Pages

25/03/2018

. Happy 1st Heartiversary, Sufi !

.Assalamualaikum.



Dalam tak sedar, cepat je masa berlalu kan? 22 Mac 2018 hari tu genap setahun sufi menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang (Bypass Surgery). rasa macam baru je lagi kaki ni melangkah lemah keluar dari OT lepas hantar sufi untuk bius. terbayang lagi saat sufi terkulai tak sedar kat bahu ni lepas kena bius. jelas lagi gambaran mesin-mesin dalam dewan bedah tu. 


Alhamdulillah sufi sekarang makin sihat. jantung dia pun makin sihat. sepanjang saat yang aku lalui dari sebulan sebelum sufi operate sampai sekarang, banyak soalan dari kawan -kawan, dari yang kenal aku. macam mana aku positifkan diri, macam mana aku kuatkan diri sehingga aku masih mampu tersenyum saat anak aku berjuang hidup dan mati dalam dewan bedah tu.


jujur aku cakap, tak mudah. aku sendiri tak kuat berperang dengan emosi. tipu kalau aku cakap aku tak pernah down, aku tak pernah menangis. aku manusia biasa, hati aku rapuh jugak. cuma aku lebih pilih untuk zahirkan yang indah, yang positif. saat aku rasa down, aku tetap menangis. tapi aku menangis biasa dalam bilik air, kat rumah. masa tu aku lepaskan semua rasa yang buat aku sesak. aku menangis semahunya. sampai dada aku rasa lapang, aku akan bangun tersenyum balik. aku tak gemar sangat bila orang cakap, sabarlah yana,sabarlah. sebab kalau aku tak sabar, aku tak tau la apa jadi. aku lebih suka orang nampak aku kuat, dan cakap, kuatnya ko yana, sebab kata-kata tu doa. bila ramai yang cakap macam tu, aku sendiri akan jadi terus kuat.


ada yang tanya aku, kenapa aku buat keputusan nak teruskan operate sufi? aku tak de cuba perubatan Islam ke? 


aku tetap usaha alternatif lain. aku bawak jumpa ustaz semua. tp ustaz tu sendiri cakap, dia bukan tuhan. dia cuma ikhtiar sahaja. ubat hospital jangan tinggal, banyak-banyak doa. masa tu aku nekad. andai takdir sufi kena operate, aku akan lalui je. siang malam aku doa minta Allah permudahkan segalanya untuk sufi. aku bersyukur sekurang-kurangnya sufi ada pilihan untuk sembuh. untuk jantung dia menjadi lebih baik. ada kawan-kawan seperjuangan sufi, tiada pilihan untuk sembuh. hanya kasih sayang jadi penguat untuk jantung diorang terus bertahan. jadi untuk apa aku siakan peluang tu?


aku percaya pada naluri ibu. tu kelebihan yang Allah bagi. aku nekad, aku teruskan dengan sokongan semua yang sayangkan sufi. ikhlas, aku sangat berterima kasih dengan semua mak-mak kumpulan sokongan anak-anak jantung hatiku. tanpa diorang aku rasa aku tak sepositif sekarang. 


pada kawan-kawan, terima kasih untuk kalian yang sentiasa doakan sufi. doa korang sangat bermakna untuk sufi. semoga bila sufi besar nanti, sufi tak lokek nak doakan dan bantu gandakan pahala korang. amin.


untuk anakku SUFI LAILATUL QADR,


terima kasih sebab jadi anak yang kuat.jadi anak yang menyenangkan mama dan papa. mama doa semoga pintu rezeki untuk sufi sentiasa luas terbuka. jangan lupa berkongsi dengan yang memerlukan ya :)


untuk suami,

terima kasih sebab sabar sangat dengan harimau jadian ni yang kadang-kadang bertukar jadi hulk versi perempuan. teruskan bersabar ye. cakap nak bercinta sampai syurga kan. hahaha



p/s :

bila kita rasa susah, bila kita rasa kuatnya ujian kita, ambikla seketika waktu untuk pandang sekeliling kita. masih ada yang lagi susah dari kita. apapun ujian yang Allah bagi, bersyukurlah. Takkan Dia menguji di luar batas kemampuan kita.





ni masa on the way pergi TCA cardio kat hospital serdang 1/3 hari tu. lepas ni bulan 9 pulak. hiii



ni link perjalan sufi operate :

Part 1

Part 2

Part 3








11/02/2018

. PART 3 - Sufi's BYPASS SURGERY

.Assalamualaikum.


Dah nak masuk setahun dari tarikh upi operate jantung. tak siap-siap lagi entri penghabisan ni. hahahaha. ni part last ye. part dalam wad. untuk part lain boleh tengok sini :


PART 1
PART 2


selepas 2 minggu duk PCICU/CHDW , upi dibenarkan naik ke wad paeds cardio. wad 6D hospital serdang. tapi sebab upi baru lepas operate jadi kena duk dalam bilik HDU. sejuk weh bilik tu. habis bungkus macam orang berpantang dah mama upi. tapi upi relax je pakai pampers je. kikiki

masa naik HDU tu upi masih lagi on Ryles Tube(RT). tiub minum susu. terus masuk ke perut. tapi naik tu ms nak bagi susu upi ngamuk nak direct botol. tak nak kot RT. jadi bila doktor tengok dia ok terus buka RT tu. dahla minum botol, BF pulak. kesian anak mama lapar. nak makan tak boleh lagi. kena slow2 dulu.

hari ke 2 kat wad baru dapat makan bubur. tu pun blend hancur. habis dia makan. sedap kot bubur tu. haha. yana rasa tau. memang sedap. masa awal-awal naik wad tu memang yana tak leh tinggal upi kalau dia tak tidur. nanti dia nangis. sebab lama sangat kan pisah ngan dia. pastu makin ok. mula-mula nak duduk pun dia trauma. yana letak bantal belakang dia bagi selesa bersandar.
mula-mula je laaaaa. hahahaha



my little fighter. kat wad mama bagi tengok tab. balik rumah simpan. masa ni nampak berisi sikit.



masa upi kat wad ni pun yana tak terima pelawat. yang datang pun adik yana je sebab mintak dia tengokkan upi yana nak makan mandi semua. papa upi habis meniaga baru datang. sebab bilik ni limit. macam bilik kuarantin la. semua baru lepas operate. jadi memang nak elak kena kuman. tu pun kena jugak upi. 

hari ke 3 nafas upi tiba-tiba laju balik. masa ni rasa nak nangis dah mama upi. sebab doktor cakap maybe kena pakai bipap/cpap balik. luka kat dahi pun tak kering lagi. nooooo. tapi doktor naikkan dulu oksigen nasal prong dan 2 hourly neb. Alhamdulillah. tak jadi.terus pakai nasal prong je. dan on antibiotik.



upi cool je neb pon. haha. siap tidur budak ni.


perkembangan upi positif setiap hari. makan minum semua ok. ubat pun senang bagi. cuma kalau mama dia gi toilet dan kebetulan nurse tengah agih ubat, kena letak jauh dari upi. sebab nanti dia ambik picagari tu masuk mulut. tapi dia tak reti picit masuk mulut. kang habis berterabur. bagi ubat lagi senang dari bagi makan tau. 

part mandi pulak, yana mandikan dekat katil je. sebab alas tu kalis air. dah basah ambik la alas lain. haha. buat mcam rumah sendiri. tapi mandi pagi dan sebelum maghrib je la. sejuk sangat bilik HDU tu. cukup seminggu kat HDU, upi dah off oksigen. kat tangan je ada branula lagi. sebab masih on antibiotik. biasa upi lambat discaj sebab sangkut kat oksigen. ni sangkut kat antibiotik.



upi jalan-jalan ke katil kawan upi, amna. masa ni baru off oksigen.


lepas off oksigen petang tu kena duk luar dah. sebab ada yang dari PCICU nak masuk. tak cukup ruang. lega jugak yana. sebab sejuk sangat kat dalam HDU tu. tapi duk luar pun duk kat bahagian yang tak de orang dan langsir kena tutup selalu sebab taknak ada orang jalan-jalan pastu singgah kat katil upi.nanti kuman. ada sekali tu ada mak budak yang tunggu nak operate agaknya. tak pasti sebab apa admit situ. dia jalan-jalan pastu singgah kat katil upi, nurse tegur la cakap tak boleh g katil upi sebab upi baru lepas op. upi pn boleh berjalan g HDU or katil sendiri je.





haa yang baju putih tu amna. amna admit sebab dia baru detect ada sakit jantung. amna pun dah op bulan 8 2017. dah boleh berjalan dah amna sekarang. hiiii. yang pakai spek hujung tu mak amna. yang tengah tu k.liza. ank dia pun operate jugak. masa ni diorang datang kat katil upi.




upi suka bertenggek kat pagar katil. pastu panggil nurse. haha. nurse datang tau pulak nangis. tapi kena selalu tengok. kadang-kadang dia panjat main suis-suis yang ada kat dinding tu. ada sekali masa dalam HDU dia pusing oksigen dari 2L ke 4L. pastu gelak-gelak sebab angin kuat kat hidung dia. sabo je la.


hari ke 9 dalam wad / hari ke 23 lepas operate akhirnya upi dapat discaj. yeayyy !! Alhamdulillah. upi discaj hari ahad tak silap yana. ke sabtu. 


masuk kereta terus tidur.
Alhamdulillah. dah nak setahun upi operate. upi pun sekarang makin aktif dan cerdik. doakan upi sentiasa sihat ye. tapi appoinment dia berderet lagi haa. bertambah-tambah hospital. HTAR,Serdang, PPUM & HKL. takpe la nak, mama buat apa yang terbaik untuk upi. upi ni g hospital buat hospital macam playground. jenuh nak kejar dia. 

terima kasih kat semua doktor,nurse dan staf-staf hospital yang banyak tolong sepanjang upi kat hospital serdang. Allah je mampu balas kebaikan kalian.

14/01/2018

. Dapur Encik Suami - RESEPI KARI AYAM

.Assalamualaikum.



dah lama tak bersiaran kat blog ni. under construction kata kau. hiks.

mulanya nak update Part 3 untuk bypass surgery upi. tapi tu la. gambar tak pilih lagi. banyak sangat. untuk part 1 & 2 boleh klik kat DIARI MAMA. hari ni yana nak share resepi kari ayam yang pojie masak. 

jangan terkejut tau, poji ni pandai masak. yana pun kalah. mak yana sampai puji oi dia masak sedap. hahaha. yana tak pasti start bila, rasa sejak duk rumah sewa awal tahun lepas. tiap kali cuti je memang turn dia masak. hari kerja yana yang masak. tapi sebenarnye memang dari dulu dia selalu masak. cuma sejak kerja office hour ni je dia jarang masak. jadi kitorang laki bini buat rule macam tu. off day dia, kena masak. yana goyang kaki je. hahahaha. goyang kaki dari bersilat kat dapur le. kemas rumah semua tu yana yang buat le. sebab yana ni cerewet bab susun atur barang kat rumah. hiks

ok, jom yana share resepi ringkas dari poji. 


Kari ayam En.Suami

Bahan tumis :

  • Bawang merah (mayang halus)
  • Bawang putih (mayang halus)
  • Halia sepotong (mayang halus)
  • Kayumanis+bungalawang+cengkih+jintan putih dll (beli yg dah siap campur 1pek)
  • perencah kari ayam ADABI


lepas tumis masukkan 

Garam + serbuk perasa
asam keping
5 ketul ayam.. tutup periuk biar sampai air ayam keluar..
Lepas 10 minit masukkan santan 1 kotak kecik...
Dah menggelegak kecikkan api, tambah air kalau agak pekat/kering, masukkan penyedap rasa
tauhu goreng + tomato + terung bulat






sekian resepi ringkas. selamat mencuba :)


21/10/2017

. PART 2 - Sufi's BYPASS SURGERY

.Assalamualaikum.
..... sambungan  PART 1
Lamanya tak bersiaran. akhirnya baru berkesempatan buat sambungan kisah pembedahan jantung sufi. dalam Part 1 aku cerita tentang sebelum & hari kejadian. untuk Part 2 aku akan kisahkan perjalanan sufi sepanjang di PCICU Hospital Serdang. perjalanan yang bagi aku tak mudah tapi Alhamdulillah Allah lancarkan segalanya.
selepas sufi dimasukkan ke PCICU lepas siap operate, aku boleh jumpa sekejap je dengan sufi. masa tu dia tak sedar lagi dan masih berpuasa. sufi kena intubate dalam 2 hari camtu. hari ke 3 sufi dah pakai oksigen cpap dan esoknya tukar ke bipap. dan drain yang untuk buang darah kotor tu hari ke 4 petang camtu la doktor tanggalkan.
sebelum ke dewan bedah. masa ni sayu sangat tengok sufi.


sepanjang di PCICU sufi demam on off dan kena masuk darah dalam 2 bag. kering je kulit sufi masa tu. tapi nurse cakap sufi kuat melawan. dia lawan ubat bius tu. memang kena ikat tangan. kalau tak dia cabut habis semua wayar. dah ikat pon lasak lagi. memang kedudukan dia kat atas katil tu sentiasa berubah. bila nurse angkat letak atas. setengah jam kemudian dia dah kebawah. sebab duk gerak-gerak. kat celah paha dia habis lebam kesan jarum dan sufi banyak gerakkan kaki. sejenis budak yang tak biasa pakai stokin. dia usaha nak cabut stokin tu.

ada sekali masa aku datang tengok, tiba-tiba bibir dia biru. aku dah kelam kabut. rupa-rupanya dia gigit tiub intubate tu. macam mana oksigen nak masuk. T__T . mula-mula dia meragam jugak sebab tak selesa. last-last nurse pasang zikir & surah-surah al-quran kat PC sebelah katil sufi tu. baru lah sufi ok.

Hari ke 5 sufi dah pakai oksigen mask. masa ni aku curi-curi snap gambar sufi. hihi. berparut dahi sufi sebab kesan melecet pakai bipap. kulit halus sangatttt. masa ni aku happy sangat dah. tak sabar nak naik wad dengan upi oiii. haha. 4 malam tanpa sufi memang agak down la. 


hari ke-5 pakai oksigen mask. 



bila sufi dah tukar pakai oksigen mask maknanya keadaan dia dah stabil. dan sufi kena tukar ke CHDW. CHDW ni sebahagian dari PCICU jugak. ada 4 katil je untuk cardio paediatric. CHDW ni sebenarnya wad pemantauan separa ICU camtu la untuk orang tua yang ada masalah jantung. tapi sebab PCICU tak cukup ruang, yang mana dah stabil, diorang pindah ke CHDW tu. tempat untuk budak belakangggg wad tu. ditutup dengan tabir je. kira nak g melawat upi memang lalu la kot orang tua. setiap hari ada kematian T___T. kat CHDW ni aku ada kawan yang jadi nurse kat situ. tapi tak boleh masuk la kat tabir tu. usha-usha camtu boleh la. terima kasih,suria tolong jenguk-jenguk upi. hiii









hari ke - 6 sufi dah tukar nasal prong. yeayyy !! doktor cakap dah boleh prepare nak naik wad esoknya. senyum aje mama masa ni. rindu nak peluk anakanda. seminggu tak peluk. belai-belai & cium je. huhu. masa ni sufi nampak makin sihat. dah bagi respon. dan mama pon angkutla mainan-mainan dia haa. macam dalam gambar tu. tu kereta yang acik dia bagi sebelum operate. sayang sangat kat kereta tu. tidur pon peluk nurse cakap.

nampak tak luka kat dahi sufi tu? kecik,kan? tu yang mula-mula. hakikatnya sebesar duit syiling 20 sen jugak. huhu.

balik malam tu aku sangatla excited. tapi tu la dalam masa yang sama tak sedap hati. dan badan aku start rasa lemah dan panas. tapi aku gagahkan diri mengemas jugak. actually masa on the way balik rumah dari hospital tu aku dah start menggigil. nasib baik ada comforter dalam kereta. aku bungkus habis. memang rasa tak larat sangat. sampai susu drop mendadak. yes. aku demam. rasa ni demam paling teruk aku kena lepas deliver sufi dulu. last kena teruk macam tu sebelum pregnant. memang serabut sangat malam tu fikir macam mana nak cukupkan stok susu, macam mana nak jaga sufi kat wad nanti. 

aku tawakkal je masa tu. esoknya tengahari macam biasa aku datang jenguk sufi. pagi tu dalam kul 9 pagi nurse dah call ingatkan aku sufi naik wad hari ni. aku datang memang senyum lebar la sepanjang berjalan tu. tapi, bila sampai kat wad, buka tabir je nak gugur jantung aku. sufi kena on bipap balik. dan tengah tunggu doktor datang nak tebuk masukkan drain. paru-paru kiri sufi ada air. heart rate dia tachy sangat. sebelum tebuk tu bacaan sampai 200 lebih. sufi masa tu dah berpeluh. laju sangat nafas dia. 

sementara doktor tebuk tu aku borak dengan nurse yang jaga sufi masa tu. nurse tu first time jaga sufi. dia cerita dari pagi sufi merengek. dia pelik sebab dengan nurse lain sufi sangat behave. dia takut sufi tak suka dia. rupa-rupanya sufi tak selesa nafas laju. huhu. takpela nak, ada hikmah la tu. mama pon demam jugak masa tu. tapi kesian jugakla, luka kat dahi tu baru nak ok dah kena pakai bipap balik. membesar le jawabnya luka tu.


nampak tak ada plaster kat bawah ketiak upi tu. tu ada tiub drain. aku sengaja tak ambik gambar penuh. ngeri. haha.



Flash card ni aku ngan poji beli kat book fair PICC sebelum g jenguk upi.






masa ni nurse letak TV sebab nak pujuk sufi.





lepas kena pakai bipap balik, tiap kali aku datang melawat sufi mesti nangis & merengek sampai bacaan heart rate dia sentiasa tachy. jadi aku bincang ngan pojie & decide datang petang je. tengahari tak datang. sebab kalau duk tachy je lambat la naik wad. dan masa tu jugak stok susu memang tak cukup. terpaksa la topup FM. hospital bagi Nutren Junior. dan aku bekalkan Lactogen sampai sekarang.nasib tak memilih susu. haha. yang lalui semua ni je tau perit tu. masa kena bagi FM tu berderai air mata. dahla tak reti bancuh. haha. mintak nurse yang ajar. tapi sufi still BF sampai sekarang walaupun dah campur.

keputusan aku datang petang je memang bagi hasil yang baik. sufi makin ok. aku pon makin sembuh walau penat ulang-alik meru ke serdang. sangat tak cukup rehat. genap hari ke-14 lepas operate, sufi pon naik wad. Alhamdulillah...

cerita kat wad kita sambung next pulak ye. hiii..





20/04/2017

. PART 1 - Sufi's BYPASS SURGERY

.Assalamualaikum.

dah lama tak menconteng kat sini. kekangan masa yang tak mengizinkan. tambah-tambah sufi dah makin melasak. tapi kali ni aku gagahkan diri nak juga up entri ni sebagai kenangan. supaya bila sufi besar nanti, dia baca dan aku nak dia tahu, dia sangat kuat berjuang di sepanjang nafas dia.

alhamdulillah, sufi dah umur 1 tahun 7 bulan. dah besar. tapi belum boleh berjalan lagi. masih meniti. tapi gigi dah nak penuh. haha. kejenya gigit mama dia la. sufi makin aktif dan makin sihat. dan alhamdulillah sekali lagi, sufi selamat menjalani pembedahan pintasan jantung berlubang pada 22 MAC 2017. ye, baru sebulan. baru sangat lagi. masih terbayang lagi semua memori tu. 

entri kali ni akan panjang. aku bagitau awal-awal ni. aku akan cerita dari mula. dari start doktor bagi tarikh operate tu.


*************************************

sufi ni dilahirkan pramatang. 32 minggu 4 hari. sejak dari lahir lagi memang doktor dah detect ada lubang kat jantung dia dengan saiz 9mm. agak besar. tapi masa tu tak on ubat sebab kebiasaannya lubang tu akan tutup sendiri. lubang jantung sufi ni jenis ASD. atau nama panjang dia atrial septal defect. korang google la kalau nak tahu lebih. heee. dan masa discaj dari NICU, 23 oct 2015, saiz tu mengecik ke 7mm. jadi untuk cardio sufi di refer ke Hospital Serdang. TCA 10 feb 2016, saiz masih kecik, jadi 6mm. sehingga sufi admit pertengahan bulan puasa 2016 dan discaj 3 hari sebelum habis syawal. ye, sufi beraya kat HTAR.

Next TCA cardio kat serdang bulan 11 2016. tengok size lubang tu membesar jadi 13mm. mase ni sufi dah on 2 jenis ubat jantung sebab jantung sebelah kanan dia dah start bengkak.

kemudian next TCA cardio 23/1/2017. tarikh ni. sampai bila-bila aku akan ingat. tarikh ni saiz lubang pada jantung sufi 21.6mm. sangat besar. dah macam takda dinding langsung. jantung kita kan ada 4 bilik. 2 atas, 2 bawah. tapi sufi ni 2 bilik atas dia tu dah macam 1 bilik. dinding tengah-tengah tu macam tak de. betapa besarnya lubang pada jantung sufi. tapi sufi sangat aktif. sampai terpaksa bagi ubat tido. kalau tak, memang tak dapat scan la nak tengok lubang tu. T__T

Doktor yang buat echo tu, Dr. Norliza. dia terus bagi tarikh operate. masa tu gelap rasa dunia. aku pernah masuk bilik bedah. czer. bius separuh je. memang menakutkan. last habis czer nafas aku tak tentu arah sampai kena intubated sekejap. jadi masa dr.norliza explain tu aku dah dengar tak dengar. rasa down sangat. takut semua ada la. masa tu rasa macam, aku ni tak pandai jaga anak ke sampai terpaksa operate. makan memang semua tak lalu hari tu. satu hari aku murung. mulanya doktor bagi tarikh 16 Mac 2017. tapi terpaksa postpone ke 22 MAC 2017. doktor cakap terpaksa operate cepat. sebab kalau dah terlambat memang tak boleh buat apa.

aku pujuk diri aku. aku redha andai itu bahagian sufi yang perlu aku, pojie & sufi lalui. tapi tu bukan alasan aku nak give up. aku usaha dengan perubatan Islam dulu. aku usaha mana mampu. doa pada Allah semoga ada keajaiban walau mustahil. aku kuatkan hati aku nak lalui hari-hari tu. hampir setiap malam aku nangis. sebab besar risiko bypass surgery ni.

hari berganti hari. sampaila 20 Mac 2017. sufi kena admit kat Hospital Serdang. masa ni aku dah redha, aku tawakkal. aku cuma nak sufi sihat. tu je. 21 hb malam, mandikan sufi dengan sabun khas untuk operate esoknya. masa tu dah start sebak. tapi aku tahankan je dulu. sebelum sufi tidur, aku bagi dia makan nasi goreng banyak-banyak dulu. dah tak de pantang makan dah masa tu untuk sufi. yang aku tahu aku nak dia kenyang. pukul 2 pagi dah start kena puasa. dan masih boleh breastfeed sampai pukul 4 pagi. alhamdulillah. Allah mudahkan. tak sikit pon sufi merengek. lena dia tido malam tu. pukul 7 pagi dah kejutkan dia. kena mandikan dengan sabun khas tu lagi. sufi sesi 1, jam 8 pagi. masa ni dia merengek sikit nak susu. tapi aku kuatkan diri. 


malam sebelum check in hospital. kemain dia 'mengemas'


hari pertama admit. lena kemain. baju hospital pakai sekali je sebab beso sangat. haha


santai di hari ke-2


ECG


syok duk main



8 pagi, sufi ditolak ke OT. sufi tak nak baring. jadi aku dukung dan duduk atas katil khas yang tolak ke OT tu. sampai depan pintu dewan bedah tu, aku pakai baju khas untuk masuk bilik bedah. masa ni aku dukung je sufi berjalan dari pintu dewan tu ke bilik bedah sambil nurse bilik bedah teman. setiap langkah tu aku paksa. kena kuat. dan masuk la ke bilik bedah. tergamam aku masa tu. banyak sangat mesin. aku berpeluang tengok mesin bypass tu sendiri. ye, mesin tu yang akan ganti fungsi jantung sufi sepanjang operation tu. jantung sufi akan dihentikan seketika sepanjang pembedahan. masa masuk dalam bilik bedah tu semua nurse kerumun sufi. duk main dengan sufi. sufi behave sangat. dia faham. dia taknak mama dia risau. 

dalam 10 minit masuk macam tu, lepas sambung semua kabel kat badan sufi, sufi dibius. bila sufi dah tak sedar, aku baringkan sufi atas katil bilik bedah tu. masa tu dah sebak. aku tak sanggup nak tunggu sampai doktor masukkan oksigen kat dia. aku peluk sufi, aku cium dia banyak-banyak. aku bisikkan kat telinga sufi, aku sayang sufi lebih dari nyawa aku. masa tu mata aku memang dah berair. lepas tu aku terus keluar. aku dah tak toleh belakang. sebab aku tau hati aku tak kuat masa tu. nurse temankan aku keluar. aku tak nangis. betul. aku cuma sebak. nurse peluk aku supaya aku kuat. keluar je dari dewan bedah, aku terus ajak adik aku g duduk kat surau. nasib baik adik aku ada masa tu. dia apply cuti 3 hari nak teman aku. 

sementara tunggu sufi siap bedah, aku, pojie & adik aku duk kat surau. tapi sebelum tu aku pegi cafe aku makan dulu. aku kena makan. kalau tak macam mana aku nak buat stok susu untuk sufi nanti. tu cara aku pujuk diri aku untuk ada selera. aku duk kat surau, solat hajat, baca yassin. sambil bergenang air mata jugak.sampai waktu zohor. lepas solat zohor, adik aku ajak turun g kat OT nak tanya dah siap belum bedahnya. aku tak nak masa tu. sebab takut. lagipon nurse ada cakap nanti dah masuk PCICU diorang call. tapi adik aku ajak jugak. last2 kitorang turun la ke OT. adik aku mintak guard check kan.

Alhamdulillah, dah selesai semua. 4 jam setengah je sufi operate. masa tu sufi dah ditolak ke PCICU. tengah setting katil. dah confirmkan, aku pergi surau balik. rehat sementara tunggu PCICU call. dalam 15 minit duduk kat surau, diorang call. aku ngan pojie pegi tengok. sedih sangat tengok sufi masa tu. penuh wayar sana sini. dengan drain lagi. intubated lagi. tapi aku takde gambar masa intubated & drain yang lepas operate ni. huhu. dan aku hanya boleh melawat sufi pada waktu melawat sahaja. 12.30 tgh - 2 ptg, 4.30 - 6.30 ptg. sedih woiiiiii !

sampai saat tu pon aku tak nangis lagi. aku masih mampu tersenyum & gelak. walau dalam hati, Allah je tahu gundah tu. tapi sedikit lega la bila tengok sufi tak da pape komplikas masa operate. cuma ada bleeding sikit je la sebab tekanan paru-paru dia tinggi. tapi tak de ape pon. normal je jadi benda camtu waktu operate. lepas waktu melawat petang tu, aku balik meru,klang. basuh-basuh baju yang dah 3 hari tak basuh. masa tu ok la lagi. sampai la waktu nak tidur. haaa. masa ni la jiwa dah rapuh. teruk aku nangis weh. sembab mata. habis aku lepas malam tu. first time tidur tanpa sufi lepas dari dia discaj dari NICU dulu. sunyi je rumah. tengok mainan2 sufi lagi la. meraung aku. malam tu aku tidur peluk bantal sufi sampai la terlena. tak tau pukul berapa aku lelap masa tu. sedar-sedar dah subuh. huhu.

ok, bersambung dalam part seterusnya ye. ingat nak cerita habis. tapi bila fikir balik baik bahagi by part. sebab 3 minggu woi sufi kat hospital. banyak la cerita. haha. doakan sufi sentiasa sihat ye :)




16/10/2016

. Sufiku Sayang

.Assalamualaikum.



Dekat 10 bulan dah tak update blog. lame mak aih, bila orang tanya dah tak berblogging ke? haha. terdiam jap. ada gak yang concern blog aku nih. tapi bila husband sendiri yang tanya, tu memang pelik. jadinya, hari ni 'TER' rajin update. tu pun nasib baik anak bujang tengah tido. biasa waktu ni dah ajak mama bersenam. tapi hari ni tido pulak. pancit sebab aktif sangat main semalam agaknya. -.-

Alhamdulillah, anakanda kesayangan dah umur SETAHUN. ikut tarikh lahir la. tapi sufi ni baby pramatang, jadi ada 2 umur. satu lagi baru 11 bulan. cepat je masa berlalu. banyak sangat dugaan untuk sufi. tapi sufi anak yang kuat. semua dia redah dengan machonye. dalam masa 6 bulan, 2 kali sufi admit wad sebab jangkitan kuman kat paru2. bulan 1 dan bulan puasa hari tu. yang ni nanti aku cerita kat entri lain ye.

Sufi sekarang dah pandai duduk. ye, perkembangan lambat sikit dari baby full term. dan sufi skip merangkak. memang tak bagus. tapi fizikal sufi tak mengizinkan. bila dia cuba bangun nak merangkak, mesti jatuh. so, lepas jumpa pakar orthopedik, dia cakap takpe asal sufi ada usaha. tapi, still sebagai parents, kitorang akan stimulate sufi.





ingat nak taip panjang lagi, tapi si kecik dah ada tanda2 nak bangun. nah, aku up satu gambar sufi si gigi kapak. gigi dah 8 batang, tapi sayang nak guna. buat pasta guna baby pasta, dia makan bila blend je. sufi guna gigi buat gigit orang je. oh, ye. mohon doa dari korang untuk sufi ye. sufi pejuang JANTUNG BERLUBANG ASD. doakan sufi sentiasa sihat dan lubang tu tertutup sendiri ye. nak sangat elak dari kena operate. doakan sufi ye :)




20/12/2015

. Anakku SUFI LAILATUL QADR

.Assalamualaikum.
Dah 3 bulan aku tak update blog. terlampau banyak yang aku nak cerita dan kongsi dengan korang. yang kisah pregnant aku pon belum habis lagi. dah ada dalam draft sebenarnya. tapi tak habis taip lagi. ni ada kisah baru pula.

Alhamdulillah.

aku selamat melahirkan bayi lelaki pada 16/9/2015 jam 3.52 petang secara pembedahan atau orang panggil czer. Hari Malaysia tau. pandai anak aku pilih. kalau ikut plan aku sepatutnya czer 26/9/2015 masa 34 minggu. tapi budak kecik ni nak keluar awal. keluar la si comel ni masa 32 minggu 4 hari dengan berat 1.5kg. kecik cinonet je.


SUFI LAILATUL QADR BIN KHAIRUL FAUZI.


nama terindah untuk anugerah istimewa mama & papa. anak yang sangat kuat sejak dalam kandungan lagi. bukan mama & papa je cakap sufi kuat. doktor ngan nurse pon cakap sufi kuatttt sangat. mama papa bersyukur sangat dengan hadirnya sufi dalam hidup mama. Allah uji mama & papa dengan kekurangan fizikal sufi. tangan kiri sufi tak sempurna. tapi mama & papa yakin Allah sediakan sesuatu yang indah untuk kita,sayang.

sehingga sekarang, pergi mana-mana bila orang tanya kenapa tangan sufi, mama & papa jawab sebab sufi membesar tanpa air ketuban dari 14 minggu sehingga sufi lahir. 3 bulan lebih, sayang. semua terkejut. ye. setiap kali pergi appointment atau check up nurse ngan doktor walau orang yang sama mesti cakap, kuat betul budak ni, saya tertanya-tanya juga macam mana dia boleh survive tanpa air ketuban dalam masa yang agak lama. bukan doktor ngan nurse je tertanya-tanya sufi oiiii, mama papa pon sama. tapi mama hanya senyum dan jawab, kuasa Allah.

ye, kuasa Allah tak ada sape boleh lawan. lepas je keluar dari perut mama, sufi terus masuk NICU. ventilated selama 18 hours. masa mama pertama kali tengok sufi, sufi pakai yang tutup hidung penuh tu untuk bantuan pernafasan. esoknye mama tengok sufi pakai yang masuk dalam hidung tu je. tapi pandai ye sufi. pergi tarik pulak tiub tuh.kelam kabut mama. haha. esoknye sufi dah tak pakai pape dah kat hidung. hari ke 4 anak mama dah tak pakai bantuan untuk bernafas. senyum bangga mama bila nurse puji.

bila mama tanya doktor, bila sufi boleh discaj dari NICU? doktor cakap paling awal 2 bulan. okay. mama senyum je. mama yakin anak mama boleh keluar lagi awal. sebab mama selalu baca, kalau nak anak kuat, ibu kena kuat dan sentiasa positif. setiap hari mama jenguk sufi. mama borak ngan sufi. pegang tangan sufi. usap kepala sufi. mama mintak sufi kuat. mama dah tunggu lama sangat nak main ngan sufi, nak jaga sufi. setiap kali pump susu untuk sufi, mama mohon pada Allah, moga sufi sentiasa sihat dan dilindungi. kat incubator sufi mama tuliskan nama sufi supaya nurse panggil nama sufi. 

setiap kali datang jenguk sufi mesti mama tanya keadaan sufi kat nurse.nurse cakap anak mama ni aktif dan sangatla lasak. water drip tu asyik berubah je sebab sufi banyak gerak. last-last doktor ikat kaki kiri sufi sebab doktor tak sanggup nak cucuk dah tukat tempat water drip tuh. tapi tu lah. dah namanya lasak. terlepas jugak ikatan tuh. haha. last2 doktor decide stop water drip, bagi susu penuh.masa tu belum 2 minggu pon lagi. Alhamdulillah sufi boleh terima susu sepenuhnya. sekali lagi mama bangga dengan anak mama. terima kasih, Allah. hampir semua nurse kat NICU tu kenal mama & papa. bila kitorang masuk je mesti nurse cakap, haaa mama sufi dah sampai. hihi. yela, sufi lambat sikit je dapat susu nangis kemain kuat. duk dalam incubator, kat luar boleh dengar. T__T

perkembangan sufi setiap hari sangat bagus. Alhamdulillah. hari ke-24 sufi dah masuk nursery. dah keluar NICU. haaa, masa ni mama dah macam zombi. haha. nasib la mama stay kat bilik rakan bayi HTAR,Klang. boleh gak ulang alik. setiap hari, pukul 7.30 pagi je mama naik atas susukan sufi. ye, sufi dah boleh direct feed masa ni. masa yang mama tunggu sejak mama bergelar mama. setiap 2 jam sekali mama naik nursery kat tingkat 6. malam je la mama tak naik kalau papa tak datang. masa ni sufi dalam incubator lagi. hari ke 28 tak silap mama, sufi turun masuk baby cot. hari ke-31 mama room in ngan sufi. haaa, tak tido malam mama masa tu. first time jaga sufi 24 jam. excited pon ye jugak. haha. papa lagi la suka. boleh dukung peluk cium sufi. berat sufi naik sampaila 1.86 kg. hari ke 38. sufi boleh discaj. yeayyy !! eksaited nenek ngan atok awak sayang. nenek siap tukar cadar ngan langsir baru. kemas siap barang sufi. maktok ngan tok abah siap apply cuti datang jenguk sufi. 
hari ke hari sufi membesar dengan jayanya. sewaktu awal kelahiran doktor siap cakap lagi tangan kiri sufi terkulai, tak boleh bergerak. tapi Allah Maha Besar. masa papa datang tengok sufi, elokkk je sufi angkat tangan. kalau dulu ketara sangat tangan sufi tak sama panjang & saiz. sekarang dah tak nampak. setiap hari mama & nenek urut lembut tangan sufi. doktor cakap pergelangan tangan sufi takde tulang. tapi doktor terkejut otot tangan sufi kuat sangat. sufi sufi. sentiasa buat mama papa bangga. panjang akal pon ye.

sufi bintang kecil mama.
terima kasih sayangku.
kehadiran sufi buat mama papa bahagia sangat.
buat mama papa lebih dekat dengan Allah.
walau sufi Allah bagi lambat pada mama papa,
tapi mama papa bersyukur sangat sebab Allah bagi kami tempoh untuk belajar besabar dan belajar untuk redha.
kelahiran sufi memberi jawapan pada mama & papa kenapa Allah hold setahun lebih baru dapat rezeki anak.
terima kasih sufi.
mama & papa sayang sufi. 
semoga sufi membesar menjadi anak yang soleh.



sufi di NICU. sampai sekarang sufi kena pakai splint. kaki sufi tu kat tapak. tak rata sangat. tapi makin ok dah. tangan pon sama :)
kecik cinonet je. pampers yang paling kecik dah tu.haha



ni hari first sufi duk baby cot. bungkus sufiiiii. hehe



nampak tak tangan sufi tu? dalam gambar ni dah makin ok. sufi memang camni. tido lasak. tak suka dibedung. lama sangat dalam incubator. kalau bedung ade je. 5 minit dah keluar tangan. nak leh ke bedung bersilat ngan mama. tu tak kira buat2 tercekik masa nak dibedung. sabo je la.



sufi sekarang !!! dah bambam. 21/12 ni timbang. hehe


doakan sufi membesar dengan sihat ye :)

oh ye, kebiasaan baby pramatang akan ada masalah jantung berlubang. dan lubang tu boleh tertutup sendiri. cuma take time. sufi pon tak terlepas. masa lahir 9mm. last check 25/11 dah 5mm. 10/2 ni ada appointment dengan pakar jantung. doakan sufi cepat sembuh tau ! :)