar dari blog aku langsung tak mintak izin tak mintak maaf apa. aku tak halalkan ! faham?






28/12/2014

. Our First Anniversary

.Assalamualaikum.


lebih sebulan aku tak update. busy sangat. dulu tak busy duk umah goyang kaki. sekarang aku tolong kawan aku bisnes. korang boleh follow IG TUDUNGRUFFLE. sekarang diorang kat matrade join vendeurfestival. semalam aku tolong jugak jaga booth. hari ni aku tak g sebab tak sihat. demam + flu + batuk. sedih tau? huhu

sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung 2014. dan tahun 2014 berakhir dengan banyak duka. banjir teruk kat pantai timur. mak aku cakap paling teruk sepanjang dia hidup. huhu. pastu yang latest ada pesawat air asia dari surabaya ke singapore hilang. Allah, banyak sangat dugaan. harap 2015 ni ada sinar untuk kita semua. aminnnn.

minggu lepas, 21/12/2014 genap setahun usia perkahwinan kitorang. macam tak percaya dah setahun aku jadi isteri khairul fauzi saadon nih. haha. setahun ni pon rasa macam kapel je lagi. sampai kengkawan dan orang sekeliling tak percaya kitorang dah setahun kawen. haha. tak nampak macam dah kawen sebenarnya. kikiki. Alhamdulillah, walaupon belum rezeki kami lagi nak ada si kecik, Allah bagi rezeki kot lain. ape dia? haha. biarlah rahsia.. orang-orang yang rapat je nampak dan tahu. tak nak gtau sebab ada mata memerhati. 





aku tak letakkan banyak harapan dalam perkahwinan kitorang sebab aku bukan tuhan boleh tahu apa jadi masa depan. cuma aku pohon moga Allah sentiasa melindungi perkahwinan kitorang, jaga hati aku dan suami. aku nak jadi isteri dia sampai syurga. aminnn.



09/11/2014

.Trip TudungRuffle

.Assalamualaikum.


minggu yang superbusy untuk seorang yana. tapi dapat pengalaman yang seeeroooonoookkkk !! terima kasih suami sayang sebab bagi peluang kat isteri awak yang jelita ni rasa pengalaman gini. eh. haha. apa aku buat sepanjang minggu ni? jengjengjengggg

2 minggu lepas, kawan aku nones aka founder TUDUNGRUFFLE ajak aku pergi uitm segamat. dia ada talk kat sana pastu buka booth. jadi bawak aku ngan amar abang nones untuk jaga booth. tak pernah lagi aku join mane-mane igshop yang buka booth. aku sendiri pon tak pernah buka booth lagi. ni kira betol-betol peluang untuk aku belajar sikit-sikit pasal bisnes ni. plan nak gerak ahad malam dari KL. tapiiii, sebab sabtu & ahad tu nones buka booth kat stadium melawati shah alam, kitorang gerak pepagi lepas subuh. ahad malam tu aku tidur umah sewa nones. dapatla jumpa zaza & mimi! lagilaaaa hepiii. diorang ni anak buah suami aku masa kat utmkl. haha !

esok pepagi g shah alam dulu ambik amar. pastu pecut terus g uitm segamat. fuhhh. laju gile makcik ni bawak. haha. sape yang tak kenal nones mesti cakap dia sombong. tapi dah kenal, haish. keje aku gelak je la. cerita tak pernah habis selagi tak tidur. haha.

sampai je tepat jam 10.30 pagi nones terus masuk dewan. aku ngan amar setup booth. dari awal buka sampai tutup ramai sangat datang beli. student uitm segamat ni semua best-best !!






kitorang gerak balik KL dalam kul 6 petang. nones hantar aku balik rumah dulu. esoknye pepagi sebelum g kerja suami aku hantar g rumah nones. suami kena g kemaman masa tu. aku g umah nones sebab nak tolong nones setelkan postage. korang yang ada beli tudungruffle mohon bawak bersabariah yeee. tension tau dapat wasap marah-marah. order yang kitorang dapat terlampau banyak. kitorang pon kena berenti makan solat berak jugak. sabo yeeee.

aku duk umah nones 2 malam. rindu wehhhh kat shuben. tapi nak buat acane. die kerja. nasib aku busy tolong nones. kalau tak meroyan sengsorang kat umah. haha. hari khamis tu nones bawak aku pergi butik the geroboc. semalam diorang launching. seronokkkk ! dapat jumpa kak maneh yang jual boot pompuan dari Fashionrepublic KL tu. adik annaseaskey. sempat aku grab boot dalam gambar kat bawah tu. kiki. esok tengahari dia nak buat flash sale gile-gile. g follow die kat IG. nasib baik la kitorang berkejar nak g buat facial. kalau tak mau aku g shopping skirt abang kawasan kat ashannas tu. ahhaha !




lepas buat facial, malam tu nones hantar aku balik rumah. hubby kereta rosak takleh ambik. serius ni minggu yang sangat awesome bagi aku. tenkiyuuu nonessss sebab bagi aku peluang rase semua niiii. korangggg, kalau nak beli tudung ruffle, g kat ig diorang : tudungruffle . wassap 0163611612 lelaju. sekali korang beli, mesti nak beli lagi. sebab selesaaa sangatttt !!